Tekanan Darah Rendah: Bagaimana ia Boleh Berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 17/10/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Tekanan darah rendah berlaku apabila bacaan tekanan darah di bawah 90/60 (bacaan ideal ialah 120/90). Jika tidak melibatkan sebarang simptom, ia bukanlah satu keadaan kesihatan yang serius. Namun, ia juga mungkin membawa kepada simptom yang serius sehingga boleh mengancam nyawa.

Apa yang berlaku jika tekanan darah menjadi rendah?

Tekanan darah berperanan memastikan darah beredar di dalam salur darah daripada jantung kepada seluruh sel dalam badan. Tekanan yang rendah boleh menjejaskan pergerakan darah sehingga menyebabkan darah tidak sampai ke bahagian badan tertentu.

Otak adalah bahagian paling penting dan sangat mudah terjejas dengan perubahan pada tekanan darah. Ini adalah kerana jantung perlu mengepam darah melawan graviti untuk sampai ke otak. Apabila otak tidak mendapat darah dan oksigen yang mencukupi, banyak fungsi badan akan terjejas.

Antara simptom yang boleh berlaku ialah:

  • Pening dan kepala terasa ringan.
  • Pengsan.
  • Penglihatan kabur.
  • Mual.
  • Letih.
  • Hilang fokus.

Dalam kes yang lebih parah, tekanan darah yang terlalu rendah menyebabkan darah tidak sampai ke banyak organ di seluruh badan sehingga membawa kepada kejutan atau shock. Simptom yang berlaku termasuk:

  • Rasa bingung dan keliru terutamanya mereka yang berumur.
  • Kulit sejuk, lembap, dan pucat.
  • Pernafasan laju dan pendek.
  • Nadi laju dan lemah.

Apakah sebab tekanan darah rendah?

Tekanan darah rendah biasa berlaku dalam kalangan orang berumur. Ia adalah sebahagian daripada proses penuaan apabila otot mula menjadi lemah dan kawalan badan terhadap tekanan darah berkurang. Selagi mana tiada simptom yang serius, ia adalah normal.

Namun ada juga keadaan lain yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Ini termasuk:

  • Mengandung – Saluran darah mengembang semasa mengandung menyebabkan tekanan darah berkurang. Ia akan kembali normal sebelum bersalin.
  • Masalah jantung – Sesetengah keadaan jantung seperti degupan jantung perlahan, masalah injap, serangan jantung, dan kegagalan jantung.
  • Masalah endokrin – Hipotiroid, penyakit Addison, hipoglisemia dan sesetengah kes diabetes.
  • Dehidrasi.
  • Pendarahan – Keadaan yang menyebabkan pendarahan banyak seperti pembedahan major dan kemalangan.
  • Jangkitan darah serius (septicemia) – Jangkitan menyebabkan saluran darah mengembang dan menurunkan tekanan darah.
  • Serangan alergi yang teruk (anafilaksis) – Mekanisme anafilaksis hampir sama dengan septicemia.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Alami Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil, Itu Tanda Tubuh Kurang Asid Folic & Punca Komplikasi Lain

    Jika anda risau berkenaan keadaan tekanan darah rendah semasa hamil yang sedang anda alami, ikuti cara ini untuk atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 15/07/2018 . 2 minit bacaan

    Masalah Tekanan Darah? Ini 5 Tanda Untuk Anda Kenal Pasti!

    Tekanan darah rendah, atau keadaan hipotensi, tidak semestinya serius. Sesetengah tanda tekanan darah rendah muncul secara senyap tanpa anda sedari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/06/2018 . 2 minit bacaan

    5 Jenis Ubat Untuk Darah Tinggi Dan Kesan Sampingannya Yang Anda WAJIB Tahu!

    Ubat darah tinggi terdapat pelbagai jenis dengan nama yang berbeza-beza. Ini dia 5 jenis ubat darah tinggi untuk penghidap darah tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 13/06/2018 . 3 minit bacaan

    Cendawan Shiitake

    KegunaanApakah kegunaan Cendawan Shiitake? Cendawan shiitake adalah sejenis kulat. Ekstrak yang dibuat daripada cendawan ini biasa digunakan sebagai ubat. Cendawan shiitake biasanya digunakan untuk: Meningkatkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Preeklampsia

    Mengurus Hipertensi Kronik Semasa Kehamilan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
    Diterbitkan pada 28/02/2019 . 2 minit bacaan
    tekanan darah rendah ibu hamil

    Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil? – Amalkan 3 Perkara PENTING Ini Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
    Diterbitkan pada 28/02/2019 . 2 minit bacaan
    tekanan darah rendah

    Ambil Tahu Tentang 3 Jenis Tekanan Darah Rendah & Simptom Yang Dialami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/11/2018 . 4 minit bacaan

    Hipotensi Ortostatik: Rasa Ringan Kepala Selepas Bangun

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 17/10/2018 . 2 minit bacaan