Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Sebelum mengundi 2022

Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum hari pengundian, khususnya bagi mereka yang perlu pulang ke kampung untuk mengundi.
Antara perkara penting tersebut adalah:
- Bagi mereka yang hendak balik ke kampung, rancang perjalanan anda sebaiknya. Memandangkan kebanyakan kerajaan Negeri mengumumkan cuti khas pada hari Jumaat, 18 November 2022, anda mempunyai lebih masa untuk pulang ke kampung. Jika laluan ke kampung anda dijangkakan sesak pada waktu pagi, memandulah pada waktu malam atau sebelum subuh.
- Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit jantung, pastikan anda membawa bersama peralatan perubatan dan ubat-ubatan anda.
- Maklumkan kepada pihak polis berhampiran kediaman mengenai ketiadaan anda sepanjang berada di kampung untuk mengundi 2022. Daftar dan berikan maklumat lengkap melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol atau VSP agar pihak polis boleh membuat rondaan berkala untuk mengawasi kediaman anda sepanjang berada di kampung.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen