backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Takikardia supraventrikular

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Apple Suet Leng Cheah · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Takikardia supraventrikular?

Takikardia Supraventrikular (SVT) berlaku apabila jantung berdenyut terlalu cepat, menyebabkan jantung tidak sepenuhnya diisi dengan darah. Jantung biasanya berdenyut 60-100 bpm tetapi kondisi takikardia supraventrikular menyebabkan jantung berdenyut 150-250 denyutan per minit (bpm). Terdapat banyak jenis takikardia supraventrikular termasuk fibrilasi atrium kronik (AFIB), takikardia sinus paroxysmal, atrioventricular reachary takikardia (AVNRT) dan takikardia atrioventriuklar (AVRT), serta sindrom Wolff-Parkinson-White. Jika anda mengesyaki anda mempunyai SVT, anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan.

Apakah kebarangkalian Takikardia supraventrikular?

Kedua-dua lelaki dan wanita boleh menghidapi SVT, tetapi ia mungkin lebih biasa di kalangan wanita. SVT adalah artimia yang paling biasa pada kanak-kanak. Anda boleh mengurangkan kemungkinan mengalami kondisi ini dengan mengurangkan risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Takikardia supraventrikular?

Gejala yang paling biasa adalah palpitasi atau denyutan jantung yang laju.

Simptom lain termasuk pening, rasa pitam, sesak nafas, pengsan, angina (sakit dada), keletihan, berpeluh, dan loya. Simptom dan tanda boleh bermula dan berhenti secara tiba-tiba dan berlangsung selama beberapa minit. Sesetengah orang mungkin tidak mengalami apa-apa gejala sama sekali. Dalam beberapa kes serius, pesakit mungkin kehilangan kesedaran mereka.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis awal dan rawatan boleh mengelakkan keadaan ini daripada menjadi lebih teruk dan juga untuk mencegah masalah lain, jadi anda perlu berjumpa doktor anda secepat mungkin untuk mencegah keadaan serius ini.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila tanya doktor anda. Tubuh setiap individu adalah berbeza. Dapatkan rawatan dan nasihat terbaik daripada doktor anda.

Punca

Apakah Punca Takikardia supraventrikular?

Biasanya, isyarat elektrik yang bermula di nukir sinoatrial (SA) jantung memulakan penguncupan atria. Kemudian, salur ventrikel mengalami kontraksi. SVT berlaku apabila jalur elektrik tambahan mencetuskan degupan jantung yang cepat. Punca termasuk:

  • Ubat tertentu (seperti digoxin, theophylline);
  • Kondisi paru-paru (seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik, radang paru-paru);
  • Alkohol, kafein, dadah, dan merokok meningkatkan risiko SVT;
  • Satu jenis SVT yang dikenali sebagai sindrom Wolff-Parkinson-White (WPW) mungkin diwarisi.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Takikardia supraventrikular?

Faktor tertentu boleh meningkatkan risiko anda menghidap SVT:

  • Kerosakan tisu jantung akibat penyakit jantung;
  • Laluan elektrik yang tidak normal di jantung semasa lahir (kongenital);
  • Anemia;
  • Tekanan darah tinggi;
  • Aktiviti intensif berlebihan;
  • Kebimbangan, tekanan tiba-tiba, seperti ketakutan;
  • Asap atau terlalu banyak alkohol /minuman berkafein;
  • Penyalahgunaan dadah rekreasi, seperti kokain;
  • Ketidakseimbangan elektrolit, iaitu bahan mineral yang diperlukan untuk mengendalikan impuls elektrik;
  • Hipertiroidisme.

Jika anda tiada faktor risiko tidak bermakna anda tidak menghidap SVT. Faktor-faktor ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Takikardia supraventrikular didiagnosis?

Elektrokardiogram (ECG) adalah alat yang berkesan untuk mendiagnosis takikardia serta masalah kardiovaskular yang lain.

Doktor boleh membuat diagnosis dengan mendengar bunyi jantung. Darah bergerak secara abnormal melalui injap mitral dan menyebabkan bunyi desiran yang dapat didengar dengan bantuan stetoskop. Kekerapan dan lokasi desiran dapat membantu doktor mengenalpasti injap mana yang terjejas.

Doktor mungkin menggunakan pemeriksaan fizikal, sejarah perubatan, elektrokardiografi (ECG), ujian makmal, dan X-ray dada untuk menjalankan diagnosis awal. Doktor boleh mungkin menjalankan pemantauan Holter dan EKG 24 jam secara mudah alih untuk menentukan kekerapan SVT dalam tempoh sehari. Doktor mungkin juga menggunakan kajian elektrofisiologi (EPS) untuk diagnosis yang lebih tepat.

Bagaimana pesakit Takikardia supraventrikular dirawat?

Rawatan tidak diperlukan untuk pesakit yang tidak mengalami gejala.

Untuk pesakit yang mengalami gejala, rawatan mungkin termasuklah manuver vagal, seperti manuver Valsalva atau batuk, dan percikan air sejuk ke atas muka.

Dadah seperti adenosina, diltiazem dan verapamil mungkin diperlukan. Doktor mungkin menggunakan kardioversi elektrik untuk rawatan kecemasan atau jika rawatan lain tidak berfungsi. Dalam kardioversi elektrik, kejutan elektrik ringkas diberikan untuk menetapkan semula denyutan jantung.

Untuk kondisi SVT yang asyik berulang, rawatan mungkin melibatkan ubat-ubatan (seperti beta-blockers), alat pacu jantung, ablasi catheter, dan pembedahan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Takikardia supraventrikular?

Gaya hidup dan remedi rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi takikardia supraventricular.

  • Hadkan alkohol atau jangan minum sama sekali .
  • Lebihkan rehat.
  • Minum teh dan kopi secara sederhana.
  • Elak dari dadah rekreasi, seperti kokain.
  • Bersenam dan amalkan pemakanan sihat.
  • Kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan meningkatkan risiko anda mengalami penyakit kardiovaskular.
  • Pastikan tekanan darah dan paras kolesterol terkawal.
  • Berhenti merokok. Rujuk doktor anda tentang strategi atau program untuk membantu anda berhenti merokok.
  • Gunakan ubat dari kaunter farmasi dengan berhati-hati – ianya mungkin mengandungi perangsang yang boleh mencetuskan degupan jantung yang cepat. Minta senarai ubat-ubatan yang anda perlu elakkan dari doktor anda.
  • Belajar untuk menghadapi tekanan. Elakkan tekanan dan pelajari cara mengatasi tekanan seharian dengan cara yang sihat.
  • Kesan kadar aritmia jantung dan fahami faktor yang menyebabkan aritmia. Sebagai contoh, kadar degupan jantung anda mungkin meningkat selepas minum kopi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Apple Suet Leng Cheah · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan