home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Garis Panduan Baru Strok Untuk Wanita

Garis Panduan Baru Strok Untuk Wanita

Selama bertahun-tahun, strok telah menjadi faktor yang memberi kesan kepada kebanyakan penduduk moden akibat perubahan yang banyak dalam gaya hidup. Secara umum, sebagai seorang wanita, anda mungkin menghadapi faktor risiko yang sama untuk strok seperti lelaki. Walau bagaimanapun, jantina anda juga memberi kesan kepada risiko melalui hormon, kehamilan, melahirkan anak dan isu berkaitan seks lain. Akibatnya, anda memerlukan panduan khusus yang dibuat untuk wanita melawan strok.

Garis panduan baru untuk mencegah strok dalam kalangan wanita memberikan cadangan yang berdasarkan sains. Berikut adalah perkara yang paling penting:

  1. Aspirin berdos rendah dan/atau terapi tambahan kalsium disyorkan untuk wanita yang mempunyai tekanan darah tinggi sebelum mengandung bagi mengurangkan risiko mendapat preeklamsia. Kalsium, dengan magnesium, akan memberi kesan yang besar dalam mewujudkan lebih banyak sel-sel darah baru untuk membekalkan sumber yang luar biasa bagi wanita hamil. Sebaliknya, pastikan anda sentiasa meletakkan masalah berat badan anda dalam kawalan, kerana ia akan memberi kesan kepada tekanan darah anda. Anda boleh menyemak BMI dan statistik kesihatan anda untuk mengetahui diri anda lebih baik. Anda juga boleh berhenti merokok, makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan daripada daging dan makanan segera (fast food)untuk mencegah tekanan darah tinggi.
  2. Sejak preeklampsia meningkatkan risiko strok dan tekanan darah tinggi pada wanita, ia harus dianggap faktor risiko walaupun selepas kehamilan. Preeklampsia sendiri akan menggandakan risiko strok. Tambahan pula, menurut beberapa kajian, wanita yang menderita preeklampsia sebelum 32 minggu akan mengalami peningkatan risiko strok sebanyak lima kali ganda.
  3. Wanita hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi harus berbincang dengan doktor mereka tentang mendapatkan rawatan. Pelan rawatan kebanyakannya bergantung pada keadaan mereka sendiri. Hanya doktor peribadi anda yang boleh mengesan keadaan kesihatan anda, jadi ikuti mereka untuk meningkatkan kesihatan anda secara berterusan.
  4. Sebelum mengambil pil kontraseptif, wanita sepatutnya memeriksa tekanan darah mereka kerana tekanan darah tinggi dalam kombinasi dengan ubat kawalan kelahiran mungkin menimbulkan risiko strok. Adalah dinasihatkan untuk wanita yang mempunyai migrain berhenti merokok bagi mengurangkan kemungkinan mendapat strok.
  5. Oleh kerana fibrilasi atrial sering dikaitkan dengan strok, wanita lebih daripada 75 tahun harus didiagnosis dan mendapat rawatan awal.

Terdapat banyak sebab lain yang berkaitan dengan strok pada wanita, seperti menopaus, pasca menopaus, kontraseptif oral atau sindrom metabolik dan isu gaya hidup. Selain itu, kemurungan dan gangguan emosi lain adalah faktor risiko yang lebih umum mengenai strok dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Oleh itu, wanita perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara teratur untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simptom yang mereka alami untuk rawatan seterusnya.

Sementara itu, wanita boleh melindungi diri mereka dengan mengikuti garis panduan di atas dan memaklumkan keadaan. Memahami simptom dan rawatan boleh membantu wanita menyelamatkan nyawa mereka dan mungkin orang lain juga.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

 

Guidelines for the Prevention of Stroke in Women, http://stroke.ahajournals.org/content/early/2014/02/06/01.str.0000442009.06663.48.full.pdf+html Accessed September 18th ,2016

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 05/04/2019
x