Demam reumatik ialah penyakit yang jarang berlaku tetapi mempunyai risiko komplikasi yang tinggi dan boleh mengancam nyawa.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Demam reumatik ialah penyakit yang jarang berlaku tetapi mempunyai risiko komplikasi yang tinggi dan boleh mengancam nyawa.
Secara mudahnya, penyakit ini disebabkan oleh sistem imun badan yang menyerang tisu tertentu dalam badan dan ia bermula dengan jangkitan bakteria bernama streptococcus kumpulan A. Bakteria ini menyebabkan jangkitan pada tekak. Ia mengandungi protein hampir sama dengan tisu tertentu dalam badan. Jika tidak dirawat dengan antibiotik, antibodi yang dihasilkan oleh badan untuk melawan bakteria tersebut akan turut menyerang bahagian badan lain (kerana mempunyai protein yang sama) termasuk jantung, otak, sendi, dan kulit.
Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami jangkitan streptococcus kumpulan A akan menghidap demam reumatik. Terdapat peratusan kecil individu yang lebih cenderung untuk menghidapnya. Pakar mendakwa bahawa ada faktor lain yang menambahkan risiko tersebut seperti sistem imun lemah. Kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun ialah kumpulan yang paling kerap terjejas.
Simptom kebiasaannya bermula 2 hingga 4 minggu selepas jangkitan tekak. Ia disebabkan oleh radang yang berlaku pada sendi, kulit, jantung, dan otak. Antaranya termasuk:
Semua simptom demam reumatik akan hilang selepas beberapa minggu tanpa meninggalkan sebarang kesan atau komplikasi melainkan simptom yang melibatkan jantung. Injap jantung boleh mengalami komplikasi menyebabkan:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen