Bolehkah Individu Sindrom Down Tinggal Bersendirian?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019

Sebagai ibu bapa yang menjaga individu sindrom Down, agak berat hati sebenarnya untuk melepaskan mereka memikirkan kesusahan yang akan mereka alami apabila tinggal di dunia luar berseorangan. Adakah mereka mampu untuk hidup bersendirian tanpa bantuan keluarga? Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

Keupayaan untuk berdikari

Penat menyebut perkataan stigma. Makin disebut, makin teruk prasangka sesetengah individu terhadap golongan ini. Individu sindrom Down tidak terlepas daripada prasangka buruk sesetengah masyarakat yang suka membuat spekulasi tanpa mengetahui apakah keupayaan sebenar mereka yang menghidap sindrom ini. Mereka mempunyai keinginan yang sama seperti individu yang lain. Ada yang mahu memandu, ada yang mahu bekerja, ada yang mahu menjalinkan hubungan intim dan mereka semua mahu berjaya dalam hidup.

Persoalan yang sering menjadi tanda tanya adalah adakah mereka boleh tinggal bersendirian? Walaupun kebanyakan media bersifat positif apabila ia berkaitan dengan keupayaan golongan ini, namun secara realistiknya, ia bergantung kepada tahap ketidakupayaan mereka dalam menguruskan diri. Ada individu yang boleh menguruskan diri mereka dengan baik, ada yang memerlukan pertolongan untuk menguruskan diri mereka dan ada yang tidak boleh menguruskan diri mereka tanpa bantuan. Situasi ini sama dengan individu yang bukan sindrom Down.

Merancang perubahan fasa hidup

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak sindrom Down, jangan takut untuk memberikan anak anda ruang untuk belajar berdikari. Apabila tamat zaman pembelajaran, mereka akan memasuki alam pekerjaan seperti orang lain. Ini merupakan fasa perubahan yang menakutkan terutamanya kepada mereka yang perlu memikirkan tentang perkara asas untuk hidup bersendirian seperti tempat tinggal, pekerjaan, kenderaan untuk bergerak dan perancangan kewangan.

Sokongan sosial merupakan salah satu aspek penting yang perlu ditekankan kepada mereka yang menghidapi sindrom Down. Ini kerana cabaran hidup yang bakal dihadapi oleh mereka boleh diringankan melalui perhubungan sosial justeru keupayaan ini perlu dididik sejak di bangku sekolah lagi. Sekolah bukan sahaja menyediakan platform untuk belajar malah ia merupakan satu struktur sokongan sosial. Pelajar akan diajar bagaimana untuk menguruskan diri, menjalinkan hubungan sosial dan gaya hidup sihat.

Faktor-faktor lain

Apakah keupayaan anak sindrom Down anda? Adakah mereka mampu untuk menguruskan diri mereka jika tinggal bersendirian? Adakah mereka tahu bagaimana cara untuk menaiki kenderaan awam ke tempat kerja? Adakah mereka sedar pintu perlu dikunci, gas dapur perlu ditutup sebelum meninggalkan rumah atau sebelum tidur? Persoalan ini tidak terhad kepada individu sindrom Down sahaja, malah buat individu biasa.

Terdapat beberapa jenis tempat tinggal yang boleh didiami oleh mereka yang menghidapi sindrom Down:

  • Rumah ibu bapa mereka
  • Kolej kediaman jika mereka menyambung pengajian ke peringkat universiti
  • Rumah sewa atau kepunyaan mereka sendiri dengan bantuan servis yang dapat membantu menguruskan mereka
  • Pusat yang dikhususkan untuk mereka yang berkelainan upaya

Konklusi

Individu sindrom Down boleh tinggal bersendirian jika mereka boleh menguruskan diri mereka sendiri. Ramai di antara mereka yang bekerja di syarikat-syarikat yang kompetitif atau di tempat yang mempunyai peralatan sokongan menunjukkan keupayaan mereka untuk berdikari dan hidup dengan baik di dalam masyarakat. Jangan pandang rendah kepada tahap keupayaan mereka!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Salah Faham Tentang Sindrom Down Yang Ramai Percaya, No #4 Tolonglah BERHENTI Percaya!

    Golongan kanak-kanak sindrom Down seringkali berhadapan dengan stigma negatif masyarakat. Ini adalah 6 salah faham yang sering kita dengar berkenaan mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    4 Perkara Yang Anak Anda Perlukan Di Saat Mereka Sambung Belajar

    Setiap dari anak pasti memasang niat untuk sambung belajar, bukan? Ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu untuk membantu mereka ketika ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ini 5 Perkara Sebenar Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penghidap Sindrom Down

    Penghidap sindrom Down juga dikatakan tidak mempunyai jangka hayat hidup yang lama, susah mendapat pekerjaan atau berkahwin. Benarkah tanggapan ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anak Berdikari, Aspek Penting dalam Kehidupan

    Pernahkah anda menerima teguran yang mengatakan anak anda mungkin terlalu manja? Adakah benar si kecil anda terlalu manja dan tidak tahu berdikari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Ada Hati Pada Wanita Lebih Tua? Sebelum Menjalin Cinta, Pertimbangkan 7 Perkara ini Dulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/05/2020
    peranan-ibu-bapa-membentuk-peribadi-anak

    Pentingkah Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Peribadi Anak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/02/2020
    sindrom AWS

    Kenapa Tiba-tiba Rasa Badan Jadi Lebih Kecil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/11/2019
    ubat-tinggi-steroid

    Mengapa Anda Perlu Elakkan Makanan Tambahan Tinggi Steroid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 31/10/2019