backup og meta

Pengambilan Ubat sewaktu Puasa di bulan Ramadan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/12/2019

    Pengambilan Ubat sewaktu Puasa di bulan Ramadan

    Berpuasa di bulan Ramadan merupakan kewajipan bagi setiap individu Muslim yang berkemampuan tanpa mengira usia dan keadaan persekitaran. Walaupun mungkin mempunyai kelonggaran tertentu, ramai para pesakit tetap memilih untuk berpuasa.

    Jika anda menghadapi penyakit tertentu dan membuat keputusan untuk berpuasa, berikut adalah beberapa panduan pengambilan ubat sepanjang menjalani ibadah puasa agar bebas komplikasi dan tidak memudaratkan anda.

    Pengambilan ubat sewaktu Ramadan

    Menjaga pesakit yang menjalani bulan Ramadan merupakan cabaran unik bagi pakar kesihatan anda, termasuklah ahli farmasi. Individu yang mengambil ubat untuk sakit kronik perlu menyesuaikan jadual ubat supaya boleh diambil antara waktu berbuka dan sahur.

    Untuk ubat-ubatan yang diambil beberapa kali pada siang hari, ahli farmasi anda mungkin akan memilih formulasi yang bertindak lama atau mengubah kekerapan dos sekali atau dua kali sehari. Panduan pengambilan ubat untuk penyakit kronik tertentu seperti penyakit Parkinson, penyakit tiroid dan penyakit jantung telah pun tersedia untuk rujukan profesional. Rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

    Untuk keadaan jangka pendek yang memerlukan rawatan, seperti antibiotik untuk jangkitan atau ubat anti-radang bukan steroid untuk kesakitan, ubat-ubatan dengan dos sekali sehari akan dipilih. Ubat bukan oral seperti suntikan, sedutan, supositori dan titisan mata / telinga biasanya dibenarkan semasa puasa, walaupun terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

    Untuk keadaan tertentu seperti migrain, perhatian perlu diberi perhatian untuk mengelakkan pencetus, seperti memastikan pesakit sentiasa bersahur, agar kekal terhidrat pada waktu petang dan elakkan pendedahan kepada suhu panas. Bagi individu yang mempunyai tekanan darah tinggi, pesakit perlu mengelakkan dehidrasi, dan doktor akan memaklumkan bagaimana untuk sentiasa mengawasi tekanan darah mereka dan untuk melihat tanda-tanda hipotensi seperti pening dan pitam.

    Diabetes adalah salah satu keadaan yang paling sukar untuk dikendalikan semasa Ramadan, dan pesakit diabetes memerlukan pemantauan yang rapat. Kebanyakan pesakit diabetes jenis 2 (86%) dan hampir separuh daripada pesakit diabetes jenis 1 (43%) memilih untuk berpuasa. Kajian mendapati bahawa pesakit diabetes boleh berpuasa, walaupun mereka bergantung kepada insulin. Namun, puasa boleh meningkatkan risiko hipoglisemia dan ketoasidosis. Pesakit diabetes yang mengubah suai ubatnya sendiri lebih cenderung mengalami hipoglisemia yang teruk semasa Ramadan.

    Oleh itu, pastikan anda memahami setiap risiko ubat yang diubah suai dan bagaimana pengambilan dos yang sesuai untuk anda. Dapatkan saranan doktor dan jangan mengubah suai dos serta jenis ubat sendiri terutamanya jika anda mempunyai diabetes, untuk mengelakkan kejadian hipoglisemia yang teruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan