Lambert-Eaton Myasthenic Syndrome (LEMS): Otot Lemah Kerana Penyakit Autoimun

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bahagian otot yang terjejas akibat LEMS. Imej ihsan Muscular Dystrophy Association (MDA)

Lambert-Eaton myasthenic syndrome (LEMS)? Dengar nama sahaja sudah memeningkan. Penyakit apakah ini?

Sebenarnya mudah sahaja walaupun namanya seperti sangat kompleks. Lambert and Eaton ialah nama saintis yang merungkai penemuan penyakit ini dari sudut klinikal dan patologi. Myasthenic pula bermaksud keadaan otot yang lemah, manakala syndrome ialah kumpulan beberapa simptom.

Jadi, LEMS ialah satu keadaan kesihatan menyebabkan sebahagian otot menjadi lemah.

Otot terawal yang akan terjejas ialah:

  • Kaki bahagian atas dan pinggul menyebabkan sukar untuk berjalan dan menaiki tangga.
  • Lengan bahagian atas dan bahu sehingga membuatkan penjagaan diri serta aktiviti harian menjadi rumit.

Selain itu, otot mata juga boleh terkesan di samping otot yang terlibat dalam percakapan, menelan dan mengunyah makanan. Namun, simptom melibatkan otot ini kebiasaannya adalah ringan.

LEMS sangat jarang berlaku. Di Amerika Syarikat (AS), hanya 400 kes dilaporkan termasuk lelaki dan perempuan.

Bagaimana Lambert-Eaton myasthenic syndrome (LEMS) boleh berlaku?

Autoimun dipercayai menjadi punca, iaitu apabila antibodi yang dihasilkan oleh tubuh menyerang bahagian tubuh normal yang sihat. Dalam kes LEMS, antibodi tersebut menyerang persimpangan neuromuskular (neuromuscular junction/NMJ) atau lebih spesifik lagi ialah saluran kalsium pada hujung urat saraf, kebiasaannya berlaku dalam kalangan umur 35 tahun dan ke atas.

NMJ ialah bahagian yang menghubungkan antara hujung urat saraf dan otot. Apabila saluran kalsium pada hujung urat saraf terjejas, pelepasan asetilkolina (acetylcholine) akan terganggu. Asetilkolina ialah sejenis bahan kimia berfungsi merangsang pergerakan otot. Jika ia terganggu, otot gagal berfungsi dan menjadi lemah.

Struktur urat saraf dan otot

LEMS juga didapati kerap berlaku dalam kalangan penghidap sejenis kanser paru-paru iaitu small cell lung cancer (SCLC). 3% dari penghidap kanser ini mengalami LEMS dan kebiasaannya dalam kalangan umur 60 tahun dan ke atas. Dalam kes ini, antibodi yang dihasilkan untuk menyerang sel kanser turut menyerang saluran kalsium di NMJ.

Apakah rawatan bagi LEMS?

Ia sangat bergantung kepada umur, tahap kesihatan secara am, dan kewujudan kanser. Jika LEMS terkait dengan kanser SCLC, rawatan difokuskan terhadap menghapuskan sel kanser kerana ia adalah perangsang kepada LEMS tersebut.

Selebihnya, rawatan diberikan untuk mengawal simptom. Dalam kes yang lebih berat, ubat untuk melemahkan sistem imun akan diberikan seperti prednisolone.

Kebiasaannya, simptom LEMS dapat diuruskan dengan baik atau sekurang-kurangnya sebahagian darinya dapat dikawal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lambert-Eaton Myasthenic Syndrome: Lemah Otot yang Sering Didapati pada Pesakit Kanser Paru-paru

    Masalah lemah otot yang dialami oleh penghidap kanser paru-paru tidak boleh dipandang ringan. Ia mungkin petanda kepada keadaan kesihatan yang dikenali...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kanser Paru Paru, Kanser 28/01/2019 . 3 minit bacaan

    Primary Biliary Cholangitis: Penyakit Autoimun Saluran Hempedu

    Dalam sebuah peperangan, musuh paling sukar dilawan dan dijangka apabila datang dari dalam. Itulah yang berlaku dalam satu penyakit autoimun yang disebut sebagai primary biliary cholangitis (PBC). Untuk memudahkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 05/12/2018 . 2 minit bacaan

    Myasthenia Gravis

    Kenali apa itu Myasthenia Gravis. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Naveen Rajeev
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 02/04/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kebersihan gigi

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Psoriasis Berisiko Alami Masalah Arthritis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/04/2020 . 3 minit bacaan
    artritis psoriatik Sofia Lovi

    Mengharungi Kehidupan Sebagai Pesakit Artritis Psoriatik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/10/2019 . 5 minit bacaan

    Penyakit Autoimun: Adakah Berbahaya Dan Menyebabkan Kematian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 03/04/2019 . 2 minit bacaan