Memasuki tahun baru, pasti ramai individu yang berazam untuk menjadi lebih sihat dan menghilangkan lemak pada badan. Senaman lazim yang menjadi pilihan ramai adalah “kardio” (seperti berlari, eliptik atau berbasikal). Fakta tentang senaman kardio adalah senaman yang dilakukan dengan intensiti sederhana sehingga tinggi (kardio kronik) boleh menjadi tidak produktif untuk menghilangkan lemak.
Adakah kardio membuatkan saya menjadi lebih gemuk?
Saya tidak berkata bahawa senaman kardio membuatkan anda lebih gemuk, tetapi ia akan memberikan impak negatif kepada tahap kortisol anda (hormon stres dengan ciri-ciri katabolisme), yang mana hasilnya membuatkan penyembuhan semakin sukar dan akan mendatangkan keburukan kepada anda yang ingin mengekalkan atau meningkatkan yang dikatakan ‘tona’ dan bentuk.
Apa yang tidak difahami atau dipertimbangkan apabila menyiapkan senaman kardio yang biasa dibuat adalah kesan hormon dan metabolisma pada tubuh. Jenis senaman aerobik yang salah boleh meningkatkan tahap kortisol, yang akan menyebabkan tubuh anda menyimpan lemak berbanding membakarnya.
Kortisol tinggi terbukti boleh meningkatkan lemak visera (lemak yang berada di sekeliling organ/ lemak perut) dan menimbulkan keradangan pada tubuh. Selain itu, lemak visera juga sebenarnya adalah tisu metabolik yang mengeluarkan bahan kimia (dipanggil Adipokines), yang berfungsi untuk memecahkan otot dan mewujudkan lebih banyak lemak perut. Inilah salah satu sebab mengapa lemak perut boleh dikatakan sebagai lemak degil atau sukar untuk hilang.
“Kardio kronik” bukanlah memudaratkan semata-mata disebabkan oleh kortisol, kerana kortisol dihasilkan pada bila-bila masa kita meletakkan tekanan pada tubuh. Ini disebabkan “kardio kronik” tidak merangsang tindak balas hormon anabolik untuk meredakan proses katabolik kortisol. Misalnya, apabila seseorang individu itu mengangkat berat atau memecut, mereka meletakkan tubuh di bawah tekanan, menghasilkan kortisol, malahan aktiviti ini juga menghasilkan pengeluaran hormon anabolik yang menggalakkan pertumbuhan, pembaikan, dan pembakaran lemak. Oleh itu, senaman terbaik untuk menghilangkan lemak perut dengan maksimal adalah senaman yang boleh merangsangl tubuh untuk menghasilkan Hormon Tumbesaran Manusia (HGH), testosteron dan adrenalin. Hormon anabolik mengangkat sistem anti-stres semula jadi tubuh dan mengembalikannya pada keadaan keseimbangan dan pertumbuhan.
Sebagai tambahan kepada isu kortisol, kajian menunjukkan bahawa senaman aerobik yang berterusan boleh mendapat kesan selepas 6-8 minggu senaman. Bermakna, terdapat nilai terbatas dalam melakukan senaman jenis aerobik tradisional. Oleh itu, bagi anda yang melakukan satu jam kardio dengan tujuan untuk menghilangkan lemak pada bahagian tengah tubuh anda, sebenarnya anda sedang membuang tenaga dengan sia-sia.
Senaman yang mana sesuai untuk saya menghilangkan lemak?
Terdapat pelbagai kaedah yang lebih efektif dan cekap untuk mendapatkan perut yang rata, bertona, dan kempis berbanding dengan melakukan ‘kardio kronik’. Cara terbaik untuk memulakan latihan adalah dengan melakukan senaman yang setidak-tidaknya mengekalkan jisim otot. Kompaun, senaman seluruh-tubuh seperti mencangkung, tekan-tubi, membongkok, dan pergerakan pliometrik, contohnya. Jenis senaman ini perlu dilakukan dengan bahan besar dan tempoh rehat yang pendek untuk memaksimumkan tindak balas hormon bermanfaat dan ekspresi genetik optimum, untuk keputusan menghilangkan berat badan yang terbaik dan kesan kesihatan kardiovaskular. Di samping itu, apabila senaman-senaman ini dijalankan dengan betul, ia boleh mengembangkan kesatuan otot yang lengkap, menstabilkan sendi,menyelaras dan kecekapan olahraga.
Apabila membincangkan mengenai kehilangan lemak optimum, penting untuk anda tahu bahawa faktor pemakanan dan gaya hidup memberikan kesan yang cukup besar. Apa yang ingin disampaikan dalam artikel ini adalah anda boleh melatih jantung, meninggikan metabolisma, dan meningkatkan “kecergasan aerobik” tanpa memberikan penekanan berlebihan pada kardio. Sebaik-baiknya, anda perlu menyesuaikan kaedah latihan dan gaya hidup untuk membina persekitaran hormon keseluruhan yang bertindak secara sinergi bagi menghasilkan organ yang tidak berlemak dan lebih berfungsi.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
[embed-health-tool-heart-rate]