backup og meta

5 Lagi Mitos COVID-19 Yang Kita TIDAK Boleh Percaya! #4 Paling Mengarut

5 Lagi Mitos COVID-19 Yang Kita TIDAK Boleh Percaya! #4 Paling Mengarut

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Gelombang kedua penularan wabak COVID-19 di Malaysia kini berada pada tahap yang membimbangkan. Sehingga tarikh hari ini, statistik kes virus korona baharu seperti berikut:

[covid_19]

Disebabkan itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, malah dilanjutkan kepada 14 April 2020.

Langkah ini wajarlah kita patuhi dan ikuti dalam usaha membendung penularan virus korona baharu ini dari terus berleluasa. Jika masih berdegil, risiko untuk Malaysia menghadapi gelombang ketiga pula adalah tinggi.

Dalam masa yang sama, telah timbul pelbagai mitos COVID-19 yang telah menyebabkan kerisauan dan huru-hara dalam kalangan masyarakat dunia. Tenang, jangan terus percaya sekiranya anda terbaca atau terdengar apa-apa mitos COVID-19 ini. Tolong baca artikel ini terlebih dahulu!

Mitos COVID-19 yang kita tidak boleh percaya!

covid-19

#1. Mandi air panas boleh mencegah penularan virus

Fakta: Mandi air panas tidak boleh mencegah penularan virus meskipun pada suhu yang sangat tinggi.

Ramai orang percaya perbuatan mandi air panas boleh mencegah penularan COVID-19 kerana dikatakan suhu yang tinggi boleh membunuh virus ini.

Hakikatnya, tidak sama sekali kerana suhu dalam tubuh badan anda akan kekal sekitar 36.5°C hingga 37°C tidak kira berapa suhu air yang anda gunakan untuk mandi.

Selain itu, ketahuilah bahawa mandi air dengan suhu terlalu panas boleh mengakibatkan kulit melecur. Jadi, cara terbaik untuk melawan virus ini adalah kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta elakkan menyentuh muka, mata, mulut dan hidung anda.

#2. Sapu alkohol atau klorin pada satu badan boleh membunuh virus

Fakta: Sapu alkohol atau klorin pada satu badan tidak boleh membunuh virus yang telah memasuki badan.

Ada orang yang beranggapan penggunaan hand sanitizer sahaja tidak cukup. Disebabkan itu, ada yang menyapukan alkohol atau klorin pada satu badan mereka untuk membunuh COVID-19.

Sebenarnya, virus ini hanya boleh dibunuh sekiranya ia berada di kawasan kulit. Jika ia telah masuk ke badan, berendam di dalam sebatian sebegini juga tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.

Dalam pada itu, ketahuilah bahawa ia adalah berbahaya kepada bahagian mata, mulut, hidung atau apa-apa sahaja bahagian tubuh badan yang terdedah. Jadi, sebarang penggunaan alkohol atau klorin ini haruslah mendapatkan kebenaran doktor terlebih dahulu.

Artikel berkaitan:

#3. Gigitan nyamuk boleh menyebarkan wabak COVID-19

Fakta: Gigitan nyamuk tidak boleh menyebarkan wabak COVID-19 ini.

Sehingga kini, masih tiada bukti yang mengatakan virus korona baharu ini boleh tersebar melalui gigitan nyamuk seperti penyakit denggi atau malaria.

Untuk pengetahuan anda, COVID-19 adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan dan disebarkan melalui titisan air di udara apabila seseorang itu bersin atau batuk. Bukan itu sahaja, ia juga disahkan boleh tersebar melalui air liur dari mulut atau air hingus dari hidung.

Bagi melindungi diri anda, sila basuh tangan sekerapnya dengan sabun dan air atau hand sanitizer dan amalkan social distancing terutamanya ketika bersin atau batuk.

virus korona

#4. Alat pengering tangan boleh membunuh virus

Fakta: Alat pengering tangan tidak boleh membunuh virus korona baharu ini pada tangan anda.

Ada segelintir individu yang mengatakan alat pengering tangan perlu digunakan untuk benar-benar membunuh virus ini pada tangan kita.

Hakikatnya, ia adalah mitos yang sangat mengarut. Anda sebenarnya perlu kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer.

Untuk mengeringkannya pula, gunakan tisu, tuala atau kain. Selepas itu, sila buang atau letakkan di tempat yang tidak terdedah kepada orang lain.

#5. Antibiotik berkesan melawan wabak COVID-19

Fakta: Antibitotik tidak berkesan melawan virus korona baharu ini kerana ia hanya mampu membunuh bakteria.

Wabak COVID-19 adalah sejenis virus dan bukannya bakteria. Oleh itu, penggunaan antibiotik sama sekali tidak boleh digunakan sebagai salah satu ubatan atau rawatan penyakit ini.

Walau bagaimanapun, jika anda ditahan di wad hospital akibat jangkitan wabak ini, anda mungkin akan diberikan antibiotik untuk mengelakkan jangkitan bakteria yang lain.

Simptom dan komplikasi wabak COVID-19 seperti berikut:

Bersama kita lawan pandemik COVID-19!

[mc4wp_form id=’115319″]

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kesihatan sejagat, marilah kita bersama melawan pandemik virus korona baharu ini. Oleh itu, sila berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Noor Hisham Abdullah mengatakan jika langkah kerajaan ini tidak dapat dijalankan dengan baik, kita mungkin berdepan gelombang yang ketiga pula.

“Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia agar ambil peduli Perintah Kawalan Pergerakan Ini. Sila berada di rumah’, jelas beliau lagi.

Bersama, kita mampu mengharunginya.

https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public/myth-busters
  2. https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/19/third-wave-of-infection-likely

Versi Terbaru

11/06/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hah, Takut Terjolok Lubang Hidung Sampai Pecah Salur Darah, Betul Ke Swab Test Tak Selamat?

Mata Merah, Ini Simptom Bahaya Varian Baru COVID-19, Kanak-Kanak Paling Berisiko!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan