backup og meta

Aduh, Kerap Sakit Belakang Kepala Hingga Rasa Tegang, Ini 7 Punca Mengapa Ia Terjadi

Aduh, Kerap Sakit Belakang Kepala Hingga Rasa Tegang, Ini 7 Punca Mengapa Ia Terjadi

Mungkin anda antara salah seorang individu yang kerap mengalami sakit belakang kepala. Mungkin juga anda tertanya-tanya apakah yang menyebabkan sakit di bahagian kepala itu. Adakah ia kerana migrain? Adakah ia sesuatu yang serius atau tidak.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Otak dan Saraf, anda boleh klik di sini.

Apakah yang dimaksudkan dengan sakit belakang kepala?

Sakit belakang kepala adalah satu keadaan yang boleh dialami oleh ramai individu. Keadaan ini boleh terjadi di seluruh bahagian kepala, atau di bahagian tertentu sahaja. 

Sebenarnya, banyak masalah atau keadaan kesihatan yang berbeza-beza yang memungkinkannya menjadi penyebab kepada sakit belakang kepala. Tambahan lagi, sakit ini juga boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian tubuh yang lain. 

Rasa sakit yang muncul dan juga simptom yang dialami mungkin berbeza-beza.

Oleh sebab ini, anda perlu memberitahu doktor mengenai rasa sakit yang anda alami agar doktor boleh membantu anda mendiagnosis sebab bagi rasa sakit tersebut.

Kemudiannya, barulah doktor akan menentukan kaedah rawatan yang sesuai bagi keadaan yang anda alami.

Tanda sakit belakang kepala

sakit belakang kepala

Tanda-tanda atau simptom-simptom sakit di bahagian belakang kepala sangat pelbagai. Pada kebiasaannya, simptom yang berlaku berbeza, bergantung kepada faktor penyebabnya sendiri.

Jika kesakitan yang muncul akibat sakit kepala tegang:

  • Rasa sakit yang sangat tidak selesa
  • Rasa kepala seperti ditekan bermula dari bahagian depan kepala sehinggalah ke bahagian sisi dan belakang kepala
  • Kulit kepala, leher dan otot bahu terasa lemah

Jika kesakitan yang muncul akibat migrain:

  • Rasa berdenyut-denyut yang cukup kuat di bahagian belakang kepala
  • Biasanya akan disertai dengan mual dan muntah-muntah
  • Penglihatan akan sedikit terganggu
  • Anda akan menjadi semakin sensitif terhadap cahaya, bunyi, dan aroma tertentu
  • Otot menjadi lemah dan kulit menjadi lebih sensitif
  • Keadaan ini akan berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari
  • Rasa sakit yang anda alami mungkin akan menjadi semakin buruk jika anda melakukan aktiviti fizikal yang cukup berat

Jika kesakitan yang muncul akibat sakit kepala kluster:

  • Tubuh badan anda tidak boleh berdiam diri dan akan terus bergerak
  • Mual-mual
  • Mengeluarkan banyak air mata
  • Hidung mengeluarkan air
  • Garis mata yang layu
  • Sensitif terhadap paparan cahaya dan bunyi yang tinggi

Jika kesakitan muncul akibat oksipital neuralgia:

  • Kepala terasa berdenyut dan tidak berhenti
  • Kepala mengalami rasa seperti terbakar
  • Rasa sakit yang dialami biasanya muncul ketika berlakunya pergerakan leher
  • Kulit kepala terasa lembik dan anda menjadi semakin sensitif terhadap paparan cahaya

Apakah yang menyebabkan sakit belakang kepala?

sakit belakang kepala

Untuk pengetahuan anda, rasa sakit di bahagian belakang kepala ini boleh disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan, termasuklah:

#1. Sakit belakang kepala tegang atau tension headache

Sakit kepala di bahagian belakang adalah satu keadaan yang paling biasa dialami di bahagian kepala.

Rasa sakit yang dialami ini boleh bertahan sehingga 7 hari, namun boleh juga berlaku dalam tempoh yang lebih pendek. 

#2. Migrain

Keadaan kesihatan ini juga merupakan salah satu keadaan yang paling biasa menyebabkan kesakitan kepala.

Anda mungkin pernah mengalami migrain semasa anda masih kecil dan frekuensinya semakin meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Secara umumnya, migrain yang dialami akan terasa pada bahagian kiri kepala anda dan berlaku hingga ke bahagian belakang kepala.

Bagi golongan dewasa, migrain boleh berlaku sebanyak beberapa kali dalam tempoh seminggu, khususnya bagi golongan wanita dalam lingkungan usia antara 35 hingga 45 tahun.

#3. Sakit kepala kluster atau cluster headache

Jenis sakit kepala ini mungkin antara jenis yang jarang berlaku, tetapi ia boleh menjadi satu keadaan yang amat menyakitkan.

Sesuai dengan nama yang dimiliki, sakit kepala jenis ini berlaku mengikut tempoh kluster. Ini bermakna, penyakit ini hanya akan berlaku pada masa tertentu dan boleh berlaku berkali-kali dalam sehari.

Satu tempoh kluster boleh berlaku selama berminggu-minggu dan juga berbulan-bulan. Walau bagaimanapun, di saat ia tidak berlaku, anda tidak akan merasakan kesakitan sama sekali.

Keadaan ini boleh menyebabkan rasa sakit yang melampau di bahagian belakang kepala atau di salah satu sisi kepala anda.

Kesakitan yang dialami akan terasa semakin teruk ketika mana anda berbaring. 

#4. Oksipital neuralgia

Oksipital neuralgia adalah satu keadaan yang berlaku ketika mana saraf yang berada di bahagian belakang leher, tulang belakang, sehinggalah ke paha mengalami kerosakan atau iritasi.

Keadaan ini kemudiannya menyebabkan rasa sakit pada bahagian leher dan secara beransur-ansur berlaku hingga ke bahagian belakang kepala dan belakang telinga.

Kesakitan yang dialami biasanya terasa sakit seperti tusukan yang tajam dan berdenyut-denyut.

#5. Arthritis

Rasa sakit belakang kepala juga boleh disebabkan oleh arthritis, iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh berlakunya keradangan dan pembengkakan di kawasan leher dan sekitarnya.

Pada kebiasaannya, keadaan ini menyebabkan rasa sakit belakang kepala dan juga leher.

Ketika anda mengalaminya, sebarang pergerakan yang anda lakukan akan menyebabkan rasa sakit yang dialami menjadi lebih teruk.

Kesakitan yang dirasai itu boleh disebabkan oleh rheumatoid arthritis dan juga osteoarthritis.

#6. Postur tubuh yang buruk

sakit belakang kepala

Jika anda membiasakan diri untuk membentuk postur tubuh yang buruk, maka anda mungkin akan mengalami rasa sakit di bahagian belakang kepala dan juga leher.

Ini kerana, postur tubuh yang kurang baik pada kebiasaannya akan meningkatkan tekanan di bahagian belakang, bahu dan leher.

Tekanan yang berlaku itulah yang mungkin mengakibatkan rasa sakit di bahagian belakang kepala.

Jika anda mengalami sakit di bahagian kepala yang disebabkan oleh faktor ini, anda mungkin akan merasakan rasa sakit dan denyutan di tengkorak kepala anda.

Oleh sebab itu, bagi mengurangkannya daripada berlaku, anda perlu sentiasa mempraktikkan postur tubuh yang baik.

#7. Saraf yang tersepit

Saraf yang tersepit di tulang belakang boleh mengakibatkan rasa sakit dan tertekan di bahagian leher anda. Hal ini boleh menyebabkan sejenis sakit di bahagian kepala yang disebut sebagai servikogenik.

Biasanya, rasa sakit ini akan bermula dari bahagian belakang kepala lalu akan berlangsung sehingga ke bahagian belakang mata. Simptom lain yang mungkin anda alami ialah rasa kurang selesa di bahagian bahu dan lengan bahagian atas.

Keadaan ini mungkin akan meningkat ketika anda berbaring. Anda juga mungkin akan terjaga daripada tidur kerana rasa sakit yang dialami sememangnya mengganggu waktu tidur anda.

Tambahan lagi, ketika anda berbaring, anda juga mungkin akan merasakan adanya tekanan seperti terdapat beban yang menimpa bahagian atas kepala anda.

Jika anda mengalami salah satu daripada keadaan di atas dan tidak sembuh dalam tempoh yang agak lama, berjumpalah dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Mungkin keadaan yang sedang anda alami tidak termasuk dalam senarai di atas. Jadi, pemeriksaan awal adalah penting bagi memastikan keadaan yang berlaku tidak menjadi lebih serius pada masa akan datang.

Kini anda telah tahu tujuh punca yang menyebabkan sakit belakang kepala!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. WHO | How common are headaches?. https://www.who.int/features/qa/25/en/. Retrieved 14 October 2019
  2. Headache Causes. https://www.mayoclinic.org/symptoms/headache/basics/causes/sym-20050800. Retrieved 14 October 2019
  3. Migraine – Diagnosis and treatment. https://www.ninds.nih.gov/health-information/disorders/migraine. Retrieved 14 October 2019
  4. Risk Factors for Headache | Winchester Hospital. https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=19555#target. Retrieved 14 October 2019
  5. Risk Factors – Coriell Personalized Medicine Collaborative. https://cpmc.coriell.org/about-the-cpmc-study/health-conditions-and-drug-response/migraine-headache/risk-factors-migraine-headache. Retrieved 14 October 2019

Versi Terbaru

08/11/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Punca Sakit Kepala Semasa Hamil Berbeza Setiap Trimester, Ini Cara Rawatannya!

Tak Semua Sakit Kepala Itu Sebab Migrain, Tapi Ini Petanda Kepala Berdenyut Anda Itu Bahaya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan