Tangguh @ Tamat – Perintah Kawalan Pergerakan Bakal Berlangsung 18 Bulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sepanjang musim wabak virus COVID-19 ini, kami telah berulang kali menggalakkan amalan jarak sosial di samping basuh tangan dan pemakaian topeng.

Perkara ini bukannya tak bersebab!

Amalan jarak sosial sememangnya dapat memutuskan rantaian jangkitan yang menyebabkan pertambahan kes positif, hari demi hari

Di Malaysia, pertambahan kes positif menunjukkan satu nilai yang konsisten iaitu antara 100 hingga 200 kes baharu setiap hari.

Statistik terbaru adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

7,629

Disahkan

5,859

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

Hingga kini, apa yang dapat disimpulkan adalah pertambahan pesakit berlaku apabila aktiviti yang bersifat kluster dijalankan.

Kunci kepada penularan wabak COVID-19 adalah kontak rapat dengan mereka yang membawa virus.

Nak kesan mereka yang dijangkiti agar sukar kerana kebanyakan pesakit tidak mempunyai simptom pada peringkat awal jangkitan.

Artikel berkaitan: Individu Dengan COVID-19 Boleh Sebarkannya Walaupun Tiada Simptom!

Namun, kajian yang dijalankan di Wuhan menunjukkan potensi amalan jarak sosial untuk “menangguhkan” fenomena gelombang seterusnya.

Dilema pihak berkuasa tentang amalan jarak sosial dan tempoh lockdown

jarak sosial

Selagi tiada ubat antiviral yang boleh merawat COVID-19 atau vaksin yang boleh menghindarkannya, jangkitan ini akan terus menular.

Hampir semua pihak berkuasa di seluruh dunia mengalami kesukaran dalam menentukan bila masa terbaik untuk menamatkan tempoh perintah kawalan pergerakan.

Jika tidak dibendung dengan baik, fenemena peningkatan jumlah kes positif baharu boleh menjadi di luar kawalan!

Penutupan sekolah dan tempat kerja di China “membuka” mata dunia.

Satu-satunya cara paling efektif bagi mengawal wabak ini adalah dengan memutuskan kontak fizikal antara manusia!

Namun, berapa lama? Jika berlanjutan, ia akan beri implikasi negatif terhadap ekonomi negara.

Jika kita bernasib baik, pada waktu tersebut, vaksin dan ubat antiviral sudah pun tersedia untuk menyelamatkan atau menghindarkan individu daripada dijangkiti

Artikel berkaitan:

Berita Baik, Ujian Pertama Vaksin COVID-19 Pada Manusia Sudah Bermula!

Jika tidak, keadaan akan jadi satu bentuk eksperimen besar-besaran yang mungkin akan membawa padah jika virus tersebut menyerang kembali.

Satu kajian berkenaan ramalan COVID-19 sekiranya tempoh berkurung ditamatkan telah menunjukkan kepentingan amalan jarak sosial.

Hasil kajian mendapati, jika langkah jarak sosial berhenti bermula bulan Mac, kes positif akan mula meningkat pesat pada Ogos 2020.

Namun, jika tindakan tersebut ditangguhkan pada bulan April, peningkatan pesat dijangka berlaku pada bulan Oktober.

Ini bermakna, dengan hanya menangguhkan tamatnya perintah berkurung selama sebulan, fenomena berlakunya gelombang seterusnya dapat ditangguhkan selama 2 bulan.

Negara perlu kuatkan sistem pengesanan kontak rapat dan kuarantin  

jarak sosial

Jika keputusan menamatkan tempoh berkurung dibuat kerajaan, ini bermakna, tahap pengamalan jarak sosial juga turut terjejas.

Mungkin ada yang masih boleh mengekalkan jarak dari individu lain sekurang-kurangnya 1 meter, namun kebanyakannya tidak ada pilihan!

Contohnya individu yang naik kenderaan awam ke tempat kerja.

Maka, sebelum penamatan perintah kawalan pergerakan dilakukan, pihak berkuasa perlu menguatkan sistem pengesanan bagi memastikan mereka yang positif dapat diasingkan daripada masyarakat.

Artikel berkaitan: Pesakit Mati Lepas 5 Hari Negatif COVID-19, Risiko Masih Ada Walaupun Sudah Sembuh?

Hakikatnya, kita tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk melakukan pengesanan kontak secara aktif

Jika jumlah pesakit yang dijangkiti melebihi keupayaan sumber yang ada untuk merawat pesakit COVID-19, maka sistem tersebut akan lumpuh.

Sebab itu kenapa tempoh perintah kawalan pergerakan harus dilanjutkan.

Matlamat ideal adalah untuk membasmi virus korona manakala matlamat realistik adalah untuk mengurangkan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan konservatif.

Kawalan pergerakan dan amalan jarak sosial perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 hingga 18 bulan

Berikut konklusi yang dibuat pengkaji Britain selepas kerajaan mengeluarkan perintah berkurung untuk melaksanakan jarak sosial.

Jika dibandingkan dengan negara seperti China dan Korea Selatan, tindakan ini diambil agak lambat. 

Artikel berkaitan: 3 Rahsia Bagaimana Korea Selatan Berjaya Cegah Penularan Wabak COVID-19

Ternyata perintah berkurung bagi menggalakkan amalan jarak sosial dapat menyelamatkan banyak nyawa.

Di UK, sekiranya perintah berkurung tak dibuat, jumlah kes positif yang bakal didiagnosis akan melebihi kapasiti yang boleh ditanggung sektor kesihatan. 

Kadar kematian akan meningkat setinggi 250,000.

Keadaan sama turut diramalkan di Amerika Syarikat (USA/US). Bezanya, jika jarak sosial diambil mudah, kadar kematian di US akan mencecah 1.1 hingga 1.2 juta.

Berdasarkan kepada data tersebut, ia memberikan satu implikasi yang jelas.

Perintah berkurung perlu dilakukan dan tempohnya bergantung pada kebolehan virus untuk kekal dalam satu masyarakat atau sehingga vaksin dan ubat antiviral berjaya ditemui.

Walaupun ujian vaksin fasa manusia telah dilakukan pada awal bulan Mac, ia memerlukan kira-kira 12 hingga 18 bulan sebelum disahkan selamat untuk kegunaan. 

Perkara ini yang menjadi masalah besar buat semua pemerintah. Bila waktu sesuai untuk menamatkan perintah berkurung ini?

Jika hendak tunggu hingga 12 bulan, banyak perniagaan yang akan terjejas.

Perkara yang boleh dilakukan sekarang adalah dengan mengurangkan kadar purata penularan COVID-19, nilai R0 (jumlah individu yang terkesan daripada seorang yang berjangkit) daripada 2 hingga 2.5 kepada 1.

Ini bermakna, bagi setiap individu berjangkit, mereka hanya mempunyai kapasiti untuk menjangkiti satu individu pada satu masa.

Sekiranya berjaya, maka perintah berkurung boleh ditamatkan dengan sekatan tertentu supaya operasi syarikat boleh berjalan seperti biasa.

Konklusi

covid

Walaupun ramai berharap perintah kawalan pergerakan di Malaysia dapat ditamatkan pada pertengahan bulan April, perkara tersebut sukar untuk dicapai

Antara kemungkinan yang bakal dihadapi oleh masyarakat kita adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri tatkala wabak virus korona baharu masih agresif. 

Buat masa sekarang, peranan rakyat dalam membantu kerajaan penting bagi memastikan jumlah jangkitan baharu dapat dikurangkan.

Ini termasuklah amalan jarak sosial, kepatuhan terhadap perintah kawalan pergerakan dan langkah pencegahan yang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

    Baru-baru ini, 85 kes kanak-kanak positif COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang sama dengan penyakit kawasaki. Kebetulan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

    TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

    Terbaharu, air mani 6 pesakit dan juga bekas pesakit COVID-19 disahkan mengandungi virus tersebut. Ia dilaporkan berlaku di sebuah hospital di China!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 15/05/2020

    Mimpi Ngeri Bermula, Panik Punca Virus COVID-19 Berjangkit Satu Sama Lain Tanpa Disedari?

    Salah satu cara COVID 19 berjangkit adalah melalui kontak rapat. Adakah panik rakyat di Malaysia punca kenapa kes positif kerana kontak rapat meningkat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 14/05/2020

    TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

    Kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat. Terbaharu, seramai 3 orang pelajar UMS didapati positif. Apa punca sebenar perkara ini berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 14/05/2020