backup og meta

Bimbang Kalau COVID-19 Belum Pulih Sepenuhnya Lagi, Ini 7 Cara BIJAK Nak Terangkan Kepada Anak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/07/2020

    Bimbang Kalau COVID-19 Belum Pulih Sepenuhnya Lagi, Ini 7 Cara BIJAK Nak Terangkan Kepada Anak

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Virus COVID-19 sudah diisytiharkan sebagai 1 pandemik. Jadi sebagai ibu bapa, bagaimana untuk bercakap dengan anak bagi menerangkan situasi semasa yang terjadi kini? 

    Sebelum itu, ini situasi pandemik COVID-19 di Malaysia:

    [covid_19]

    Bimbang tentang virus COVID-19

    Mendengar tentang virus penularan wabak coronavirus, pastinya boleh menimbulkan rasa bimbang kepada kita semua.

    Apatah lagi apabila virus itu secara rasminya sudah diisytiharkan sebagai 1 wabak pandemik.

    Ini adalah apa yang anda perlu tahu mengenai virus korona baharu ini:

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

    Keadaan ini pastinya menimbulkan tanda tanya dalam diri kanak-kanak apabila melihat ramai individu memakai topeng muka saat berada di luar.

    “Apakah yang berlaku, Mama?”, antara pertanyaan yang mungkin akan ditanyakan kepada anda.

    Melihatkan kebimbangan kita sebagai ibu bapa, sudah tentu si kecil dapat merasainya.

    Pastinya anda perlu berbicara secara terbuka dan memberikan penerangan yang bersesuaian mengikut usia si kecil bagi memahamkan mereka tentang keadaan ini.

    Persoalannya sekarang, apakah cara terbaik untuk membicarakan dengan anak mengenai COVID-19 ini? 

    7 cara bercakap dengan anak tentang COVID-19

    Jangan risau, setiap persoalan pastinya akan ada jawapan dan penyelesaian.

    Berikut Hello Doktor senaraikan 7 cara untuk berbincang dan bercakap dengan anak tentang COVID-19. Semoga ia dapat memudahkan urusan anda!

    1. Beri peluang anak bertanya

    Untuk memulakan topik berkaitan virus corona ini, anda perlulah memastikan keadaan persekitaran tenang.

    Hindari untuk berbincang dengan anak mengenai penularan wabak ini saat mereka sedang bermain.

    Tanyakan sejauh mana pengetahuan mereka mengenai virus ini dan jika mereka belum pernah mendengarnya, mungkin anda hanya perlu mengingatkan mereka untuk menjaga kebersihan diri.

    Usah bangkitkan ketakutan dalam diri mereka.

    Sekiranya anak anda pernah mendengar tentang kewujudan virus ini, berikan peluang kepada mereka jika terdapat sebarang pertanyaan yang bermain di dalam fikiran.

    Jangan terus menutup ruang untuk mereka bertanya. 

    Tunjukkan bahawa anda sedang mendengar dan berikan perhatian yang sepenuhnya.

    Sebolehnya berikan penerangan yang ringkas dan mudah difahami si kecil. Jangan sampai menyebabkan mereka berada dalam ketakutan, okay?

    covid-19

    1. Menerangkan secara jujur

    Anda mungkin berasakan si kecil masih terlalu muda untuk memahami situasi yang berlaku.

    Namun, itu tidak bermakna anda boleh mengenepikan hak mereka untuk mengetahui tentang keadaan sebenarnya yang melanda dunia.

    Mereka berhak untuk mendapatkan maklumat yang benar dan sahih. Tetapi dalam masa yang sama anda masih bertanggungjawab untuk memastikan mereka tidak tertekan dengan situasi semasa. 

    Gunakan bahasa yang baik dan mudah difahami, perhatikan reaksi mereka dan jadilah sensitif terhadap kegelisahan dan kebimbangan yang mungkin mereka lalui selepas mendengar perkhabaran mengenai virus COVID-19 ini.

    1. Tunjukkan cara melindungi diri

    Apabila bercakap dengan anak tentang penularan wabak ini, penting untuk anda membantu meningkatkan tahap keprihatinan si kecil tentang aspek penjagaan diri.

    Sarankan kepada mereka untuk kerap membasuh tangan dengan sabun.

    Artikel berkaitan:

    Ajarkan kepada mereka adab sekiranya mereka perlu bersin atau batuk, sama ada menggunakan tisu atau menutup mulut dengan siku.

    Katakan kepada mereka untuk segera memberitahu anda jika berasa ingin demam, batuk atau mengalami kesukaran untuk bernafas.

    1. Jaminan

    Si kecil mungkin akan berada dalam ketakutan selepas anda bercakap tentang wabak COVID-19 ini. Jika ini yang berlaku, usah tambahkan lagi ketakutan dalam dirinya.

    Sebaliknya, terangkan kepadanya jika mereka menjaga aspek kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan, memakai topeng muka jika perlu dan menghindari tempat tumpuan ramai, pastinya jangkitan itu dapat dielakkan. 

    Anda mungkin berminat untuk membaca:

  • Topeng Muka N95 atau Surgical Mask – Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Coronavirus? 
  • Jangan Ambil Mudah! Pakai Topeng Muka di 3 Lokasi Ini
  • Jika anak berasa tidak sihat, terangkan kepada mereka tentang keperluan untuk berada di rumah.

    Katakan kepada mereka, keadaan ini mungkin sukar seperti membosankan mereka, namun ia adalah perkara terbaik untuk dilakukan.

    1. Terkena sebarang stigma

    Memandangkan awal penularan wabak ini adalah dari negara China, maka wujudlah pelbagai stigma yang tidak sepatutnya seperti individu dari bangsa tertentu pastinya terkena jangkitan ini, mereka yang berpurdah mungkin sakit dan sebagainya.

    Jadi tanyakan kepada anak anda jika mereka turut terkena tempias stigma yang membawa kepada buli ini di sekolah atau tidak.

    Ingatkan kepada si kecil bahawa setiap individu layak untuk berasa selamat ketika bersekolah dan buli adalah perkara salah.

    1. Kekal kepada rutin harian

    Sebaiknya, anda harus mengekalkan rutin harian si kecil seperti biasa. Tetapi harus lebih mengutamakan aspek penjagaan kebersihan diri. 

    Jangan melakukan perubahan mendadak dalam rutin harian. Tindakan ini dikhuatiri akan menyebabkan si kecil berada dalam ketakutan sekali gus mengakibatkan tekanan kepadanya. 

    Jika bosan, mungkin kalian boleh cuba lakukan ini:

    1. Tamatkan perbincangan 

    Untuk menamatkan sesi perbincangan atau penerangan dengan si kecil, anda perlu memberitahu yang anda akan sentiasa memastikan mereka berada dalam keadaan selamat. 

    Perhatikan sebarang bahasa badan, reaksi muka, nada suara atau pernafasan mereka bagi menghindari mereka daripada berada dalam keadaan tertekan.

    Ingatkan kepada si kecil bahawa anda sentiasa anda untuk mereka jika mereka ingin bertanyakan sesuatu. 

    Pelancaran e-Book Coronavirus dalam Bahasa Melayu, pasti anak teruja untuk tahu!

    Buat pertama kalinya, kita diperkenalkan dengan e-Book Coronavirus untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan ilustrasi pembacaan yang cukup menarik dan mudah difahami.

    Penghasilan buku ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan kanak-kanak Malaysia mengenai wabak Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia. 

    Atas sebab itu, LeapEd diberi penghormatan eksklusif untuk menterjemahkan e-book ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengubah cara anak belajar dan pengajaran buat pendidik.

    E-book ini pada mulanya diterbitkan di United Kingdom oleh Nosy Crow dan memenangi Anugerah Penerbit Buku Kanak-Kanak Secara Bebas dan diilustrasikan oleh Axel Scheffler yang mana beliau merupakan illustrator yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Sejak dilancarkan di UK pada bulan April lalu, e-book ini telah dimuat turun berjuta kali dan terdapat lebih daripada 60 bahasa.

    Menurut Pengerusi LeapEd, Shahnaz Al-Sadat berkata, walaupun negara sedang dalam perjalanan bagi proses pemulihan untuk membendung penularan Covid-19, namun ia masih belum selesai.

    Jadi, ketika kita menyesuaikan diri dengan normal baharu ini, sudah tentu anak-anak juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan bagi memahami peranan mereka untuk melindungi diri sendiri daripada penularan wabak ini. 

    Malah terjemahan dalam Bahasa Melayu ini juga telah memastikan bahawa segala maklumat yang diberikan adalah mengikut info terkini di kawasan setempat. 

    Terdapat juga panduan membaca yang merangkumi cadangan tentang bagaimana untuk membaca e-book, mencetuskan perbualan dengan kanak-kanak dan persoalan mengenai virus yang dapat memberi galakan kepada anak-anak untuk memikirkan keadaan semasa dan langkah seterusnya yang boleh dipraktikkan. 

    E-book “Coronavirus: Buku untuk kanak-kanak ini boleh dimuat turun di http://www.leapedservices.com/coronavirus-book

    Akhir kata

    Carilah masa yang terbaik untuk bercakap dengan anak dan menjelaskan kepada mereka mengenai situasi semasa.

    Ini dapat meningkatkan tahap kewaspadaan mereka dalam aspek penjagaan kebersihan diri. 

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Paling utama, mereka walaupun masih kecil, berhak untuk mengetahui apa yang berlaku pada masa kini. Jangan ketepikan hak mereka, okay?

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan