backup og meta

Sarkoidosis: Tompokan Merah dan Pembengkakan Tisu Organ Tubuh

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    Sarkoidosis: Tompokan Merah dan Pembengkakan Tisu Organ Tubuh

    Sarkoidosis adalah penyakit yang dicirikan oleh pertumbuhan kecil sel-sel keradangan (granulomas) di mana-mana bahagian tubuh anda. Kawasan tubuh yang paling biasa adalah adalah paru-paru dan nodus limfa, tetapi ia juga boleh menjejaskan mata, kulit, jantung dan organ lain.

    Sarkoidosis boleh menjejaskan sesiapa sahaja pada mana-mana peringkat umur, tetapi biasanya bermula pada orang dewasa berumur antara 20 dan 40 tahun.

    Punca

    Penyebab sarkoidosis tidak diketahui, tetapi pakar berpendapat bahawa ia terhasil dari sistem imun tubuh yang bertindak balas terhadap bahan yang tidak diketahui. Sesetengah penyelidikan mendedahkan bahawa agen, kimia, debu dan reaksi abnormal yang berpotensi kepada protein sendiri (protein diri) mungkin bertanggungjawab terhadap pembentukan granuloma pada seseorang yang terdedah secara genetik.

    Faktor risiko

    Walaupun sesiapa boleh memdapat sarkoidosis, faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda termasuk:

    • Umur dan jantina. Sarkoidosis boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur, tetapi sering berlaku di antara umur 20 dan 60 tahun. Ia jarang berlaku pada zaman kanak-kanak, dan lebih biasa dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
    • Bangsa. Mereke yang berketurunan Afrika dan Eropah Utara mempunyai risiko sarkoidosis yang lebih tinggi. Orang Afrika-Amerika lebih cenderung untuk mempunyai penglibatan organ-organ lain bersama-sama dengan paru-paru.
    • Sejarah keluarga. Sekiranya seseorang dalam keluarga anda mempunyai sarkoidosis, anda mungkin akan mengalami penyakit ini.

    Simptom

    Adalah mustahil untuk meramalkan bagaimana sarkoidosis akan menjejaskan seseorang. Ini kerana keadaan ini boleh menjejaskan mana-mana organ seseorang dan simptom yang berbeza-beza bergantung kepada organ yang terjejas.

    Kebanyakan orang yang mempunyai sarkoidosis mengalami simptom secara tiba-tiba, tetapi ia biasanya hilang dalam beberapa bulan atau tahun, dan keadaan tidak kembali. Ini dikenali sebagai sarcoidosis akut.

    Kebanyakan pesakit pada mulanya mengadu batuk kering berterusan, keletihan, dan sesak nafas. Simptom lain mungkin termasuk:

    • Benjolan lembut kemerah-merahan atau tompokan merah pada kulit.
    • Mata merah dan berair atau penglihatan kabur.
    • Sendi bengkak dan menyakitkan.
    • Kelenjar limfa yang membesar dan lembut di leher, ketiak, dan pangkal paha.
    • Pembesaran kelenjar limfa di dada dan sekitar paru-paru.
    • Suara yang serak/garau.
    • Sakit di tangan, kaki, atau kawasan tulang belakang disebabkan oleh pembentukan sista (pertumbuhan yang tidak normal seperti tulang) dalam tulang.
    • Pembentukan batu karang.
    • Pembesaran hati.
    • Degupan jantung tidak normal atau terlepas (aritmia), keradangan penutup jantung (perikarditis), atau kegagalan jantung.
    • Kesan sistem saraf, termasuk kehilangan pendengaran, meningitis, sawan, atau gangguan psikiatri (contohnya, demensia, kemurungan, psikosis).

    Diagnosis

    Beberapa ujian yang berbeza boleh dilakukan untuk mendiagnosis sarkoidosis, bergantung kepada organ yang terjejas.

    Jika simptom-simptom anda menunjukkan bahawa anda mempunyai sarkoidosis paru-paru (sarkoidosis yang memberi kesan kepada paru-paru), anda mungkin mempunyai X-ray dada atau pemeriksaan tomografi berkomputer (CT) paru-paru untuk melihat tanda-tanda keadaan.

    Dalam sesetengah kes, doktor mungkin ingin memeriksa bahagian dalam paru-paru anda dengan menggunakan endoskop melalui kerongkong anda. Sampel kecil tisu paru-paru juga boleh dikeluarkan semasa ujian ini supaya dapat dikaji di bawah mikroskop. Ini dikenali sebagai biopsi.

    Jika doktor fikir anda mungkin mempunyai sarkoidosis yang menjejaskan organ lain seperti kulit, jantung atau mata, imbasan atau pemeriksaan di kawasan ini biasanya akan dijalankan.

    Rawatan

    Kebanyakan orang yang mempunyai sarkoidosis tidak memerlukan rawatan kerana keadaannya akan hilang dengan sendiri, biasanya dalam tempoh beberapa bula atau tahun.

    Perubahan gaya hidup yang ringkas dan ubat bukan preskripsi (OTC) seperti paracetamol atau ibuprofen yang selalunya diperlukan untuk mengawal kesakitan mana-mana keradangan.

    Doktor akan memantau keadaan anda untuk memeriksa sama ada ia menjadi lebih baik atau lebih buruk tanpa rawatan. Ini boleh dilakukan dengan X-ray, ujian pernafasan dan ujian darah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan