backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ketuat Kelamin (Pembedahan)

Disemak secara perubatan oleh Prof Dr Christopher Ho Chee Kong · Urologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 08/11/2021

Definisi

Apakah itu Pembedahan Ketuat Kelamin ?

Doktor mungkin mengambil sampel, atau pembedahan bagi tisu yang abnormal. Kebanyakan ketuat tidak memerlukan pembedahan. Tetapi pembedahan mungkin diambil sekiranya ketuat kelamin  tidak dapat dikenalpasti melalui ujian fizikal atau ketika pemeriksaan ginekologi dengan instrumen pembesaran ringan (colposcopy). Pemeriksaaan mikroskopi pada tisu pembedahan boleh membantu doktor mengesan sama ada terdapat kehadiran human papillomavirus (HPV).

Mengapa ujian Pembedahan Ketuat Kelamin dilaksanakan?

Anda mungkin perlu melakukan pembedahan sekiranya perkara berikut terjadi:

  • Doktor tidak pasti jenis tisu abnormal yang ditemui
  • Ketuat tidak bertindakbalas terhadap rawatan
  • Ketuat kelihatan luar biasa

Perkara-perkara yang perlu diketahui terlebih dahulu

Apakah perkara yang perlu diketahui sebelum menerima Pembedahan Ketuat Kelamin ?

Rawatan untuk sel abnormal termasuklah tempoh menunggu tanpa sebarang rawatan, rawatan perubatan, atau rawatan pembuangan tisu abnormal.

Keputusan untuk melakukan pembedahan adalah bergantung kepada adakah keputusan pembedahan akan mempengaruhi rawatan. 

Sekiranya pembedahan mengesahkan genital lelaki, vagina atau ketuat perianal, rawatan perubatan adalah satu pilihan.

Hubungan kelamin haruslah dielakkan sehingga kawasan pembedahan sembuh sepenuhnya.

Ketahui apa yang terjadi

Bagaimana persediaan untuk Pembedahan Ketuat Kelamin ?

Pembedahan boleh dilakukan di klinik atau pejabat doktor. Anda akan diberikan suntikan ubat kebas (anestetik lokal). 

Apa yang berlaku ketika Pembedahan Ketuat Kelamin ?

Sedikit sampel tisu (pembedahan) mungkin diambil daripada ketuat kelamin . Sampel akan dilihat di bawah mikroskop. Ini kebiasaannya akan digunakan bagi pembedahan bahagian genital luaran bagi lelaki atau wanita; ini termasuk vulva, skrotum atau zakar. Suntikan mungkin sangat menyakitkan, tetapi anestetik lokal akan diberi sekiranya pembedahan dirasakan lebih menyakitkan berbanding suntikan.

Apa yang berlaku selepas Pembedahan Ketuat Kelamin?

Sekiranya anda melakukan pembedahan, kemungkinan anda akan merasakan kesakitan di bahagian vagina untuk satu atau  dua hari. Sedikit pendarahan juga kebiasaannya berlaku sehingga ke tempoh seminggu selepas pembedahan. Darah yang keluar mungkin berwarna sedikit gelap sekiranya Cecair Monsel’s digunakan. Anda boleh menggunakan tuala wanita untuk tempoh pendarahan. Jangan menyembur, melakukan seks atau menggunakan tampon untuk seminggu bagi memberi masa serviks untuk pulih. Jangan melakukan senaman sehari selepas kolposkopi.

Sekiranya ada sebarang persoalan berkenaan Pembedahan Ketuat Kelamin , sila berbincang dengan doktor anda untuk memahami arahan untuk anda.

Memahami keputusannya

Bagaimana mentafsir keputusan ujian?

Penemuan melalui pembedahan mungkin seperti berikut;

Normal

Tidak terdapat sebarang sel abnormal, yang kebiasaannya bermaksud HPV tidak ditemui.    

Tidak normal

Sel abnormal dipanggil koilocytes ditemui. Koilocytes ialah sel yang berogga atau cekung apabila diperiksa di bawah mikroskop. Sel Koilocytes diambil daripada genital atau kawasan dubur adalah tidak normal dan menunjukkan jangkitan human papillomavirus (HPV).

Lain-lain jenis kulit lesi juga mungkin ditemui.

Perubahan abnormal sel serviks yang disebabkan HPV akan dirawat berasingan daripada rawatan ketuat kelamin.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal bagi Pembedahan Ketuat Kelamin mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor jika terdapat sebarang soalan mengenai keputusan ujian anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Prof Dr Christopher Ho Chee Kong

Urologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 08/11/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan