Anda pernah pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan pelvik? Jika tidak, sila ubah pendirian anda sekarang juga!
Jika tidak tahu prosedurnya, jangan risau sebab kami akan bantu anda untuk menerangkannya. Jom ikuti artikel.
Apa itu pemeriksaan pelvik?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu tentang perkara ini terlebih dahulu.
Pemeriksaan pelvik adalah untuk mendiagnosis sebarang simptom penyakit dalam organ tertentu di dalam badan wanita, seperti:
- Vulva (organ kelamin luar)
- Uterus (rahim)
- Serviks (bahagian pangkal atau bawah rahim bersambung dengan faraj)
- Tiub fallopian (tiub yang membawa telur ke rahim)
- Ovari (organ yang menghasilkan telur)
- Pundi kencing (kantung air kencing)
- Rektum (bahagian yang menghubungkan usus ke dubur)
Pemeriksaan ini dilakukan untuk:
- Mengesan jangkitan pada faraj, seperti jangkitan bakteria vaginosis.
- Mengesan penyakit jangkitan seksual (STI), seperti aschlamydia, herpes, gonorrhea, trichomoniasis, atau human papillomavirus (HPV).
- Mengesan punca pendarahan tidak normal pada rahim.
- Menilai keabnormalan pada organ pelvis, seperti fibroid rahim, sista (cysts) ovari, atau penurunan rahim.
- Menilai keabnormalan atau sakit pada pelvik.
- Sebelum menetapkan kaedah kawalan kelahiran (kontrasepsi).
- Pengumpulan bukti untuk kes serangan seksual yang disyaki.
Sebelum pemeriksaan dilakukan:
- Cuba untuk tetapkan jadual pemeriksaan ketika anda tidak mengalami haid untuk mengelakkan darah haid mengganggu keputusan ujian Pap Smear.
- Elakkan douching, jangan memakai tampon, ubat faraj, atau sebarang serbuk atau semburan pada faraj sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam.
- Hindari hubungan seks untuk 24 jam sebelum pemeriksaan sekiranya menghadapi masalah penyingkiran bahan yang tidak normal dari faraj.
- Maklumkan kepada doktor sekiranya anda mungkin mengandung, mengalami sebarang simptom reproduktif atau saluran kencing, pemeriksaan diri faraj yang biasa, sebarang kaedah kawalan kelahiran, hari pertama selepas haid dan berapa tempoh haid anda berlangsung, sebarang pembedahan atau prosedur lain.
Pemeriksaan pelvik mungkin mendatangkan sedikit ketidakselesaan, tetapi anda sepatutnya tidak akan merasa sakit semasa pemeriksaan dilakukan.
Semasa pemeriksaan pelvik yang biasa, doktor atau jururawat akan:
- Meminta anda menanggalkan pakaian
- Berbincang dengan anda jika terdapat sebarang masalah kesihatan
- Meminta anda berbaring dan bertenang
- Menekan bahagian bawah perut untuk merasakan organ-organ dari luar
- Membantu anda mendapatkan kedudukan yang betul untuk pemeriksaan spekulum
- Meminta anda membengkokkan lutut dan meletakkan kaki di tempat dipanggil stirrups
- Melakukan pemeriksaan spekulum
- Menjalankan ujian Pap Smear
- Keluarkan spekulum
- Melakukan ujian bimanual
- Ada masanya, ujian rektum akan dilakukan
- Berbincang dengan anda mengenai hasil pemeriksaan
Sekarang sudah tahu prosedurnya? Maka wanita sudah boleh ke hospital untuk buat pemeriksaan pelvik!
[embed-health-tool-bmi]