Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Bahu mempunyai julat pergerakan yang luas dan serba guna. Apabila terdapat sesuatu yang tidak kena dengan bahu anda, ia akan mengganggu kebolehan anda untuk bergerak dengan bebas dan boleh menyebabkan kesakitan dan ketakselesaan yang teruk.
Sakit bahu boleh berpunca daripada sendi bahu itu sendiri atau daripada mana-mana otot, ligamen atau tulang rawan di sekeliling bahu. Sakit bahu yang berpunca daripada sendi biasanya akan bertambah teruk apabila melakukan aktiviti atau pergerakan dengan lengan atau bahu anda.
Pelbagai penyakit dan keadaan yang mengganggu struktur di dalam dada atau abdomen anda seperti penyakit jantung atau penyakit pundi hempedu, juga boleh menyebabkan sakit bahu. Sakit bahu yang berpunca daripada struktur lain dipanggil sakit terujuk. Sakit bahu terujuk biasanya tidak bertambah sakit apabila anda menggerakkan bahu anda.
Sakit bahu adalah biasa. Ia boleh terjadi kepada mana-mana pesakit tanpa mengira umur. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom biasa bagi sakit bahu ialah sakit dan rasa tidak selesa dengan pergerakan bahu.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.
Bahu adalah sendi bola dan soket dengan julat pergerakan yang luas. Sendi yang boleh bergerak seperti ini lebih cenderung untuk cedera. Sakit bahu boleh melibatkan satu atau lebih daripada punca-punca berikut:
Terdapat pelbagai faktor risiko untuk sakit bahu, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagi kes kecederaan akut yang menyebabkan sakit yang teruk, segera dapatkan rawatan perubatan. Jika sakit tersebut kurang teruk, mungkin selamat untuk anda berehat selama beberapa hari bagi melihat sama ada sakit tersebut boleh hilang dengan sendiri. Jika simptom masih berlarutan, sila berjumpa doktor.
Doktor anda akan melakukan penilaian dengan teliti bagi menentukan punca sakit bahu anda dan menyediakan pilihan rawatan kepada anda.
Sejarah Perubatan
Langkah pertama dalam penilaian ini adalah sejarah perubatan yang teliti. Doktor anda akan bertanya mengenai bagaimana dan bila sakit tersebut bermula, sama ada ia pernah berlaku sebelum ini dan bagaimana ia telah dirawat, dan soalan-soalan lain bagi menentukan keadaan kesihatan umum anda dan punca yang mungkin boleh menyebabkan masalah bahu anda. Oleh sebab kebanyakan keadaan bahu berlaku akibat aktiviti tertentu, dan lega akibat aktiviti tertentu juga, sejarah perubatan boleh jadi alat penting dalam mencari punca kesakitan anda.
Pemeriksaan Fizikal
Pemeriksaan menyeluruh akan diperlukan bagi mencari punca-punca sakit bahu anda. Doktor anda akan melihat kepada abnormaliti fizikal, bengkak, kecacatan atau kelemahan otot, dan memeriksa kawasan yang sakit. Doktor juga akan memerhati julat pergerakan dan kekuatan bahu anda.
Ujian-ujian
Doktor anda akan memesan ujian-ujian khusus bagi bantu mengenal pasti punca kesakitan dan sebarang masalah yang lain.
Bagi prosedur pembedahan ini, doktor anda akan melihat ke dalam sendi dengan kamera berserat optik. Atroskopi boleh menunjukkan kecederaan tisu lembut yang tidak kelihatan melalui pemeriksaan fizikal, x-ray, dan ujian-ujian lain. Tambahan pula, bagi bantu mencari punca kesakitan, artroskopi boleh digunakan untuk membetulkan masalah ini.
Perubahan aktiviti
Rawatan umumnya melibatkan rehat, ubahsuai aktiviti anda, dan terapi fizikal bagi bantu anda meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti bahu anda. Penyelesaian yang mudah seperti mengelakkan aktiviti yang terlalu bertenaga atau keterlaluan yang mana biasanya tidak dilakukan oleh anda boleh membantu bagi mengelakkan sakit bahu.
Ubat-ubatan
Doktor anda mungkin akan mempreskripsi ubat bagi mengurangkan inflamasi dan kesakitan. Jika ubat yang dipreskripsi adalah untuk melegakan kesakitan, ambil ubat tersebut hanya seperti yang diarahkan sahaja. Doktor anda juga akan menyarankan suntikan ubat kebas atau steroid bagi melegakan kesakitan.
Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan bagi menyelesaikan beberapa masalah bahu; walau bagaimanapun, 90 peratus pesakit dengan sakit bahu akan bertindak balas dengan kaedah rawatan yang ringkas seperti mengubahsuai aktiviti, berehat, bersenam, dan ubat-ubatan.
Beberapa jenis masalah bahu, seperti dislokasi dan beberapa koyakan kaf rotator yang berulang kali, mungkin tidak mendapat manfaat daripada senaman. Bagi kes sebegini, pembedahan akan disarankan dengan lebih awal.
Pembedahan boleh melibatkan artroskopi bagi membuang tisu parut dan membaiki tisu yang koyak, atau secara tradisional, prosedur bukaan bagi pembentukan semula atau gantian semula bahu yang lebih besar.
Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi sakit bahu:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen