backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kenali Penyakit Sirosis Hati Alkoholik Dengan Lebih Lanjut!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/05/2022

Kenali Penyakit Sirosis Hati Alkoholik Dengan Lebih Lanjut!

Definisi

Apa itu penyakit sirosis hati alkoholik?

Sirosis hati alkoholik adalah parut pada hati disebabkan oleh tumbesaran tisu serat yang menggantikan sel hati yang rosak.

Sirosis hati tidak boleh sembuh walaupun selepas berhenti meminum alkohol.

Apakah kebarangkalian penyakit sirosis hati alkoholik?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom penyakit sirosis hati alkoholik?

Individu dengan tanda awal sirosis mungkin tidak mengalami simptom dan mempunyai ujian darah yang normal.

Walau bagaimanapun ada juga yang mengalami simptom-simptom termasuk hati dan kadang kala limpa membesar.

Simptom-simptom lanjutan sirosis termasuklah otot susut, lemah, anoreksia, mual, turun berat badan, dan gatal-gatal.

Hati biasanya tidak membesar dan bahkan menjadi lebih kecil daripada normal, disebabkan oleh parut.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai  sebarang kebimbangan mengenai sesuatu simptom, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang tidak di senaraikan di atas atau mempunyai sebarang soalan, rujuk doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca sirosis hati alkoholik?

Kecederaan yang berulang dan berlebihan daripada penyalahgunaan alkohol menyebabkan sirosis hati alkoholik.

Apabila tisu hati mula untuk menjadi parut, hati tidak dapat berfungsi dengan baik seperti biasa.

Hasilnya, badan tidak dapat menghasilkan protein yang cukup atau menapis toksin keluar daripada darah seperti yang sepatutnya.

Penyakit sirosis hati boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca.

Walau bagaimanapun sirosis hati alkoholik berkait secara langsung dengan pengambilan alkohol.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada sirosis hati alkoholik?

penyakit sirosis

Terdapat banyak faktor risiko bagi sirosis hati alkoholik, antaranya:

  • Minum lebih daripada 5 minuman standard per hari atau lebih daripada 1.5 per hari minuman bagi wanita selama 10 tahun atau lebih boleh meningkatkan risiko sirosis sebanyak 6-41% (bergantung kepada negara).
  • Minum ketika perut kosong.
  • Minum setiap hari.
  • Merokok.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit sirosis hati alkoholik didiagnosis?

Doktor boleh mendiagnosis sirosis hati alkoholik dengan mengambil sejarah perubatan terlebih dahulu dan berbincang mengenai sejarah alkohol individu tersebut.

Doktor juga akan melakukan beberapa ujian bagi mengesahkan diagnosis.

Keputusan ujian-ujian ini mungkin menunjukkan:

  • Anemia (paras darah rendah akibat zat besi terlalu rendah).
  • Paras ammonia dalam darah tinggi.
  • Paras gula dalam darah tinggi.
  • Leukositosis (jumlah sel darah putih tinggi).
  • Tisu hati yang tidak sihat apabila sampel dikeluarkan daripada biopsi dan dikaji di makmal.
  • Ujian darah enzim hati menunjukkan paras aspartat aminotransferase (AST) adalah dua kali ganda daripada alanin aminotrasferase (ALT).
  • Paras magnesium dalam darah rendah.
  • Paras potassium dalam darah rendah.
  • Paras sodium dalam darah rendah.
  • Hipertensi portal.

Doktor juga akan cuba menolak kemungkinan keadaan lain yang boleh memberikan kesan terhadap hati bagi mengesahkan sirosis telah terjadi.

Bagaimana pesakit Sirosis hati alkoholik dirawat?

Doktor boleh membalik semula beberapa jenis penyakit hati dengan rawatan, tetapi sirosis hati alkoholik biasanya tidak boleh dibalik semula.

Walau bagaimanapun, doktor anda akan menyarankan rawatan yang boleh memperlahankan proses penyakit dan mengurangkan simptom anda.

Langkah pertama rawatan adalah dengan membantu individu tersebut berhenti meminum alkohol.

Individu dengan penyakit sirosis hati alkoholik sering bergantung kepada alkohol dan mereka boleh mengalami komplikasi kesihatan yang teruk sekiranya mereka cuba berhenti tanpa berada di hospital.

Doktor boleh menyarankan rawatan di hospital atau fasiliti rawatan di mana individu boleh memulakan hidup ke arah menghentikan meminum alkohol sepenuhnya.

Rawatan lain yang boleh digunakan oleh doktor termasuk:

  • Ubat: Ubat-ubat lain yang boleh dipreskripsi oleh doktor termasuk kortikosteroid, insulin, makanan tambahan antioksidant, dan S-adenosyl-L-methionine (SAMe).
  • Kaunseling nutrisi: Penyalahgunaan alkohol boleh menyebabkan malnutrisi.
  • Protein berlebihan: Pesakit sering memerlukan lebih protein dalam bentuk tertentu bagi membantu mengurangkan berlakunya penyakit otak (ensefalopati).
  • Transplan hati: Individu harus serius sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum mereka dikira calon yang baik untuk transplan hati.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani penyakit sirosis ini?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin dapat membantu anda mengatasi sirosis hati alkoholik:

penyakit sirosis

  • Jangan minum alkohol. Walaupun sirosis anda disebabkah oleh penggunaan alkohol kronik atau penyakit lain, jauhi alkohol. Minum alkohol akan menyebabkan kerosakan hati lebih teruk.
  • Makan diet rendah garam. Garam yang berlebihan boleh menyebabkan badan anda menahan cecair, memburukkan lagi bengkak pada abdomen dan kaki anda. Guna herba sebagai perasa makanan anda, selain daripada garam. Pilih makanan yang dimasak dengan sedikit garam sahaja.
  • Makan diet yang sihat. Penyakit sirosis menyebabkan malnutrisi dan otot berkurang. Pertahanan terbaik bagi melawan perkembangan ini adalah dengan mengekalkan diet sihat, iaitu dengan pengambilan pelbagai jenis sayur dan buah. Anda juga memerlukan protein, berbeza dengan sebelum ini tetapi masih lagi dinasihatkan untuki menghadkan kumpulan makanan ini jika anda mempunyai sirosis. Pilihan protein pejal seperti kacang legum, ayam itik atau ikan. Elak makanan laut mentah.
  • Elak jangkitan. Sirosis menjadikan jangkitan lebih sukar bagi anda untuk melawannya. Lindungi diri anda dengan kerap membasuh tangan. Selain itu, dapatkan vaksinasi untuk hepatitis A dan B, influanza, dan pneumonia.
  • Guna ubat tanpa preskripsi dengan berhati-hati. Sirosis menjadikan ubat lebih sukar bagi hati anda untuk memprosesnya. Oleh sebab itu, tanya doktor anda sebelum mengambil mana-mana ubat, termasuk ubat tanpa preskripsi. Elak ubat seperti aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain). Jika anda mempunyai hati yang rosak, doktor anda akan menyarankan anda menggunakan dos acetaminophen yang lebih rendah (Tylenol, lain-lain).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/05/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan