10 Cara untuk Mengelak Pertambahan Berat Badan Sewaktu Cuti

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bertambah berat badan sewaktu bercuti adalah kerisauan ramai orang, terutamanya bagi remaja perempuan dan wanita. Artikel di bawah akan memberikan 10 tip bagaimana untuk mengelakkan berat badan bertambah sewaktu percutian.

Ubah pemakanan anda

Jangan teragak-agak untuk mengelakkan makanan berminyak yang banyak perasa. Sebaliknya, pilih makanan yang rendah sodium, lemak dan karbohidrat.

Berhati-hati dengan gula tersembunyi

Bukan pencuci mulut sahaja banyak mengandungi gula, hiasan salad atau sayur-sayuran juga boleh mengandungi banyak gula. Sebagai contoh, 1 sudu besar madu bersamaan 4 ½ sudu teh gula dan 1 cawan buah-buahan yang dihidangkan dalam sirap gula bersamaan 12 ½ sudu teh gula. Oleh itu, elakkan bahan-bahan berikut dalam hidangan salad atau sayur-sayuran anda. Sebaliknya tuang sedikit minyak zaitun atau cuka dalam salad untuk mengelakkan pertambahan kalori dalam hidangan anda.

Muat turun aplikasi mengawal pengambilan karbohidrat

Dengan perkembangan teknologi tidak sukar untuk mencari aplikasi yang boleh membantu anda menjaga kesihatan. Bahkan, terdapat banyak aplikasi yang boleh mengira kalori, karbohidrat dan juga berapa banyak insulin yang anda perlukan (jika anda menggunakannya sebelum makan).

Kekalkan waktu makan anda

Semasa cuti, kita cenderung untuk makan terlalu banyak dan tidak mengambil hidangan seterusnya untuk mengurangkan kalori dan pengambilan gula. Ini adalah satu kesilapan, kerana tidak makan mengikut waktu boleh menyebabkan rasa lapar memaksa anda makan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Oleh itu, cuba untuk mengikut waktu makan dan bersenam seperti biasa.

Pilih sayur-sayuran

Cuba untuk mengambil lebih banyak hidangan dengan sayur-sayuran, seperti sup sayur-sayuran atau salad. Selain itu, ambil makanan dengan secukupnya sahaja, elakkan mengambil hidangan yang anda tidak benar-benar mahu atau perlukan.

Kawal pengambilan alkohol

Kepada mereka yang mengambil alkohol, ingatlah bahawa alkohol turut mempunyai kalori dan boleh mengganggu pengambilan ubat-ubatan anda.

Masak makanan ringan dan sihat untuk perjumpaan

Biasanya, untuk menziarah rakan-rakan atau saudara-mara, anda akan membawa satu atau dua hidangan sebagai pemberian. Pilihlah hidangan yang rendah kalori dan gula tetapi masih lazat. Terdapat banyak resipi yang lazat dan sihat di Internet.

Kekal aktif

Semasa cuti, sukar untuk menghabiskan 45 minit hingga satu jam untuk melakukan senaman harian anda. Bahagikan masa dalam 15-20 minit untuk senaman dan ulangi 3-4 kali sehari. Ini akan memberikan anda masa yang cukup untuk terus berseronok dengan keluarga tetapi masih menjaga rutin senaman anda.

Gunakan pinggan, mangkuk, sudu dan garpu yang lebih kecil

Ia mungkin kedengaran pelik tetapi kesannya menakjubkan. Jika anda meletakkan hidangan anda dalam pinggan yang lebih besar, anda cenderung untuk makan dengan lebih banyak, atau mengambil makanan lebih banyak hingga terpaksa menghabiskannya.

Beri perhatian kepada cara makan anda

Makan dan mengunyah dengan perlahan-lahan agar otak anda boleh menghantar isyarat untuk berhenti makan apabila perut anda terasa penuh.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.