Staf Kesihatan Pun Makin Ramai Positif COVID-19! Ini Tindakan Selanjutnya Yang WAJIB Diambil Anda

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Memang tidak dapat dinafikan, kakitangan kesihatan khususnya pekerja barisan hadapan (frontliners) mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus korona baharu (COVID-19) yang dilihat semakin agresif.

Di negara-negara lain seperti China, Itali dan Iran, ribuan kakitangan kesihatan telah diisolasikan selepas dijangkiti oleh wabak tersebut.

Ramai juga yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat masalah sistem pernafasan yang dialami oleh mereka.

Situasi di Malaysia juga tiada bezanya. Setakat ini, jumlah kes positif di Malaysia adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

2,626

Disahkan

479

Sembuh

37

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

2,626

Disahkan

479

Sembuh

37

Kes Kematian

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan peningkatan jumlah kakitangan kesihatan yang telah dijangkiti oleh COVID-19. 

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Jangkitan kakitangan kesihatan terlibat bukan berpunca daripada COVID-19

kakitangan kesihatan

Berikut merupakan pernyataan rasmi daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kakitangan kesihatan.

Virus korona baharu merupakan sejenis virus yang menjangkiti sistem pernafasan manusia. Oleh sebab ia memiliki potensi jangkitan yang lebih tinggi berbanding dengan virus korona yang lain, penularan virus ini boleh berlaku pada kadar yang sangat cepat.

kakitangan kesihatan

Mereka yang mempunyai risiko jangkitan dinasihatkan untuk dikuarantin bagi mengelakkan penyebaran virus.

Menurut Dr Noor Hisham, jumlah mereka yang telah dijangkiti berada pada angka 73. 

Kesemua kakitangan kesihatan yang telah disahkan positif mendapat jangkitan tersebut daripada punca lain.

Kira-kira 64.4% daripada jumlah tersebut (47 kakitangan kesihatan) mendapat jangkitan selepas menghadiri majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan perhimpunan ijtimak tabligh yang diadakan di Masjid Sri Petaling pada hujung bulan Februari.

Artikel berkaitan:

62% Penyebaran COVID-19 Daripada Kluster Tabligh, Adakah Ia Akan Berakhir Atau Makin Teruk?

Bagi pekerja barisan hadapan pula, seramai 1,895 anggota telah menjalani ujian saringan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 1,187 telah disahkan negatif manakala 708 lagi masih menunggu keputusan.

Hanya 1 kes kematian kakitangan kesihatan yang dicatatkan akibat COVID-19. Mangsa bukanlah pekerja barisan hadapan, sebaliknya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. 

Setakat ini tiada penyebaran yang berlaku dalam kalangan kakitangan kesihatan yang menguruskan pesakit COVID-19. Mereka yang disahkan positif akan diisolasi dan dipantau dengan rapi.

Ambil langkah berjaga-jaga untuk elak jangkitan COVID-19

kakitangan kesihatan

Pekerja kesihatan yang telah dilantik untuk berkhidmat sebagai frontliners (golongan yang merawat pesakit COVID-19), telah diberikan taklimat dan penerangan awal mengenai protokol jangkitan wabak.

Setiap seorang daripada mereka telah dilatih untuk mengamalkan pelbagai jenis langkah pencegahan termasuklah perkara yang perlu dilakukan sekiranya terbabit secara langsung dengan kes positif. Antara langkah pencegahan yang anda boleh lakukan untuk elak jangkitan virus ini adalah:

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Sudah berapa kali kita terdengar atau terbaca kisah berkenaan dengan bagaimana seseorang yang mempunyai sejarah menyertai majlis keramaian yang juga punca jangkitan COVID-19, namun tidak membuat pengakuan awal.

Tindakan tersebut membahayakan individu di sekeliling terutamanya kakitangan kesihatan yang merawat pesakit secara langsung.

Dalam situasi tersebut, pekerja kesihatan tersebut perlu mengaktifkan pelan tindakan khas dan melaporkannya kepada ketua jabatan atau mana-mana pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

Setiap anggota kesihatan juga wajib memakai kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) yang direka khas bagi tujuan penggunaan semasa wabak. 

Ditambah pula dengan amalan jarak sosial dan cuci tangan secara kerap, risiko jangkitan bagi golongan barisan hadapan ini dapat diturunkan kepada tahap selamat.

Maklumkan kepada kakitangan kesihatan jika berisiko

pekerja barisan hadapan

Jika anda pernah menyertai mana-mana perhimpunan terutamanya perhimpunan jemaah tabligh, anda digalakkan untuk menghadirkan diri ke fasiliti kesihatan KKM untuk tujuan saringan.

Pastikan anda mengekalkan jarak sosial, memakai topeng dan mengamalkan langkah pencegahan seperti yang disarankan. Beritahu kepada mereka yang bertugas berkenaan dengan status anda.

Baca juga:

Jika anda khuatir kehadiran anda akan menyebabkan penularan wabak dan tidak pasti akan keadaan tersebut, hubungi talian berikut untuk pertanyaan lanjut:

  • 03-88810200
  • 03-88810600
  • 03-88810700

Peningkatan pesat kes wabak COVID-19 di seluruh dunia ini semakin membimbangkan. Sebagai individu yang bertanggungjawab, anda perlu memainkan peranan untuk membendung wabak daripada terus menular.

Patuhi perintah kawalan pergerakan, basuh tangan secara kerap, pakai topeng ketika sakit dan amalkan jarak sosial. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Tarikh Reviu: Mac 26, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 30, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut