Limfoma

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Limfoma?

Limphoma merujuk kepada sejenis kanser yang bermula dalam sel-sel sistem imun yang berfungsi melawan jangkitan, yang dipanggil limfosit, yang terdapat pada nodus limfa, limpa, timus, sum-sum tulang, dan bahagian-bahagian badan yang lain. Sistem limfa ini sepatutnya menjadi rangkaian melawan penyakit di dalam badan anda. Mempunyai limfoma bermakna limfosit berubah dan berkembang di luar kawalan.

Terdapat banyak jenis limfoma tetapi dua kategori utama limfoma adalah limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin.

Apakah kebarangkalian Limfoma?

Keadaan kesihatan ini biasa berlaku terutamanya kepada orang tua dan lelaki. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Limfoma?

Tanda dan simptom utama limfoma ialah:

  • Kelenjar bengkak di sepanjang leher, ketiak, atau pangkal paha;
  • Batuk, sesak nafas;
  • Demam, gatal-gatal;
  • Berpeluh malam;
  • Sakit perut, belakang atau sakit tulang;
  • Rasa penat, kurang tenaga;
  • Pengurangan berat badan;
  • Menggigil;
  • Hilang selera makan;
  • Limfedema;
  • Neuropati;
  • Darah dalam najis atau muntah;
  • Aliran kencing tersumbat;
  • Sakit kepala;
  • Sawan.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda mempunyai simptom berikut:

  • Bengkak pada leher, ketiak, atau pangkal paha, atau bengkak pada lengan atau kaki yang tidak dapat dijelaskan puncanya.
  • Jika anda mengalami demam, menggigil, penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, berpeluh malam, kekurangan tenaga dan gatal-gatal berterusan selama lebih daripada beberapa hari.

Punca

Apakah Punca Limfoma?

Limfoma adalah salah satu kanser yang puncanya masih tidak diketahui, walaupun ia didapati lebih kerap berlaku pada orang tertentu.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Limfoma?

Terdapat banyak faktor risiko untuk limfoma, seperti:

  • Usia 60-an ke atas;
  • Lelaki;
  • Sistem imun lemah disebabkan HIV / AIDS, pemindahan organ, atau dilahirkan dengan penyakit imun;
  • Mempunyai penyakit sistem imun seperti artritis reumatoid, sindrom Sjogren, lupus, atau penyakit celiac;
  • Dijangkiti virus seperti Epstein-Barr, hepatitis C, T-sel leukemia / limfoma (HTLV-1), atau herpesvirus 8 (HHV8);
  • Mempunyai saudara terdekat yang menghidap limfoma;
  • Terdedah kepada benzena atau bahan kimia dalam racun serangga dan rumpai;
  • Pernah dirawat untuk limfoma Hodgkin atau bukan Hodgkin;
  • Pernah menjalani rawatan radiasi untuk kanser;
  • Jika anda mempunyai berat badan berlebihan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Limfoma didiagnosis?

Untuk mendiagnosis limfoma, doktor mungkin akan bertanyakan beberapa soalan mengenai keadaan anda, bila anda menyedari perubahan, di mana rasa sakit, keadaan selera makan anda, jika anda mengalami penurunan berat badan, merasa letih atau lemah, pernah dirawat untuk limfoma atau kanser lain, maklumat tentang jangkitan atau penyakit yang pernah anda alami, dan jika ada kanser dalam keluarga anda.

Kemudian, doktor akan memeriksa tanda limfoma dan merasa jika terdapat nod limfa yang bengkak. Mempunyai simptom ini tidak bermakna anda mempunyai kanser. Nod limfa anda boleh membengkak disebabkan jangkitan yang tidak berkaitan dengan kanser.

Untuk mengesan sel kanser, biopsi nod limfa diperlukan. Doktor anda akan mengambil seluruh bahagian atau sebahagian daripada nod limfa yang terjejas, atau menggunakan jarum untuk mengambil sedikit tisu nod tersebut.

Sekiranya doktor ingin mengetahui sejauh mana limfoma telah merebak, anda mungkin akan diminta menjalani ujian darah untuk memeriksa bilangan sel-sel tertentu dalam darah atau aspirasi sumsum tulang atau biopsi untuk mencari sel limfoma, X-ray dada – yang menggunakan sinaran dalam dos yang rendah – untuk membuat imej bahagian dalam dada anda, sementara MRI melalui magnet kuat dan gelombang radio digunakan untuk membuat gambar organ dan struktur dalam badan anda, atau imbasan PET yang menggunakan bahan radioaktif untuk mencari sel-sel kanser dalam badan anda.

Ujian molekul juga mungkin disarankan untuk membantu doktor anda mengenal pasti jika terdapat perubahan kepada gen, protein, dan bahan-bahan lain dalam sel kanser supaya jenis limfoma dapat ditentukan.

Bagaimana pesakit Limfoma dirawat?

Doktor akan memilih rawatan berdasarkan kepada jenis limfoma yang anda hidapi dan sejauh mana ia telah merebak.

Jika anda disahkan menghidap limfoma non-Hodgkin, anda mungkin disyorkan untuk memilih kemoterapi, penggunaan ubat untuk membunuh sel-sel kanser; sementara terapi radiasi menggunakan sinar bertenaga tinggi untuk menghapuskan sel-sel kanser; manakala imunoterapi menggunakan sistem imun badan anda sendiri untuk menyerang sel-sel kanser.

Sekiranya anda menghadapi limfoma Hodgkin, anda mungkin dirawat dengan kemoterapi dan terapi radiasi. Jika rawatan berikut tidak dapat membantu menangani penyakit anda, pemindahan sel stem boleh dilakukan. Anda akan diberikan kemoterapi dengan dos yang sangat tinggi dahulu untuk memusnahkan sel-sel kanser. Kesan sampingan kemoterapi ini membunuh sel stem dalam sumsum tulang yang berfungsi membuat sel-sel darah baru. Seterusnya pemindahan sel stem dilakukan untuk menggantikan sel yang telah binasa disebabkan rawatan kemoterapi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Limfoma?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani limfoma:

  • Tukar kepada diet yang sihat yang bersesuaian dengan keadaan anda berdasarkan saranan doktor.
  • Lakukan senaman yang membantu anda berasa lebih baik semasa tempoh rawatan, seperti berjalan atau berenang;
  • Anda juga boleh mencuba terapi alternatif seperti bersantai, biofeedback, atau pengimejan berpandu (guided imagery) untuk melegakan kesakitan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sejenis Cendawan Dikatakan Boleh Merawat HPV? Jangan Terlambat Untuk Ambil Vaksin!

    HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku dan berbahaya. Persoalannya, apa rawatan penyakit HPV? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Apa itu kanser prostat adalah sejenis kanser yang banyak terjadi kepada kaum lelaki. Persoalannya, wanita pun boleh terkena? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser, Kanser Prostat 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Terdapat mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser, Kanser Serviks 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Menghidap Kanser Prostat, Jangan Takut Untuk Buat Saringan Awal & Diagnosis Ini

    Kanser pada kelenjar prostat adalah kanser kedua terlazim didiagnosis di seluruh dunia. Ketahui cara dan prosedur yang dijalankan bagi mendiagnosisnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Prostat 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit limfoma

    AWAS! Jangan Pilih Rumah Dekat Dengan Kilang, Ada Risiko Dapat Kanser Limfoma!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit wanita

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab kanser kolon

    Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan intim jangkitan HPV

    MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan