home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Risiko Strok Semakin Meningkat Dalam Kalangan Remaja

Risiko Strok Semakin Meningkat Dalam Kalangan Remaja

Apabila bercakap tentang strok, kebanyakan orang akan mengaitkannya dengan usia tua, yang lebih munasabah. Walau bagaimanapun, statistik baru-baru ini telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam kalangan orang muda. Faktor risiko strok, termasuk tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi dan penyakit jantung turut meningkat.

Bagaimana strok berlaku pada belia

Manakala kebanyakan warga tua mendapat strok akibat lemak atau deposit kalsium yang menghalang arteri, orang muda mendapat strok kerana pelbagai sebab seperti kecacatan jantung kongenital, kadar degupan jantung tidak teratur, dan keadaan perubatan lain. 87% daripada semua strok pada orang muda adalah strok iskemia (arteri yang tersekat), dan selebihnya adalah strok hemoragik (arteri pecah tiba-tiba yang menyebabkan pelepasan di dalam otak atau mengisi ruang di sekeliling otak). Mujurlah, orang muda mungkin akan pulih dengan lebih cepat selepas strok kerana mereka mempunyai otak yang lebih berdaya tahan, kurang keadaan perubatan dan lebih banyak motivasi untuk menjadi lebih baik

Apakah sebabnya?

Walau bagaimanapun, oleh kerana ramai yang masih berfikir strok tidak akan berlaku kepada golongan muda, kadang-kadang tidak menyedari mereka mengalami strok. Simptom angin ahmar sering diabaikan dan juga tersilap didiagnosis sebagai migrain. Satu lagi sebab peningkatan strok dalam kalangan golongan muda adalah kadar peningkatan obesiti, yang membawa kepada kolesterol tinggi dalam darah dan seterusnya meningkatkan risiko strok. Lelaki cenderung kurang risiko strok berbanding wanita kerana risiko peningkatan strok dengan penggunaan pil kontraseptif dan kaedah kawalan kelahiran lain yang menggunakan hormon.

Mencegah strok usia muda

Terdapat beberapa strategi pencegahan termasuk:

  • Dapatkan pemeriksaan doktor dan kenal pasti penyakit
  • Lakukan senaman dan menguruskan berat dengan betul
  • Makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan rendah lemak
  • Kenal pasti dan mengawal diabetes
  • Elakkan merokok, dadah dan alkohol

Pemulihan di strok golongan muda

Walaupun warga tua mungkin berasa sukar untuk sembuh selepas strok, pemulihan jauh lebih baik untuk golongan muda. Ini kerana keupayaan otak untuk menyesuaikan dan mempelajari kemahiran baru.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Risk of Stroke on the Rise in the Young. http://heartinsight.heart.org/May-2014/Risk-of-Stroke-on-the-Rise-in-the-Young/ Assessed September 11, 2016

Strokes On The Rise Among Younger Adults. http://www.npr.org/sections/health-shots/2016/02/18/467222400/strokes-on-the-rise-among-younger-adults Assessed September 11, 2016

Stroke Facts http://www.cdc.gov/stroke/facts.htm Assessed September 11, 2016

Think you’re too young for a stroke? Think again http://www.everydayhealth.com/news/think-youre-too-young-stroke/ Assessed September 21, 2016

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 15/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x