
Strok berlaku apabila bekalan oksigen dan glukos yang diperlukan sel otak untuk terus hidup terputus dan sel ini mati disebabkan kurangnya darah yang mengalir ke bahagian otak. Ini boleh membawa maut atau hilang upaya yang serius. Hypertension merupakan salah satu puncanya yang paling berisiko.
Bagaimana hypertension membawa kepada strok
Ketegangan hypertension yang teletak di mana mana saluran darah yang membuat saluran darah menjadi lemah dan rapuh. Seterusnya saluran darah menjadi mudah rosak. Setelah saluran ini menjadi lemah, ia akan menghalang dan mengganggu peredaran darah. Ini akan mengakibatkan strok iskemia atau strok hemoragik.
Terdapat kajian yang menunjukkan keadaan tekanan darah tinggi boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini sehingga 4 ke 6 kali ganda. Dari masa ke semasa, tekanan darah tinggi akan menyebabkan arteri besar mengeras dan ini menyebabkan saluran kecil dalam otak tersumbat. Hasilnya saluran darah ini akan membelon dan meletup.
Terdapat dua faktor utama berlakunya penyakit ini:
- Strok Iskemia. Jenis strok ini ada persamaan dengan serangan jantung, tetapi ia berlaku di dalam otak. Keadaan ini berkait dengan gumpalan yang terbentuk di dalam saluran darah di dalam otak atau saluran darah ke otak. Saluran ini mungkin terhalang dan pengaliran darah ke otak terhenti. Keadaan ini boleh berlaku apabila sisa lemak dan kolestrol menghalang saluran darah otak.
- Strok Hemoragik. Tekanan darah tinggi dan aneurisme adalah kebiasaannya punca penyakit jenis ini. Ia terjadi apabila terdapat saluran darah dalam otak yang rosak atau pecah. Akibatnya salur darah akan musnah secara perlahan-lahan dan akhirnya membawa kepada kerosakan sel otak.
Tanda-tanda seseorang menghadapi hypertension
Apabila tekanan darah sistolik berada pada paras melebihi 140 mmHg dan/atau tekanan darah diastolic melebihi 90 mmHg, individu ini sedang mengalami tekanan darah tinggi.
Rawatan untuk strok
Agent trombolitik ubatan untuk “pemecah gumpalan” (yang dipanggil tPA) ialah satu-satunya rawatan untuk strok iskemia akut yang diluluskan oleh FDA. Selain itu, terdapat banyak ubat-ubatan baru yang mampu menghentikan atau membalikkan kerosakan otak yang berkait dengan penyakit ini dengan efektif sekiranya dikawal sejurus selepas terkena penyakit ini.
Rawatan lain dipanggil pencegahan. Cara ini dilakukan dengan menumpukan perhatian terhadap kawalan elemen-elemen yang boleh menyebabkan penyakit ini. Dua faktor umum yang mesti deberi perhatian ialah aterosklerosis dan hypertension. Yang paling utama ialah tekanan darah tinggi yang harus dirawat dengan baik untuk mengelakkan berlaku strok.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.