backup og meta

Program Don't Miss A Beat Bersama Nestlé® Omega Plus, YJM dan IJNF Sasar Golongan Belia!

Program Don't Miss A Beat Bersama Nestlé® Omega Plus, YJM dan IJNF Sasar Golongan Belia!

 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.

Sempena Bulan Jantung Sedunia dan selaras dengan tema Persekutuan Jantung Sedunia bagi tahun 2026, “Don’t Miss A Beat”, Nestlé® Omega Plus memperkukuh usaha pendidikan, saringan dan pencegahan kesihatan jantung dalam kalangan golongan muda Malaysia bersama Yayasan Jantung Malaysia (YJM), Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Kempen Dont Miss A Beat untuk cegah sakit jantung dari awal

Nestlé® Omega Plus melancarkan inisiatif ini bagi menangani kebimbangan yang semakin meningkat mengenai risiko kardiovaskular dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Walaupun penyakit jantung sering dikaitkan dengan golongan berusia, faktor risiko kardiovaskular boleh muncul lebih awal dan kerap berlaku tanpa disedari.

Felo Klinikal Kardiologi Institut Jantung Negara, Dr Fa’iz Mashood berkata, “Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan terdapat jurang kesedaran yang membimbangkan dalam kalangan golongan muda Malaysia, dengan anggaran 95% kes kolesterol tinggi, 80% kes hipertensi dan 84% kes diabetes masih belum didiagnosis. Tinjauan itu turut mendapati bahawa dua daripada lima orang dewasa di Malaysia tidak menjalani saringan kesihatan pada tahun lalu, lazimnya kerana mereka tidak mengalami sebarang gejala.”

3 Cara mencegah risiko kardiovaskular

Antara penyakit kardiovaskular ialah sakit jantung, strok, penyakit arteri koronari, aritmia dan penyakit arteri periferi. Bagi mengurangkan risiko kardivaskular tersebut, berikut antara perkara yang anda boleh lakukan: 

1. Kekal aktif

Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai kempen yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk dapatkan 10,000 langkah setiap hari untuk menggalakkan diri kekal aktif dan membantu mengurangkan risiko kardiovaskular tinggi. 

2. Makanan seimbang dan sihat

Perunding Kanan Dietetik Institut Jantung Negara, Foong Pui Hing berkata, “Pemakanan sihat merupakan asas kepada kesihatan jantung untuk jangka panjang. Pilihan makanan harian yang memberi tumpuan kepada diet seimbang dan kaya dengan nutrien dapat membantu menyokong kesihatan jantung apabila diamalkan secara konsisten. Ini termasuk corak pemakanan yang merangkumi sayur-sayuran dan buah-buahan segar, bijirin penuh, ikan dan minyak tidak tepu, di samping mengehadkan pengambilan makanan yang diproses secara berlebihan.”

3. Sokongan dari masyarakat

Tidak lengkap rasanya tanpa sokongan pelbagai pihak bagi menambah bilangan individu yang aktif dan sihat. Oleh itu, pendidikan, saringan kesihatan dan langkah pencegahan haruslah dapat diakses dengan mudah oleh masyarakat.

risiko kardiovaskular
Moderator Nazrudin Habibur Rahman bersama pakar perubatan dalam perbincangan mengenai pendekatan praktikal untuk kesihatan jantung yang lebih baik di forum “Don’t Miss A Beat”, yang diadakan oleh Pelancaran Media Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles 2026.

 Nestlé® Omega Plus sayangi anda 

Menerusi kempen Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles setiap tahun serta kerjasama berterusan dengan YJM dan IJNF, program ini telah menyokong 98,593 saringan kesihatan pada tahun 2025. Nestlé® Omega Plus turut menyasarkan untuk menggandakan jumlah saringan tersebut menjelang tahun 2027.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan ini, Nestlé® Omega Plus akan terus memberikan sumbangan tahunan sebanyak RM100,000 kepada YJM dan RM100,000 kepada IJNF bagi menyokong usaha memperluaskan program kesedaran, pendidikan dan saringan kesihatan jantung.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, “Usaha menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat tidak hanya tertumpu pada peningkatan kesedaran. Dengan kerjasama YJM dan IJNF, kami dapat membantu lebih ramai golongan muda Malaysia mendapat akses kepada pendidikan, saringan kesihatan dan sokongan pencegahan berkaitan dengan kesihatan jantung. Seiring dengan usaha kami memperluaskan kempen Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles, kami juga komited untuk menyediakan penyelesaian praktikal yang memudahkan orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian.”

risiko kardiovaskular
Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, menyampaikan ucapan pada Pelancaran Media Nestlé® Omega Plus Walk a Million Miles 2026, dan merasmikan kempen untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil langkah mudah ke arah kesihatan jantung yang lebih baik.

Sehubungan itu, Nestlé® Omega Plus turut memperluaskan rangkaian produk yang menyokong kesihatan jantung menerusi produk Nestlé® Omega Gold UHT, pilihan yang praktikal dan mudah dinikmati, khususnya untuk golongan dewasa yang berkerjaya dan sentiasa sibuk.

 Jaga jantung bersama Nestlé® Omega Gold

Nestlé® Omega Gold UHT menawarkan tiga manfaat pemakanan: 1.2g sterol tumbuhan ActiCol® yang membantu menurunkan kolesterol, kalium yang menyokong tekanan darah normal, serta inulin yang membantu mengawal glukosa darah, apabila diambil seperti yang disarankan sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup yang sihat.

Bagi anda yang berminat, cabaran maya Nestlé® Omega Plus Walk A Million Miles akan berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026, manakala acara berjalan kaki secara fizikal akan diadakan pada 19 September 2026 di Putrajaya.

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Laporan Teknikal Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Penjagaan Kesihatan, 2024. https://iku.nih.gov.my/images/nhms2023/penemuan-utama-nhms-2023.pdf . Diakses 17 Sept 2026

Cardiovascular Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21493-cardiovascular-disease . Diakses 17 Sept 2026

Strategies to prevent heart disease . https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/heart-disease-prevention/art-20046502 . Diakses 17 Sept 2026

Kempen Berjalan 10,000 Langkah. https://infosihat.moh.gov.my/penerbitan-projek-khas/berjalan-10-000-langkah.html . Diakses 17 Sept 2026

 

 

 

Versi Terbaru

18/09/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Otot Juga Akan Menua Seiring Dengan Usia Yang Meningkat, Ubah Gaya Hidup! - Pakar

Nak Kurangkan Risiko Masalah Kardiovaskular? Makanlah Lebih Banyak Kacang Walnut!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan