Cara penyimpanan yang salah
Kebanyakan lelaki menyimpan kondom di dalam dompet atau poket mereka kerana mereka mahu bersedia sepanjang masa. Malangnya, ini boleh menyebabkan kondom menjadi tegang dan kering kerana anda duduk dan memanaskannya dengan punggung anda. Ini akan membuatkannya bukan sahaja sukar digunakan tetapi juga kurang berkesan. Oleh itu, jangan lupa untuk membaca arahan tentang cara penyimpanan dan pastikan kondom anda belum tamat tempoh.
Inginkan perlindungan berganda
Ramai orang percaya bahawa menggunakan 2 pasang kondom pada masa yang sama dapat memberikan perlindungan berganda. Walaupun kedengaran logik, sebenarnya amalan ini tidak betul. Memakai satu kondom di atas kondom yang lain menjadikannya terlalu ketat untuk zakar anda beraksi. Selain itu, geseran antara kedua-duanya boleh menyebabkannya terkoyak lantas meningkatkan risiko air mani terkeluar.
Pakai kondom terlalu awal
Kesalahan yang paling sering dilakukan ialah memakai kondom terlalu awal. Cuba untuk tunggu ereksi penuh sebelum cuba memakainya kerana ia mungkin tidak terpasang dengan baik pada zakar yang lembik dan menyebabkan ketidakselesaan bagi kedua-dua pihak. Sebaliknya, memakai terlalu lambat juga bukanlah strategi yang baik. Jika foreplay atau ransangan seksual anda dan pasangan melibatkan penetrasi, ia mungkin boleh membawa kepada kehamilan tak terancang atau penyakit seksual berjangkit sebelum sempat anda memakai alat kontraseptif ini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen