backup og meta

Penyakit Grover: Keadaan Kulit Berbintik Kecil dan Merah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    Penyakit Grover: Keadaan Kulit Berbintik Kecil dan Merah

    Penyakit Grover adalah keadaan kulit yang jarang berlaku. Ia menyebabkan kemunculan bintik merah, melepuh dan kadang-kadang sangat gatal yang tiba-tiba membentuk di bahagian tengah tubuh. Bintik-bintik ini biasanya terbentuk di dada atau belakang, tetapi mungkin juga terbentuk di bahagian lain tubuh.

    Keadaan ini paling sering berlaku dalam kalangan lelaki pertengahan umur, walau bagaimanapun wanita juga tidak terkecuali. Dalam kebanyakan kes ia berlaku dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Kadang-kadang, keadaan ini mungkin berterusan untuk tempoh yang lebih lama, atau mungkin muncul dan hilang dari semasa ke semasa.

    Nama lain bagi keadaan ini adalah transient acantholytic dermatosis (TAD).

    Punca

    Punca penyakit Grover tidak diketahui. Kadang-kadang ia kelihatan bermula atau bertambah buruk selepas terdedah kepada suhu yang melampau dan kadang kala punca kewujudannya tidak diketahui.

    Terdapat beberapa faktor yang disyaki membawa kepada perkembangan penyakit Grover atau simptom yang memburukkan keadannya, iaitu:

    • Panas dan berpeluh
    • Cahaya matahari
    • Pendedahan kepada radiasi pengionan seperti matahari, gelombang mikro dan X-rays
    • Penyakit buah pinggang peringkat akhir
    • Berbaring berpanjangan
    • Pemindahan organ

    Selain itu, beberapa kes penyakit Grover juga dikaitkan dengan ubat-ubatan tertentu, termasuk ubat-ubatan antiviral, seperti ribavirin dan agen biologi yang digunakan untuk terapi kanser, seperti anastrozole. Penyakit Grover juga telah ditemui pada individu yang mempunyai penyakit dermatologi yang sama, seperti dermatitis atopik dan dermatitis kontak.

    Simptom

    Simptom utama penyakit Grover adalah:

    • Ruam secara tiba-tiba di dada, belakang, dan kadang-kadang di lengan dan kaki.
    • Lepuh yang mengandungi cecair, berair dengan folikel rambut di tengah.
    • Lepuh berkumpul, dan dikelilingi lingkaran merah yang bengkak.
    • Kegatalan mungkn lebih teruk, walau bagaimanapun tidak semua orang mengalami gatal-gatal.

    Diagnosis

    Doktor akan memeriksa anda dan ruam yang muncul. Kadang-kadang ia boleh menjadi satu kesukaran untuk menerangkan perbezaan antara penyakit Grover dan gangguan kulit yang lain. Biopsi kulit yang dicukur boleh mengesahkan diagnosis.

    Rawatan

    Tiada ubat untuk merawat penyakit Grover, dan rawatan biasanya berdasarkan kepada simptom dan keadaan yang dialami oleh seseorang. Jika anda mengalami ruam ringan, rawatan pertama mungkin termasuk:

    • Antihistamin, ubat oral
    • Krim kortison, digunakan untuk ruam
    • Lain-lain losyen anti gatal yang mengandungi mentol atau kapur barus (camphor)

    Simptom yang teruk menyebabkan kesukaran untuk dirawat atau mungkin akan muncul kembali. Ini bermakna anda memerlukan rawatan jangka panjang. Doktor anda mungkin menetapkan terapi ringan berserta ubat-ubatan.

    Antara rawatan lain yang boleh digunakan untuk simptom teruk ialah:

  • Pil antifungus
  • Losyen antifungus seperti selenium sulfida
  • Suntikan kortison
  • Kortikosteroid oral
  • Antibiotik
  • Systemic retinoid
  • Doktor anda juga mungkin mencadangkan anda mengurangkan aktiviti yang boleh menyebabkan perpeluhan yang banyang seperti senaman berat kerana peluh boleh memburukkan lagi keadaan. Selain itu, anda juga disyorkan tidak menghabiskan banyak masa di bawah cahaya matahari.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan