Will Smith Alami Kanser Kolon?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 4 minit bacaan

Siapa sahaja yang tidak mengenali susuk rubuh yang satu ini, Will Smith; pelakon yang banyak membintangi filem-filem terkenal termasuklah filem Aladdin yang baru sahaja ditayangkan pada tahun 2019. Bagi generasi Y pula, iaitu mereka yang lahir antara tahun 1980 an sehinggalah awal tahun 2000, mereka pasti mengenali Will Smith ini melalui filem yang hit pada dekad tersebut iaitu Men In Black. Namun, di sebalik warna-warni kepopularitiannya dalam dunia perfileman, ada sesuatu yang dialaminya yang juga mengejutkan dirinya sendiri. Apakah itu?

Kolonoskopi setelah berusia 50 tahun

Baru-baru ini, Will Smith telah mendedahkan bahawa dia mempunyai polip prakanser setelah menjalani rutin kolonoskopi. Untuk pembaca yang masih tidak mengetahui, kolonoskopi adalah satu prosedur di mana alat gentian optik yang fleksibel dimasukkan melalui dubur untuk memeriksa kolon atau usus besar. Ia digunakan untuk mengesan perubahan atau keabnormalan dalam usus besar (kolon) dan rektum seseorang individu. 

Will Smith yang kini telah berusia 51 tahun telah membuat keputusan untuk menjalani kolonoskopi setelah ia dicadangkan untuk dilakukan apabila seseorang individu itu mencapai umur 50 tahun. Pada awalnya, dia merekodkan detik melakukan prosedur itu dan memuat naiknya ke YouTube sebagai salah satu kenangan untuk dirinya. Walau bagaimanapun, setelah menjalani prosedur tersebut, dia mendapat berita bahawa dia mempunyai polip yang mungkin boleh bertukar menjadi kanser kolon. Perkara ini didedahkan olehnya dalam rancangan televisyen terkenal, The Ellen Show semasa ditemu bual oleh hosnya, Ellen DeGeneres. 

Rakaman suka-suka bertukar duka

‘Saya fikir ia menyeronokkan, kerana itu saya lakukan video blog semasa prosedur ini’, jelas Will kepada Ellen semasa dalam rancangan tersebut. Menurut Will, beliau melakukan rakaman untuk tujuan video blog atau vlog semasa menjalani prosedur tersebut sehinggalah pada saat doktor memberitahunya hasil prosedur kolonoskopi yang dijalaninya itu. Pada ketika itulah, doktor memberitahunya bahawa dia mempunyai polip dan mereka telah membuang polip tersebut.

Will tidak menyangka bahawa ia akan menjadi sesuatu yang nyata untuk dirinya mengalami hal seperti itu. Walau bagaimanapun, dia mengakui bahawa ia adalah satu perkara yang baik apabila doktor yang memeriksanya telah membuang polip tersebut. Ini kerana, jika polip tersebut tidak dirawat, Will Smith berpotensi untuk mempunyai kanser kolon.

Apa itu kanser kolon?

Kes-kes kanser kolon sedang meningkat naik di seluruh dunia, dan simptom-simptom yang dialami adalah agak sukar untuk dikesan pada peringkat awal. Kanser kolon adalah sejenis kanser yang bermula pada bahagian rektum atau kolon. Kedua-dua organ ini berada pada bahagian bawah sistem pencernaan anda. Bagi anda yang masih tidak mengetahui, kolon adalah nama lain bagi usus besar. Rektum pula berada pada bahagian hujung kolon. American Cancer Society menganggarkan sekitar 1 daripada 22 orang lelaki dewasa, dan 1 daripada 24 orang wanita dewasa akan mengalami kanser kolon ini dalam hidup mereka. 

Tahap-tahap kanser kolon

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat 4 tahap atau peringkat bagi kanser kolon ini.

  • Tahap 1: Kanser telah menembusi bahagian mukosa kolon atau rektum, tetapi tidak merebak ke bahagian dinding organ
  • Tahap 2: Kanser telah merebak ke bahagian dinding kolon atau rektum, tetapi tidak menjejaskan kelenjar limfa atau tisu berdekatannya
  • Tahap 3: Knaser telah berpindah ke kelenjar limfa, tetapi tidak merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Pada kebiasaannya, satu hingga tiga kelenjar limfa akan terlibat pada tahap ini
  • Tahap 4: Kanser telah merebak ke organ-organ jauh yang lain seperti hati dan paru-paru

Apakah simptom-simptom kanser kolon?

Kanser kolon ini mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom, terutamanya pada peringkat awal. Sekiranya anda mengalami sebarang simptom pada peringkat permulaan, antara yang boleh berlaku ialah:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Perubahan warna najis
  • Perubahan bentuk najis, seperti najis yang kecil
  • Pendarahan yang terdapat pada najis
  • Pendarahan pada rektum atau bukaan dubur
  • Gas yang berlebihan
  • Kekejangan perut
  • Kesakitan perut

Sekiranya anda mendapati sebarang tanda-tanda atau simptom seperti yang berikut, berjumpalah dengan doktor untuk melakukan ujian pemeriksaan kanser kolon.

Apakah sebenarnya yang menyebabkan kanser kolon?

Para penyelidik masih mengkaji apakah punca-punca atau penyebab kepda berlakunya kanser kolon. Walaupun terdapat sejumlah senarai faktor risiko yang memungkinkan ia terjadi, ia bertindak sendirian atau dengan gabungan mana-mana faktor risiko untuk meningkatkan risiko seseorang individu bagi mendapat kanser kolon.

Ketumbuhan prakanser

Ini adalah seperti yang dialami oleh Will Smith. Sel-sel yang tidak normal berkumpul di lapisan kolon lalu membentuk polip. Ini adalah satu ketumbuhan yang kecil dan lemah. Mengeluarkan atau menyingkirkan ketumbuhan ini melalui pembedahan adalah kaedah pencegahan yang biasa dilakukan. Polip yang tidak dirawat boleh berubah menjadi kanser kolon.

Mutasi gen

Kadangkala kanser kolon berlaku dalam kalangan ahli keluarga anda sendiri. Ini adalah disebabkan oleh mutasi gen yang berpindah dari ibu bapa kepada anak-anak. Mutasi gen ini tidak menjamin bahawa anda pasti akan mendapat kanser kolon. Walau bagaimanapun, ia masih menyebabkan peningkatan risiko kepada anda untuk mendapat kanser ini. 

Bagaimana ia didiagnosis?

Diagnosis atau pengesanan awal bagi kanser kolon memberikan anda peluang yang lebih besar untuk merawatnya lebih awal. Pada peringkat permulaan, doktor akan mendapatkan maklumat berkenaan sejarah perubatan dan keluarga anda. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal dengan cara menekan abdomen anda atau melakukan pemeriksaan rektum untuk menentukan kewujudan sebarang ketulan atau polip. Selain itu juga, doktor akan melakukan beberapa ujian lain seperti ujian darah, kolonoskopi, X-ray dan CT scan.

Apakah pilihan rawatan bagi merawat kanser kolon ini?

Rawatan yang tersedia bagi merawat kanser kolon ini bergantung kepada pelbagai faktor. Keadaan kesihatan keseluruhan anda dan tahap kanser ini akan membantu doktor bagi menentukan pilihan rawatan yang paling sesuai untuk anda. Antara jenis rawatan bagi merawat kanser ini ialah pembedahan, kemoterapi, radiasi, dan ubat-ubatan.

Adakah terdapat sebarang cara untuk saya mencegah kanser kolon daripada berlaku?

Untuk pengetahuan anda, sesetengah faktor risiko bagi kanser kolon, seperti sejarah keluarga dan umur, tidak dapat dielakkan dan dicegah. Walau bagaimanapun, faktor gaya hidup yang mungkin menyebabkan kanser ini boleh dicegah, selain membantu mengurangkan risiko keseluruhan daripada mendapat penyakit ini. Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

  • Mengurangkan pengambilan daging merah
  • Elakkan pengambilan daging yang diproses seperti sosej
  • Makan lebih banyak makanan berasaskan tumbuhan
  • Kurangkan makanan berlemak
  • Bersenam setiap hari
  • Kurangkan berat badan sekiranya doktor menyarankannya
  • Berhenti merokok
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Kurangkan stres
  • Kawal diabetes anda

Konklusi

Pendek kata, banyak perkara yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan faktor risiko daripada mendapat kanser ini. Gaya hidup yang sihat sememangnya membantu dalam menyihatkan diri anda dan menjauhkan diri anda daripada risiko mendapat penyakit-penyakit kronik dan berbahaya. Nasihat kami, jika anda mendapati berlakunya sebarang ketidaknormalan yang berkaitan dengan usus atau najis anda, pergilah berjumpa doktor dengan segera kerana kadangkala simptom penyakit ini tidak dapat dikesan pada peringkat awal. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/05/2020 . 2 minit bacaan

    Nak Elak Kanser Serviks? Jangan Takut Untuk Buat Ujian Pap Smear! Ini Apa Yang Terjadi Ketika Ujian

    Wanita perlu menjalani ujian pap smear bagi menyaring risiko untuk mendapat kanser serviks. Bagaimana prosedur tersebut dilaksanakan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Kanser Serviks 19/05/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Ada 8 jenis pemanis buatan yang sering digunakan dalam industri makanan, malah lebih manis dari gula. Namun, benarkah gula buatan ini sebabkan kanser?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 14/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Tahukah anda, ada 7 golongan berisiko untuk mendapat kanser rahim. Adakah tanda kanser rahim jelas untuk pesakit kanser rahim ini? Boleh kesan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 08/05/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    testis

    Wahai Lelaki, Kanser Testis Tak Sama Dengan Prostat, Kalau Nak Elak Kena Kerap Periksa Kemaluan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    kanser prostat

    6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan
    ini-5-makanan-punca-barah-rahim

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan