Anda tahu tak sering lapar gejala penyakit apa? Walaupun sudah makan banyak kali, rasa lapar masih terus menghantui diri. Bagaimana ia boleh berlaku? Dapatkan jawapannya di bawah dalam artikel kami.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Sering lapar gejala penyakit apa? #1. Stres
Semasa stres, anda tidak rasa ingin makan disebabkan hormon adrenalin. Namun jika tekanan dan kadar stres anda berkekalan, hormon kortisol akan dilepaskan dan akan meningkatkan selera makan. Selepas kenyang, kadar kortisol akan turun semula.
Sering lapar gejala penyakit apa #2. Anda sebenarnya haus
Kadangkala, apabila anda berasa lapar, anda mungkin sebenarnya mengalami dehidrasi dan memerlukan air. Jadi, cuba minum air terlebih dahulu.
Jika masih lapar, ketika itu anda benar-benar memerlukan makanan. Disebabkan air yang anda minum sebelum makan, kuantiti makanan yang diambil dapat dikurangkan.
3. Lonjakan kadar gula dalam darah
Makanan manis dan berkanji seperti donut, air berkarbonat, dan pastri melonjakkan kadar gula yang tinggi dalam darah.
Keadaan ini meningkatkan kadar pelepasan insulin yang membantu sel menggunakan gula tersebut untuk menghasilkan tenaga atau simpanan.
Namun, lonjakan tersebut boleh membuatkan badan anda menghasilkan insulin lebih dari sepatutnya sehingga kadar gula menjadi terlalu rendah dan membuatkan anda lapar semula.
Jadi, makanan manis hanya menghilangkan rasa lapar untuk sementara waktu.
4. Kencing manis
Salah satu simptom kencing manis ialah banyak makan atau polyphagia. Masalah yang dihadapi oleh penghidap diabetes bukan tidak cukup makanan tetapi kegagalan badan untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga kerana gangguan pada fungsi insulin.
Oleh itu, badan akan terus menghantar isyarat lapar untuk membekalkan makanan bagi menghasilkan tenaga.
5. Anda mengandung
Wanita hamil mempunyai selera yang mungkin berbeza berbanding wanita lain. Mereka boleh mengidam macam-macam jenis makanan sewaktu mengandung. Jika anda merasakan anda hamil, dapatkan kit ujian kehamilan air kencing di farmasi. Jika positif, dapatkan pengesahan oleh doktor di pusat kesihatan.
Sering lapar gejala penyakit apa #6. Makan terlalu laju
Badan anda tidak dapat mengesan anda sudah kenyang jika makan terlalu laju. Ambil masa secukupnya untuk mengunyah dan menikmati hidangan anda.
7. Iklan makanan
Apabila anda melihat atau terbaru sesuatu makanan, bahagian otak yang merangsang rasa lapar akan menjadi aktif. Daripada tidak lapar terus menjadi lapar. Cuba kawal diri dari melihat iklan atau berada dekat dengan makanan jika ingin mengurangkan diet anda.
8. Kelenjar tiroid terlebih aktif
Kelenjar tiroid yang terletak di bahagian depan leher anda merembeskan hormon tiroid yang berfungsi mengawal kadar metabolisme badan. Jika terlalu banyak hormon tiroid dirembeskan, kadar metabolisme akan meningkat dan anda akan lebih kerap lapar.
Lebih mengejutkan, berat badan tetap berkurang walaupun banyak makan. Keadaan ini disebut sebagai hipertiroid dan rawatan adalah diperlukan untuk mengelakkan komplikasi.
9. Anda mengambil ubat
Sesetengah ubat meningkatkan selera makan termasuk ubat untuk rawatan depresi, gangguan mood, antihistamin, antipsikotik, dan kortikosteroid. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
10. Tidak cukup tidur
Kurang tidur mengganggu kestabilan hormon yang mengawal selera makan (leptin dan ghrelin) dan cenderung meningkatkan keinginan untuk makan.
[embed-health-tool-bmi]