Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Ketika berada di luar, penggunaan topeng muka dikatakan membantu mengurangkan risiko jangkitan virus korona. Tetapi bagaimana pula sewaktu di rumah? Adakah penggunaan alat pembersih udara berkesan mencegah wabak virus Wuhan ini?
[covid_19]
Merebak melalui zarah
Umumnya, novel coronavirus merupakan satu jangkitan yang boleh merebak melalui zarah di udara. Ia merupakan virus yang menyerang sistem pernafasan manusia dan berisiko mengakibatkan masalah kesihatan seperti demam, selesema mahupun sesak nafas.
Berikut adalah simptom & komplikasi virus korona baharu yang kalian wajib tahu:
Pelbagai cara dilakukan untuk mengelak jangkitan virus ini seperti pemakaian topeng muka sehinggalah penggunaan produk pembersih udara atau air purifier. Malah, seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat pelbagai variasi alat pembersih udara terjual di pasaran.
Artikel berkaitan:
Tetapi yang menjadi persoalan kini, adakah ia berkesan dalam membantu mencegah jangkitan 2019-ncov ini?
Berkesankah alat pembersih udara?
Alergen adalah satu kumpulan sebatian melibatkan asap, kulat, virus, bakteria, debunga, dan bahan tercemar yang boleh merosak dan menjejaskan paru-paru serta sistem imun badan.
Alergen boleh dibawa masuk ke dalam kediaman, selepas anda pulang dari sesuatu tempat.
Alergen boleh bertukar menjadi mikroorganisme yang tersebar melalui udara. Mikroorganisma pula merupakan satu zarah yang boleh berpindah daripada individu ke individu.
Keadaan ini boleh berlaku apabila kedua-dua individu tersebut menghirup udara sama di dalam ruang atau bilik yang sudah tercemar.
Sudah tentu penyebaran virus dan bakteria dalam kediaman adalah lebih mudah. Ini kerana rumah merupakan satu tempat yang selalunya ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap yang sentiasa ditutup atas faktor keselamatan.
Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan mikroorganisma untuk terus terperangkap dalam ruang udara di rumah anda.
Situasi seperti ini akan mengakibatkan individu lain seperti ahli keluarga yang berada di kediaman yang sama dengan individu yang dijangkiti virus akan lebih terdedah kepada jangkitan ini.
Risiko dijangkiti adalah lebih tinggi khususnya kepada anak-anak kecil, individu dewasa lebih berusia dan individu dengan tahap sistem imun yang lemah.
Baca juga:
Kebanyakan alergen seperti virus dan bakteria mempunyai saiz yang sangat kecil dan tidak boleh dilihat melalui mata kasar. Malahan, terdapat alergen dengan saiz yang tidak melebihi 0.3 mikron. Bagi menghilangkan alergen dalam zarah udara, selalunya pembersih udara atau air purifier sering menjadi pilihan.
Dan ketika penularan wabak virus korona yang semakin membimbangkan ini, peningkatan penggunaan air purifier dalam kalangan masyarakat juga semakin meningkat.
Alat pembersih udara dengan sistem penapisan HEPA dikatakan satu alat yang terbaik dalam membantu membersihkan udara dalam kediaman.
Sistem penapisan HEPA (high efficiency particulate air) merupakan satu teknologi penapisan udara dengan jaring halus yang dapat memerangkap zarah berukuran 0.3 hingga 0.1 mikron.
Penapis HEPA telah digunakan secara meluas dalam bidang bioperubatan sejak tahun 1940-an sebagai medium pencegahan organisma virus dalam udara. Teknologi ini dikatakan dapat menapis lebih 99.97 peratus zarah dalam udara.
Namun begitu, menjadi persoalan utama kini, adakah alat pembersih udara berkesan dalam membantu mencegah penularan virus korona?
Penapis HEPA vs mencegah virus 2019-ncov
Walaupun penapis HEPA dikatakan dapat memerangkap zarah bersaiz 0.1 mikron, malangnya fungsi HEPA di dalam alat pembersih udara tidak dapat membunuh virus, tidak kira model yang anda beli itu adalah model keluaran terbaharu sekalipun.
Malahan, keberkesanan penapis HEPA ini juga akan menurun dari masa ke masa disebabkan pengumpulan zarah di dalamnya.
Sekiranya anda mahu alat pembersih udara anda berfungsi dengan sebaiknya dalam membantu mencegah jangkitan coronavirus, alat penapis HEPA anda perlu digabungkan dengan beberapa ciri lain. Antara ciri-ciri tersebut adalah:
1. Ultraviolet germicidal irradiation (UVGI)
UVGI atau lebih dikenali sebagai lampu UV adalah teknologi dengan sinaran ultraviolet yang dapat meneutralkan pelbagai mikroorganisma dalam udara seperti kuman, bakteria dan virus.
Air purifier akan lebih berkesan dalam mencegah virus Wuhan jika di dalam rekaannya menggunakan lampu UV yang ditumpukan kepada penapis HEPA. Ini kerana pendedahan sinaran UV kepada zarah yang terperangkap pada penapis HEPA akan dapat membantu memusnahkan virus.
Walaupun begitu, keberkesanan UVGI masih belum boleh dikatakan sempurna kerana masih terdapat beberapa bakteria yang kebal terhadap sinaran UV.
2. Penapis ESP
Teknologi ini menggunakan elektrik statik voltan tinggi yang dapat menghilangkan kekotoran pada zarah udara. Penapis ESP akan menarik udara ke dalam air purifier dan memerangkap zarah pada plat.
Seperti penapis HEPA, penapis ESP tidak dapat membunuh virus yang datang dari China dan hanya akan memerangkap virus tersebut di dalam alat pembersih udara ini.
Jadi, anda perlu membersihkan plat ini dengan kerap dari kekotoran yang terperangkap bagi mengekalkan keberkesanannya. Penapis ESP dipercayai dapat berfungsi lebih lama dengan gabungan penapis HEPA dan lampu UV.
Walau bagaimanapun, menurut Environmental Protection Agency di Amerika Syarikat, sehingga kini, tiada sebarang ujian standard yang dapat mengukur keberkesanan penggunaan air purifier dalam memerangkap virus.
[mc4wp_form id=’115319″]
Konklusinya
Penggunaan air purifier mungkin membantu dalam membersihkan udara, namun dalam mengurangkan risiko jangkitan virus korona, ia masih belum terbukti lagi.
Walau bagaimanapun, zarah yang mengandungi virus atau bakteria tidak hanya terdapat dalam udara. Mikroorganisma ini boleh terperangkap pada permukaan objek dan barangan di dalam kediaman yang terdedah kepada sentuhan kulit seperti sofa, tilam dan karpet.
Jadi selain bergantung sepenuhnya kepada alat pembersih udara di rumah, anda masih perlu membersihkan rumah dan mencuci segala barangan seperti tilam dan karpet dengan sekerapnya bagi mencegah jangkitan virus korona.
Ini penting untuk mengelakkan anda dari terkena wabak berbahaya yang sangat berbahaya ini. Tonton video di bawah untuk mengetahui bagaimana ia akan menjejaskan kesihatan individu:
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga: