backup og meta

Perginya Tokoh Disayangi Ramai, Ini Perjalanan Hidup Tun Dr Siti Hasmah; Antara Doktor Wanita Melayu Terawal Negara!

Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi, Isnin, 28 September 2026. Berita pemergian isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu disahkan oleh anak mereka, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Perginya Tokoh Disayangi Ramai, Ini Perjalanan Hidup Tun Dr Siti Hasmah; Antara Doktor Wanita Melayu Terawal Negara!

Pemergian tokoh yang dilahirkan pada 12 Julai 1926 itu bukan sahaja kehilangan besar buat keluarganya, malah negara turut kehilangan antara doktor wanita Melayu terawal yang banyak menyumbang kepada bidang kesihatan awam, khususnya kesihatan ibu dan kanak-kanak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun

Berita Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir pada pagi 28 September 2026.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi, kira-kira dua bulan selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 12 Julai lalu.

Allahyarham dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor dan merupakan isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemergiannya turut menutup perjalanan kehidupan bersama yang cukup panjang selepas pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Ogos 1956 dan melalui lebih tujuh dekad kehidupan sebagai suami isteri.

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, siapa beliau?

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor dan merupakan anak keenam daripada 10 beradik.

Beliau mendapat pendidikan di Methodist Girls’ School, St Mary’s School dan Pudu English School sebelum menerima biasiswa untuk mengikuti pengajian perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura.

Beliau merupakan satu-satunya pelajar wanita Melayu dalam kumpulannya.

Selepas menamatkan pengajian pada 1955, beliau menjalani latihan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Universiti Malaya menyifatkan beliau sebagai antara doktor wanita Melayu terawal di Tanah Melayu.

Berita Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia hari ini sekali gus mengingatkan kembali pencapaian penting beliau sebagai wanita dalam bidang perubatan ketika penyertaan wanita Melayu dalam profesion tersebut masih sangat kecil.

Tun Dr Siti Hasmah masa muda, dari hospital ke kesihatan ibu dan anak

Kisah Tun Dr Siti Hasmah masa muda banyak berkait dengan bidang perubatan.

Selepas berkahwin, beliau berpindah ke Alor Setar dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar.

Beliau aktif dalam program kesihatan Kementerian Kesihatan yang memberi tumpuan kepada masyarakat luar bandar.

Pada 1965, beliau menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak di Kedah.

Pada 1974, beliau sekali lagi mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri.

Beliau turut mengikuti program sijil kesihatan awam di University of Michigan pada 1960-an.

Beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada 1979 dan kemudian menjadi pensyarah sambilan di Fakulti Pergigian Universiti Malaya sehingga 1981.

Tun Dr Mahathir, dari rakan sekuliah menjadi teman hidup 70 tahun

Tun Dr Siti Hasmah meninggal
Tun Dr Siti Hasmah setia menjadi pendamping kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan Tun Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bermula ketika kedua-duanya menuntut di King Edward VII College of Medicine di Singapura.

Dr Mahathir turut membantu beliau dalam subjek Fizik dan Kimia ketika belajar.

Hubungan itu membawa mereka ke jenjang perkahwinan di Kuala Lumpur pada 4 Ogos 1956.

Pasangan tersebut mempunyai tujuh anak iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Sepanjang Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 dan sekali lagi dari 2018 hingga 2020, Dr Siti Hasmah sering mendampinginya dalam acara rasmi dalam dan luar negara.

Dr Mahathir pernah menyifatkan toleransi dan mengambil kira perasaan pasangan serta anak-anak sebagai antara rahsia perkahwinan panjang mereka.

Tun Dr Siti Hasmah meninggal, ini jasa besarnya dalam kesihatan

Berita Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia turut membawa perhatian kepada sumbangan beliau yang jauh melangkaui kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri.

Antara jasa dan peranan penting beliau ialah:

  • Memperjuangkan kesihatan ibu dan kanak-kanak melalui perkhidmatan kesihatan kerajaan.
  • Menyertai kempen kesihatan untuk masyarakat luar bandar.
  • Menulis mengenai perubatan keluarga serta faktor sosioekonomi berkaitan kehamilan dan kelahiran.
  • Menjadi penaung Persatuan Kesihatan Ibu dan Neonat Malaysia serta Persatuan Pediatrik Malaysia.
  • Aktif meningkatkan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah termasuk di peringkat antarabangsa.
  • Terlibat dalam usaha berkaitan kesihatan mental, literasi dan pembangunan wanita luar bandar.

Beliau juga menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk doktor kehormat daripada institusi antarabangsa.

Pada 2003, beliau dianugerahkan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Berita Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia bukan sekadar kisah pemergian isteri seorang bekas Perdana Menteri.

Beliau meninggalkan legasi tersendiri sebagai doktor, penjawat awam, ibu, pendamping pemimpin negara dan tokoh yang membantu membawa isu kesihatan ibu, kanak-kanak, wanita serta masyarakat luar bandar ke perhatian lebih luas.

Alfatihah untuk Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/tun-dr-siti-hasmah-meninggal-dunia/. Diakses September 28, 2026.

Salam Takziah Kepada Seluruh Ahli Keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. https://berita.rtm.gov.my/fokus/fakta-visual/senarai-berita-fokus/fakta-visual/senarai-artikel/salam-takziah-kepada-seluruh-ahli-keluarga-allahyarhamah-tun-dr-siti-hasmah-mohd-ali/. Diakses September 28, 2026.

Tun Dr Hasmah Bt Mohd Ali. https://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-dr-mahathir-mohamad/tun-dr-siti-hasmah-bt-mohd-ali/. Diakses September 28, 2026.

Wisdom from a Leading Lady in Malaysia: UNICEF75 special interview with Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali. https://www.unicef.org/malaysia/stories/wisdom-leading-lady-malaysia. Diakses September 28, 2026.

Siti Hasmah Mohamad Ali. https://www.wikidata.org/wiki/Q7531880. Diakses September 28, 2026.

Versi Terbaru

28/09/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Susah Tidur Ketika Usia Senja? Ada Peluang Untuk Ada Sakit Jantung!

Ladies, Ini 10 Kondisi Punca Sakit Dada Belah Kanan, Termasuk Masalah Jantung!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan