Sudah pelbagai cara berhenti merokok yang anda cuba, malahan efek berhenti merokok juga anda alami. Nanti dulu dan cuba buat 17 cara ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Berhenti Merokok, sila dapatkannya di sini.
Takut dengan efek berhenti merokok?
Penggunaan tembakau adalah punca utama kematian yang boleh dicegah. Kira-kira separuh daripada orang yang tidak berhenti merokok akan mati disebabkan masalah yang berkaitan dengan merokok.
Ingatlah, berhenti merokok adalah penting untuk kesihatan anda.
Jika anda takut akan efek berhenti merokok, ketahuilah sebenarnya sebaik sahaja anda berhenti, peredaran darah anda akan mula bertambah baik, dan tekanan darah akan mula kembali normal.
Deria bau dan rasa kembali, serta anda akan lebih mudah untuk bernafas.
Dalam jangka masa panjang, berhenti merokok boleh membantu anda hidup lebih lama. Risiko anda mendapat kanser berkurangan dengan setiap tahun yang anda bebas asap rokok.
17 cara berhenti merokok perlu dicuba!
Walau bagaimanapun, cara berhenti merokok sudah pasti bukan mudah.
Anda mungkin mengalami efek berhenti merokok jangka pendek seperti kenaikan berat badan, cepat marah, dan kebimbangan.
Malahan, sesetengah orang mencuba beberapa kali sebelum mereka berjaya.
Terdapat banyak cara berhenti merokok. Bincang dengan doktor anda terlebih dahulu, dan reka bentuk satu ‘strategi’ untuk matlamat berhenti merokok anda. Berikut adalah beberapa tip:
Pilih hari untuk berhenti
Pilih hari tertentu untuk memulakan pelan anda sama ada satu hari bulan depan, atau dalam masa dua minggu depan.
Jangan menetapkan hari untuk berhenti terlalu jauh, kerana ini akan menyusahkan anda untuk ingat.
Tetapi jangan pula berhenti merokok sebelum anda mempunyai rancangan.
Menetapkan hari boleh membantu anda membuat persediaan dan mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Anda boleh memilih hari rawak sebagai hari berhenti, atau memilih hari yang istimewa seperti hari jadi atau ulang tahun, waktu percutian, atau hari dalam minggu yang kurang tekanan.
Cara berhenti merokok adalah bersedia untuk hari berhenti
Tiada cara mudah untuk berhenti merokok. Tetapi perancangan boleh membantu anda mengatasi halangan yang mungkin anda bakal hadapi.
Berikut adalah langkah yang boleh diambil sebagai persediaan untuk hari berhenti anda:
- Tandakan kalendar anda: Ia merupakan satu hari yang penting dalam hidup anda!
- Bincang dengan doktor anda: Lakukannya sekarang. Tanya tentang kaunseling berhenti merokok dan ubat-ubatan. Gunakan sama ada kaunseling atau ubat untuk meningkatkan kemungkinan anda untuk berjaya. Menggabungkannya juga lebih berkesan. Jika anda akan menggunakan ubat preskripsi bupropion (Zyban) atau varenicline (Chantix), anda perlu memulakan ubat sekurang-kurangnya satu atau dua minggu sebelum hari berhenti anda untuk memberikannya masa untuk berkesan. Doktor juga boleh merangka strategi bersama anda untuk meningkatkan kejayaan anda
- Maklumkan orang lain: Pastikan keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja tahu tentang hari berhenti anda. Mereka adalah sokongan moral anda
- Buang bekalan: Buang segala bekalan rokok di rumah, kereta, pejabat dan tempat merokok yang lain. Jangan simpan sebarang rokok di tangan untuk menahan diri anda
- Pengganti: Ambil barang lain yang boleh menggantikan rokok anda seperti gula-gula getah tanpa gula, kulit kayu manis dan sayur-sayuran segar
- Sertai kumpulan sokongan: Cari kumpulan sokongan berhenti merokok tempatan. Banyak hospital dan klinik-klinik menawarkan kelas atau kumpulan. Anda boleh menyertai kumpulan atau program berhenti merokok dalam talian. Mereka boleh menyediakan sokongan profesional dan mental, dan bersama anda sepanjang perjalanan berhenti merokok
- Muhasabah diri: Jika anda telah cuba untuk berhenti merokok sebelum ini, tetapi mengambilnya semula, fikir tentang cabaran yang anda hadapi dan mengapa anda bermula semula. Menyimpan jurnal mengenai usaha berhenti merokok anda boleh membantu anda memantau perasaan dan situasi yang membuat anda teringin merokok
Mengendalikan hari berhenti
Melalui hari berhenti merokok anda mungkin akan mencabar fizikal dan mental, terutamanya jika ketagihan menguji anda.
Cuba petua ini untuk membantu menguruskan hari berhenti anda:
- Tahan daripada merokok, walaupun hanya sebatang
- Gunakan terapi nikotin jika anda telah memilih kaedah ini
- Ingatkan diri anda sebab anda berhenti merokok
- Cara berhenti merokok paling mudah, kerap minum banyak air atau jus
- Kekal aktif secara fizikal. Anda boleh pergi menjalani aktiviti luar atau fizikal untuk alihkan perhatian anda
- Elakkan situasi dan orang yang mencetuskan keinginan anda untuk merokok
- Hadiri sesi kaunseling kumpulan sokongan atau kelas berhenti merokok
- Amalkan pengurusan tekanan dan teknik relaksasi
- Pastikan tangan anda sibuk dengan menaip, menulis, memicit bola atau mengait
- Cuba bawa bertenang dan berdiam diri sahaja
Dengan rancangan yang telah tersusun, anda akan mempunyai sumber yang boleh anda harapkan.
Semakin banyak sumber yang anda ada- kumpulan sokongan, doktor anda, pengganti nikotin, ubat-ubatan, bimbingan – lebih besar kemungkinan anda untuk berhenti dan kekal berhenti.
[embed-health-tool-bmi]