Basmi Penularan Wabak, Suntikan BCG Berkesan Hindar COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 22/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pelbagai jenis kaedah rawatan dan pencegahan cuba untuk dikaji oleh saintis bagi melindungi populasi umum daripada wabak virus korona baharu (COVID-19).

Baru-baru ini, tular berkenaan dengan suntikan Bacillus Calmette Guerin (BCG) yang dikatakan mampu untuk menghindarkan simptom teruk COVID-19.

Adakah kenyataan tersebut benar?

Bukankah tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan keberkesanan satu rawatan dalam menghindarkan wabak?

Angka jangkitan di seluruh dunia kini sedang merangkak naik ke 3 juta.

Di Malaysia, jumlah kes positif COVID-19 adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,247

Disahkan

6,559

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

Jika tiada alternatif yang boleh menawarkan perlindungan terhadap COVID-19, jumlah pesakit akan terus meningkat.

Teruskan membaca untuk tahu sama ada suntikan BCG mampu untuk menjadi alternatif pencegahan yang berkesan.

Suntikan BCG, bukan sekadar hindar TB

bcg

Pelbagai jenis ubat yang sedang diuji keberkesanannya untuk merawat COVID-19.

Antaranya adalah remdesivir yang sedang melalui fasa ujian klinikal di beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Disebabkan proses mengkaji keberkesanan dan profil keselamatan ubat mengambil masa yang agak lama, saintis melihat kepada vaksin sedia ada yang turut berkesan menentang COVID-19.

Antara yang diuji adalah vaksin BCG.

Suntikan BCG diberikan kepada populasi umum untuk menghindarkan penyakit tuberkulosis atau batuk kering. 

Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis yang menjangkiti sistem pernafasan manusia.

Suntikan BCG bukan sahaja menghindarkan jangkitan TB daripada menular, malah ia mampu mengurangkan tahap keterukan penyakit bagi mereka yang dijangkiti.

Secara puratanya, setiap tahun, lebih daripada 100 juta bayi menerima suntikan BCG. 

Ia telah disenaraikan sebagai ubat yang perlu diberikan kepada setiap individu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Anda mungkin berminat:

Suntikan BCG merupakan satu penyelesaian yang menjimatkan bagi menghindari jangkitan tuberkulosis.

Selain daripada bakteria tuberkulosis, suntikan BCG turut melindungi pengguna daripada bakteria lain yang berasal  dari keluarga Mycobacterium.

Salah satu contoh adalah Mycobacterium leprae yang menyebabkan penyakit kusta.

Namun, jika anda dijangkiti oleh bakteria tersebut, ia hanya boleh dirawat oleh antibiotik khusus.

Dengan kata lain, suntikan BCG hanya menurunkan kebarangkalian anda untuk mendapat jangkitan. Ia tidak memberikan perlindungan sepenuhnya.

Kenapa suntikan BCG boleh cegah virus korona baharu?

Ini merupakan persoalan yang membuatkan saintis turut bingung.

Setakat ini tiada penjelasan saintifik berkenaan dengan mengapa suntikan BCG boleh mencegah jangkitan COVID-19.

Kesimpulan berkenaan dengan kebolehan BCG untuk merawat atau mencegah jangkitan wabak pandemik timbul berdasarkan pemerhatian pada beberapa kajian.

Pada tahun 2014, kajian yang dijalankan oleh Lone Graff dan sekumpulan saintis lain telah menunjukkan keberkesanan BCG dalam menghindarkan jangkitan peparu.

Apa yang menakjubkan adalah ia bukan sahaja mampu mengurangkan risiko jangkitan TB malah virus sistem pernafasan yang lain.

Perkara yang sama turut dibuktikan melalui kajian yang dibuat di hospital Sepanyol.

Mereka yang mendapat suntikan BCG mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan pernafasan teruk yang memerlukan rawatan di hospital.

Baca juga:

Jangan Serbu Hospital, Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Jalani Ujian Saringan COVID-19

Kajian di Brazil turut mengaitkan hubungan di antara suntikan BCG dengan kadar kematian rendah dalam kanak-kanak akibat pneumonia.

Berdasarkan kepada dapatan yang dikumpulkan, ia jelas menunjukkan kebolehan BCG untuk meningkatkan keupayaan sistem imun secara tidak spesifik.

Perkara ini telah mendorong pengkaji dari Institut Kajian Kanak-kanak Murdoch di Australia untuk memulakan ujian klinikal.

Ia melibatkan kira-kira 4,000 kakitangan kesihatan dan dijangka mengambil masa kira-kira 6 bulan dari tarikh mula.

Mereka tidak beranggapan bahawa suntikan BCG akan menjadi satu bentuk rawatan sempurna untuk tangani COVID-19.

Namun, jika ia boleh meningkatkan keupayaan sistem pertahanan badan, ia boleh menjadi aset berharga bagi melawan wabak pandemik.

Negara dengan program imunisasi BCG meluas alami kadar kematian yang rendah

bcg

Seperti yang pembaca sedia maklum, BCG merupakan satu bentuk imunisasi yang disertakan di dalam program imunisasi nasional.

Pendek kata, Malaysia mempunyai kadar pemberian suntikan BCG yang agak meluas.

Terdapat satu kajian yang telah diterbitkan (namun belum diperiksa oleh panel yang bertauliah) berkisar tentang hubungan di antara negara yang memperuntukkan program imunisasi BCG dan kadar jangkitan COVID-19.

Menurutnya, negara yang mempunyai program imunisasi BCG menunjukkan kadar kematian 5.8 kali ganda lebih rendah berbanding dengan negara yang tidak mengamalkan sistem tersebut.

Rumusan ini dibuat setelah pengkaji mengetepikan faktor seperti keadaan ekonomi negara serta populasi warga tua.

Perkara ini telah menggalakkan kajian berkenaan dengan keberkesanan untuk menurunkan kadar jangkitan teruk COVID-19.

Jika ia terbukti, maka imunisasi ini penting untuk golongan berisiko termasuklah dengan pekerja di barisan hadapan.

Konklusi

covid

Jika kajian klinikal menunjukkan suntikan BCG berkesan untuk menurunkan kadar jangkitan teruk, kita sudah mengambil langkah yang penting untuk membasmi wabak.

BCG merupakan imunisasi percuma yang diberikan oleh kerajaan di bawah program imunisasi nasional.

Setakat ini, tiada bukti yang jelas menunjukkan ia berkesan merawat jangkitan virus korona baharu.

Namun, kita hanya boleh berharap. 

 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

Baru-baru ini, laporan kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan sepanjang musim COVID. Kenapa ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

Sambutan hari raya sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda sememangnya hambar. Ikut 6 langkah ini untuk lindungi keluarga...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

Baru-baru ini, 85 kes kanak-kanak positif COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang sama dengan penyakit kawasaki. Kebetulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

Artikel lain untuk anda

tempat kerja

Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020
ibu-hamil-positif-covid-19-kesannya-yang-perlu-diketahui

Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020
sakit kerongkong

Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 01/06/2020
kes terkini

Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/05/2020