backup og meta

Kita Masih Belum Menang! Ikut Saranan Kerajaan Pakai Topeng Muka, WAJIB Di 3 Tempat Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/02/2021

    Kita Masih Belum Menang! Ikut Saranan Kerajaan Pakai Topeng Muka, WAJIB Di 3 Tempat Ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Pemakaian topeng muka merupakan salah satu cara penjagaan diri bagi mencegah jangkitan virus COVID-19.

    Tetapi adakah anda perlu untuk memakainya 24 jam sehari atau hanya pada tempat tertentu?

    Ini perkembangan penularan COVID-19 di Malaysia:

    [covid_19]

    Wajib pakai topeng muka atau denda

    Jika sebelum ini rakyat diberikan kebebasan untuk tidak memakai pelitup muka sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diisytiharkan (PKPP).

    Namun sejak 1 Ogos 2020, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mewajibkan pemakaian face masks di tempat awam.

    Bahkan, jika melanggarnya seseorang individu boleh dikenakan denda RM1,000.

    Tetapi bagaimana untuk menentukan lokasi atau situasi yang memerlukan individu untuk memakai pelitup muka?

    Lebih mengelirukan lagi apabila timbul ura-ura kononnya pemakaian face mask masih perlu walaupun di dalam kereta persendirian, berseorangan mahupun bersama ahli keluarga dari rumah yang sama.

    Berdasarkan khabar angin yang tersebar luas melalui laman sosial, jika tidak dipatuhi denda akan dikenakan. Adakah ia benar?

    virus korona

    Senarai tempat wajib pakai mask

    Bertenang! Namanya pun khabar angin. Maka sudah tentu ia bukanlah betul.

    Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berita yang tular mengenai mereka yang berada dalam kereta persendirian dikenakan tindakan adalah tidak tepat.

    Beliau menjelaskan, sekiranya bersama keluarga, rakan sekerja yang menumpang kenderaan setiap hari, tidak ada tindakan yang akan diambil.

    Jika berada di tempat awam yang tidak sesak dengan individu, di mana penjarakan fizikal masih boleh diamalkan, maka pemakaian topeng muka adalah tidak perlu.

    Malahan, mereka yang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam juga tidak diwajibkan memakai face masks.

    Artikel berkaitan:

    Berikut adalah 3 tempat yang mungkin memerlukan anda untuk memakai pelitup muka:

    1. Hospital dan klinik adalah tempat wajib pakai mask muka

    Sememangnya hospital mahupun klinik adalah tempat untuk merawat individu yang sakit. Jadi ini bermakna ia merupakan sebuah tempat yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kuman, bakteria dan virus.

    Jadi pemakaian face masks pastinya dapat membantu melindungi diri dan mencegah daripada dijangkiti sebarang virus mahupun bakteria.

    Sekurang-kurangnya pemakaian topeng pelindung muka akan dapat mengurangkan risiko jangkitan.

    Malahan ada kajian yang mengatakan bahawa hospital adalah tempat terkumpulnya pelbagai jenis bakteria. Sudah tentu ia berpunca dan dibawa masuk ke dalam hospital oleh individu yang sakit.

    1. Pengangkutan awam

    Bagi individu yang menjadikan pengangkutan awam seperti bas ataupun kereta api sebagai pengangkutan utama, pasti tahu keadaannya apabila terpaksa bersesak dengan ramai individu. 

    Sudah tentu tidak selesa, apatah lagi apabila ada individu berhampiran anda yang bersin mahupun batuk. Aduh, tiada pilihan lain, mahu tidak mahu anda terpaksa melalui situasi seperti itu.

    Oleh itu, memakai face masks pastinya cara terbaik untuk menghindari keadaan sebegitu.

    Dalam masa yang sama, ia membantu mengurangkan sebarang risiko jangkitan, sama ada daripada individu lain mahupun anda sendiri yang menyebarkannya.

    Bahkan, jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing, seperti Grab Car, Uber atau MyCar, anda tetap perlu memakai topeng muka.

    Baca juga:

    • Topeng Muka N95 atau Surgical Mask – Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Coronavirus? 

  • Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

    1. Tempat wajib pakai mask: Kawasan awam seperti panggung wayang, pasar awam

    Apa itu tempat awam? Sudah tentu ia tempat yang menjadi tumpuan dan boleh diakses oleh ramai individu.

    Contohnya seperti pusat membeli-belah, taman permainan, pasar tani, pasar malam, pasar raya, panggung wayang serta kawasan tumpuan pelancong.

    Tempat-tempat seperti itu sebenarnya boleh menjadi tempat penyebaran penyakit. Ia disebabkan anda tidak tahu keadaan individu yang ada di sana. 

    Mereka mungkin tidak sihat seperti mengalami batuk, demam mahupun selesema. Lebih malang lagi apabila mereka lalu di sebelah anda dan bersin.

    Risiko penyebaran virus melalui air liur sangat tinggi. Alamak! 

    Jadi jika anda ingin pergi ke sebarang tempat awam, pakailah face masks. Ia boleh dijadikan perlindungan pertama anda daripada sebarang jangkitan. 

    mask muka

    Tidak perlu mask muka

    Ingat! Pemakaian mask muka tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.

    Ia adalah kerana ia melibatkan keadaan saluran pernafasan mereka yang masih belum matang.

    Umumnya saluran pernafasan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun masih belum berkembang sepenuhnya dan sempit berbanding individu dewasa.

    Keadaan itu boleh menyebabkan mereka mudah berasa rimas dan lemas apabila dipakaikan topeng muka.

    Lebih bahaya apabila ia boleh mendedahkan mereka dengan situasi sukar untuk bernafas.

    Sebaiknya, demi menjaga keselamatan mereka, elakkan bawa anak kecil di bawah usia 2 tahun ke tempat awam kerana risiko untuk mereka terdedah kepada jangkitan virus COVID-19 adalah tinggi.

    3 Tempat wajib Pakai Mask

    Selain topeng muka, ini langkah penjagaan virus COVID-19

    Malaysia masih belum berada di tahap yang bahaya dalam berdepan wabak jangkitan coronavirus. Tetapi bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? 

    Jadi pakailah openg muka apabila berada di tempat awam yang sesak.

    Tetapi sekiranya anda tidak begitu sihat, sebaiknya berehatlah di rumah dan elakkan daripada berada di tempat awam.

    Selain itu pastikan penjagaan aspek kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan juga tidak diabaikan. Kalau perlu, sediakan gel pembersih tangan di dalam beg anda.

    Sebaiknya, elak menyentuh muka dengan tangan yang belum dicuci atau tidak bersih serta hindari hubungan langsung dengan individu sakit. 

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/02/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan