Sejak Lahir Terdapat Ketiadaan Kulit Di Bahagian Tertentu, Kenali Apa itu Aplasia Cutis Congenita

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Aplasia bermaksud kegagalan organ atau tisu untuk berkembang atau berfungsi dengan normal, cutis ialah kulit, manakala congenita pula ialah keadaan yang berlaku sejak lahir.

Aplasia cutis congenita ialah keadaan sejak lahir di mana terdapat ketiadaan kulit di bahagian tertentu. Kadangkala, struktur di bawah kulit juga seperti tulang mungkin gagal berkembang.

Bahagian paling kerap terjejas ialah kulit kepala tetapi boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh. Selain itu, sebahagiannya turut mengalami kecacatan lain melibatkan jantung, usus, kemaluan dan saluran air kencing (genitourinari) serta urat saraf.

Apakah simptom aplasia cutis congenita?

Setiap individu mempunyai simptom yang berbeza melibatkan bahagian tubuh tertentu. Namun, simptom paling kerap ditemui ialah:

  • Ketiadaan kulit kepala bahagian atas (vertex).
  • Kecacatan carvarial pada tempurung kepala (sebahagian tulang di tempurung kepala gagal berkembang menyebabkan tempurung berlubang).
  • Ketiadaan kulit yang tertumpu pada satu kawasan.
  • Kecacatan pada bahagian belakang melibatkan tulang belakang dan urat saraf tunjang (spinal dysraphism).
  • Ulser kulit.

Apakah punca keadaan ini?

Tiada sebab tunggal bagi keadaan ini. Ia dipercayai berpunca dari pelbagai faktor yang berinteraksi sehingga menyebabkan berlaku aplasia cutis congenita. Faktor tersebut termasuk:

  • Pengaruh genetik dari ibu bapa.
  • Terdedah kepada teratogen (perkara yang memudaratkan janin) seperti methimazole, carbimazole, misoprostol, dan asid valproic.
  • Jaringan saluran darah kulit terganggu.
  • Trauma dan kecederaan fizikal.

Rawatan adalah mengikut simptom

Rawatan konservatif untuk mengawal simptom ialah pilihan utama bagi penghidap aplasia cutis congenita. Jika bahagian yang terjejas bersaiz kecil, ia kebiasaannya akan sembuh dengan sendiri. Membersihkan kawasan terbabit dan menyapu salap atau silver sulfadizine membantu mencegah jangkitan. Jika ada jangkitan, antibiotik akan diperlukan.

Kecacatan yang lebih besar dan serius mungkin memerlukan pembedahan tertentu mengikut keadaan pesakit.

Dalam kebanyakan kes, rawatan memberikan hasil yang sangat baik. Namun jika keadaan tersebut berlaku bersama-sama dengan kecacatan lain, prognosis penyakit bergantung kepada tahap kecacatan tersebut.

Komplikasi major adalah jarang berlaku tetapi boleh berlaku termasuk pendarahan, jangkitan teruk, meningitis, atau darah beku di dalam rongga tengkorak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anomali Ebstein

    Kenali apa itu Anomali Ebstein. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 18/05/2018 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bayi biru

    Bayi Jadi Kebiruan? BAHAYA, Ada Kaitannya Dengan Masalah Jantung! Mak Ayah, Sila Ambil Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    sifilis kongenital

    Sifilis Kongenital: Antara Punca Utama Kematian Bayi Seluruh Dunia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 04/03/2019 . 2 minit bacaan

    Osteogenesis Imperfecta: Tulang Rapuh Sejak Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 11/12/2018 . 2 minit bacaan

    5 Jenis Penyakit Jantung Kongenital Pada Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 13/06/2018 . 2 minit bacaan