Hati-hati Melancong Dengan Kereta Ketika Musim Banjir!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

“Masuk hujung tahun je mesti musim hujan, selamat ke kita nak pergi travel ni?”, tanya Nizam kepada isterinya yang sedang khusyuk mencari destinasi pelancongan mereka. Perbualan seperti ini pasti akan berlaku di antara individu yang sedang merancang untuk pergi melancong semasa musim hujan. Jadi, apa yang para traveler perlu tahu? 

Melancong semasa musim hujan

Kaki travel pasti tahu bahawa bencana alam adalah tidak boleh dielakkan. Oleh itu, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan sebelum pergi melancong ke sesuatu tempat adalah kaji terlebih dahulu keadaan di destinasi yang hendak anda tuju.

Antara perkara yang perlu anda tekankan adalah keadaan cuaca di sana. Memandangkan sekarang adalah musim banjir di Malaysia, jadi cuba elak dari pergi ke destinasi yang berkongsi iklim khatulistiwa yang sama dengan negara kita.

Akan tetapi, anda juga perlu tahu bahawa bencana alam adalah rahsia sang pencipta dan ia mungkin berlaku tanpa diduga. Sebagai contoh, anda boleh lihat negara Jepun yang kini sedang dilanda Taufan Hagibis. Mahukah anda melancong ke tempat seperti ini?

Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan. Jadi, jika anda sedang melancong di sesuatu destinasi dan tempat itu dilanda banjir, apa yang perlu dilakukan?

melancong kereta

#1. Berpatah balik

Jika anda melancong dengan kereta dan anda mendapat khabar berita bahawa destinasi pelancongan anda sedang ditenggelami banjir, maka batalkan perjalanan anda. Ini kerana risiko kereta anda dibawa arus air banjir.

Namun, jika anda melancong dengan kapal terbang atau pengangkutan awam yang lain, tiada pilihan untuk berpatah balik. Jadi, teruskan membaca tip yang seterusnya.

#2. Segera berlindung di kawasan tinggi

Sebaik sahaja tiba di destinasi travel dan anda dapati kawasan tersebut sedang dilanda banjir, maka cari tempat yang paling tinggi untuk anda berlindung. Oleh itu, cuba cari hotel yang bertingkat dan minta untuk dapatkan bilik yang paling atas. 

Jika anda masih dalam perjalanan, cuba cari kawasan bukit atau bangunan yang tinggi untuk berlindung dan tunggu sehingga bantuan sampai.

#3. Jangan bergerak merentasi air banjir

Air banjir mempunyai arus yang sangat deras. Jadi, jangan sesekali cuba untuk bergerak merentasinya. Selain itu, kereta anda juga berisiko tinggi ditarik oleh pusaran air yang tidak mungkin dapat diketahui punca dan kedudukannya.

Untuk lebih selamat, berlindung sahaja di tempat yang tinggi di dalam kereta. Pun begitu, ada beberapa perkara lain yang perlu anda pertimbangkan.

#4. Jauhi wayar & pencawang elektrik

Jika air banjir sudah mula memasuki tempat perlindungan anda, segera tinggalkan kawasan itu dan cari tempat yang lebih tinggi untuk berlindung. Ini kerana arus elektrik boleh mengalir melalui air. Jadi, elakkan 2 perkara ini; air banjir dan sumber elektrik untuk mengelak dari terkena renjatan elektrik, ya?

#5. Berhati-hati dengan haiwan berbahaya

Ketika dalam perjalanan untuk mencari tempat perlindungan, berhati-hati dengan apa yang tidak anda nampak dalam air banjir contohnya seperti haiwan berbahaya. Sebagai contoh, ular atau haiwan berbisa lain yang mungkin akan memasuki kereta dan menyerang jika anda secara tidak sengaja mengancam mereka.

#6. Berjaga-jaga dengan gas berbahaya 

Risiko kebocoran gas karbon monoksida juga mungkin akan berlaku dalam kereta anda jika meredah air banjir. Jadi, pastikan anda dapat bernafas dengan tertib serta tidak berlaku apa-apa kesukaran dan masalah pada sistem pernafasan anda. Untuk lebih selamat, tutup pendingin hawa kereta anda dan buka tingkap bagi mendapatkan oksigen.

Konklusi

Kesimpulannya, rancang perjalanan anda dengan sebaiknya atau batalkan sahaja niat melancong terutamanya jika anda hendak pergi travel semasa musim hujan. Ini kerana risiko banjir berlaku adalah tinggi! Nizam juga mungkin perlu memujuk isterinya menangguhkan niat untuk pergi travel semasa musim hujan pada hujung tahun ini. 

Holiday di rumah juga tidak kurang seronok bersama orang tersayang, kan?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut