Takut Pergi Salun Masa PKP? Relaks, Ini 5 Cara Betul Rapikan Rambut DIY Di Rumah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 3 mins read

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memerintahkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi sehingga tarikh 28 April 2020.

Ini adalah usaha kerajaan untuk benar-benar memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara kita.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,674

Disahkan

8,481

Sembuh

121

Kes Kematian
Peta sebaran

Dalam pengumuman itu juga, kerajaan membenarkan beberapa sektor perkhidmatan dan perniagaan mula beroperasi secara berperingkat semasa PKP fasa 3 ini.

Antara premis yang terlibat; kedai dobi, perkakas, elektronik, cermin mata dan gunting rambut.

Artikel berkaitan:

PKP Lanjut Sampai 28 April, Syarikat Tertentu Dibenarkan Beroperasi, Keadaan Semakin Pulih

Persoalannya, adakah orang ramai akan membanjiri kedai gunting rambut selepas ia dibuka?

Atau ketakutan terhadap COVID-19 masih akan menyelubungi? Mari kita ikuti artikel ini!

Kedai gunting rambut boleh mula beroperasi?

rambut

Cadangan Tan Sri Muhyiddin mendapat sambutan baik dari rakyat Malaysia.

Cuma, ada beberapa sektor yang dipersoalkan oleh netizen di media sosial terutamanya kedai gunting rambut.

Ini kerana ramai yang bimbang jika keputusan ini akan mewujudkan kluster baharu COVID-19 iaitu kluster gunting rambut.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Bukan itu sahaja, khidmat gunting rambut di salun atau barber akan melibatkan banyak sentuhan dan perkongsian peralatan.

Tanpa jarak sosial yang diperlukan juga, ramai khuatir virus korona baharu ini boleh merebak dengan lebih teruk.

Disebabkan itu, rakyat menggesa agar pihak kerajaan mempertimbangkan semula keputusan ini demi kesejahteraan masyarakat sejagat.

Rapikan sendiri rambut anda di rumah!

Keputusan untuk membenarkan kedai gunting rambut dibuka bukan sahaja dipersoalkan oleh rakyat biasa, malah oleh golongan profesional.

“Keputusan kerajaan meletakkan servis gunting rambut sebagai sektor penting yang boleh beroperasi semasa PKP adalah langkah yang tidak difikirkan kesannya.

Ini kerana premis itu bakal menjadi lokasi paling berbahaya,” jelas Pakar Virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar.

Ini adalah punca kenapa keputusan untuk membenarkan kedai gunting rambut yang memerlukan banyak sentuhan kulit ke kulit perlu diteliti kembali:

Jadi, apa yang kalian boleh buat jika kedai salun atau barber tidak dapat dibuka kelak?

Senang sahaja, caranya adalah rapikan sendiri rambut anda di rumah.

Berikut adalah caranya:

rambut

#1. Jangan malas untuk mencuci rambut

Ini adalah perkara yang paling penting bagi individu tidak kira lelaki atau perempuan. Kita sewajarnya mencuci rambut sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari sekali.

Caranya, hanya gunakan syampu, pelembut dan pelembab rambut untuk memastikan ia tidak kering atau kusam.

Pun begitu, jangan pula anda terlalu kerap mencucinya ya? Bimbang ia akan rosak pula nanti kerana terlalu banyak terkena produk cucian.

#2. Bentuk rambut sementara ia sedang tumbuh

Apa maksudnya? Rambut yang sedang tumbuh perlu dibentuk atau disikat dengan lebih awal lagi agar ia dapat jadi seperti yang kalian dambakan!

Caranya, hanya gunakan jari atau sikat untuk menarik rambut anda itu ke tempat yang anda inginkan seperti ke depan atau ke belakang.

Ini kerana ia dapat membantu membuat akar rambut terikut ke arah yang anda mahukan.

Selepas itu, gunakan produk seperti minyak, gel, spray atau pomade untuk membuat ia kekal dan kelihatan lebih kemas. Duduk di rumah tidak bermaksud kalian tidak boleh bergaya, bukan?

#3. Trim lebihan rambut yang mengganggu

Sebagai lelaki, langkah ini adalah penting untuk anda.

Kalian perlu menggunakan pisau cukur untuk merapikan lebihan rambut yang terdapat pada dahi, leher atau side burn agar ia kelihatan lebih kemas.

Jika kurang pandai untuk trim, cukurkannya sahaja.

Bagi wanita pula, rambut kalian tentu sahaja lebih panjang. Maka langkah ini mungkin kurang perlu diberi perhatian.

Namun, tidak salah untuk anda turut melakukannya jika ia nampak pelik pada anda.

Dapatkan bantuan pasangan jika tidak mampu lakukannya sendiri.

rambut

#4. Jangan abaikan misai, janggut dan jambang

Bagi lelaki yang mempunyai bulu lebat pada muka, anda tidak boleh hanya menjaga rambut lantas mengabaikan misai, janggut dan jambang anda ya?

Ini kerana ia juga perlu dirapikan untuk membuat anda tidak kelihatan seperti suami tertekan akibat kehilangan isteri.

Caranya, hanya gunakan gunting kecil untuk merapikan bulu-bulu di bahagian ini.

Jika mahukan imej yang lebih baby face, mungkin cukurkannya sahaja adalah langkah yang ideal.

Ada sesetengah wanita yang turut mempunyai bulu-bulu halus pada wajah terutamanya di misai.

Mungkin mencukurnya hanya akan membuat ia lebih cepat tumbuh. Maka, trim dengan gunting kecil adalah lebih baik!

#5. Botakkan sahaja kepala anda

Akhir sekali, ini adalah langkah yang paling drastik namun paling ideal untuk dilakukan terutamanya bagi kaum lelaki.

Apa yang hendak dimalukan? Semasa PKP ini adalah waktu yang paling sesuai untuk bereksperimen dengan melihat bagaimana anda kelihatan jika botak.

Namun, bagi perempuan mungkin ia tidak berapa sesuai. Bagi kaum Hawa, cuba amalkan 4 langkah terdahulu di atas tadi ya?

Dalam masa menjaga kesihatan rambut, tubuh badan pula jangan dilupa.

Amalkan langkah kebersihan, keselamatan dan kesihatan bagi mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa virus korona baharu.

Ikuti langkah ini:

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Paling penting, kita perlu sentiasa berada di rumah untuk sama-sama melawan pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. #stayathome

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kolam Renang Sudah Mula Dibuka, Bagaimana Nak Pastikan Kita Selamat Dari COVID-19?

Pengumuman kerajaan membenarkan pusat akuatik beroperasi pada tempoh PKPP pasti menggembirakan peminat sukan renang. Tapi, patuhi SOP untuk elak COVID-19.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 29/06/2020 . 3 mins read

Kini Mandian Herba Pula Dikatakan Penawar COVID-19: Berkesan Ke Mandi Guna Serbuk Biji Sawi?

Benarkah mandian serbuk biji sawi merupakan ubat ajaib merawat COVID-19? Apakah cerita sebenar di sebalik kebaikan biji sawi yang digembar-gemburkan ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 mins read

Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai: Sebelum Pergi, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Pada tanggal 1 Julai 2020, semua pawagam Malaysia akan dibenarkan untuk beroperasi semula. Adakah selamat untuk pergi semasa pandemik COVID-19 ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 mins read

AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

Kempunan nak makan di restoran bufet? Ada risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19. Oleh sebab itulah pemilik restoran perlu membuat perubahan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 mins read

Artikel lain untuk anda

rambut lanugo

AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
sanitizer

Jangan Gopoh Beli Hand Sanitizer Online, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli (Tak Boleh Wangi!)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read
selesema babi

Gempar! Virus Baru Mirip H1N1, Virus G4 Ada Potensi Untuk Jadi Pandemik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 mins read
pemindahan organ paru paru

Terkini! Organ Rosak Teruk Sebab COVID-19, Pesakit Sembuh Lepas Jalani Pemindahan Peparu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 mins read