home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

Sebarang permasalahan berkaitan kesejahteraan mental perlu dirujuk kepada pakar psikiatri atau ahli psikiatri yang bertauliah. Mengapa?

Ada sebabnya mereka ini ditauliahkan sebagai pakar psikiatri.

Ini kepentingan berjumpa dengan ahli psikiatri jika mengalami isu berkaitan mental berbanding mendapatkan konsultasi daripada individu yang tidak berkelayakan.

Viral khidmat Mentalist Joker di portal Shopee

Baru-baru ini, telah tular berkenaan satu perkhidmatan konsultasi seperti penyediaan servis nasihat berkaitan kesihatan mental di portal beli-belah online Shopee.

Ia viral di Twitter memandangkan seorang individu yang dikenali sebagai Mentalist Joker menyediakan khidmat konsultasi secara online dan berbayar di portal tersebut untuk mereka yang memerlukan khidmat tersebut.

Sehingga hari ini, akaun tersebut ada sebanyak 377 pengikut dan ia adalah satu jumlah yang agak ramai.

Persoalan mula timbul berkenaan kelayakan beliau sebagai individu yang layak memberikan konsultasi dan kaedah yang dilakukan secara online melalui pembayaran di Shopee.

Namun, pemeriksaan terkini di portal Shopee mendapati bahawa perkhidmatan tersebut sudah tiada lagi, berkemungkinan sudah ditarik balik oleh pemiliknya.

Adakah saya patut mendapatkan khidmat konsultasi online seperti itu?

pakar psikiatri

Dalam dunia perkhidmatan profesional seperti ahli psikiatri, kesemua pengamalnya perlulah mempunyai sijil dan diperakui perkhidmatan mereka oleh badan-badan profesional yang terbabit.

Pengakuan dan pengesahan ini bertujuan untuk menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan agar servis yang disampaikan itu adalah selamat dan mengikut etika yang sepatutnya.

Bagi persoalan di atas, jawapan yang paling mudah boleh diberikan ialah TIDAK SAMA SEKALI. Ini yang anda perlu fahami:

#1. Prinsip kerahsiaan

Sebarang rekod perjumpaan antara pakar psikiatri dan juga anda akan disimpan rapi dan hanya boleh diakses oleh pakar tersebut sahaja.

Tidak kira sama ada ia disimpan dalam bentuk kertas, elektronik, mahupun sekadar perbualan, ia adalah satu rahsia antara penyedia perkhidmatan dan juga anda.

Tiada sebarang maklumat berkenaan diri anda dibenarkan untuk didedahkan tanpa keizinan anda sendiri.

Selain itu, pakar juga perlu menyatakan bagaimana maklumat diri tersebut digunakan di pihak mereka dan menyatakan berkenaan hak anda menggunakan maklumat tersebut pada masa akan datang.

Prinsip ini yang membezakan antara seorang profesional terlatih dengan individu biasa yang tidak terlatih dalam dunia psikiatri.

Oleh sebab itu, kita perlu berjaga-jaga sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan terapi atau rawatan psikiatri secara online daripada mereka yang tidak dikenali.

Dikhuatiri tiada sebarang prinsip kerahsiaan yang diamalkan dalam kalangan mereka.

#2. Mendapatkan keizinan untuk penggunaan data peribadi anda

Bagi tujuan perkongsian kes atau kajian lanjutan bersama pakar-pakar lain, kes anda mungkin akan menjadi sebagai kes rujukan kajian.

Namun, penyedia perkhidmatan ini tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menggunakan maklumat anda tanpa keizinan.

Mereka perlu mendapatkan izin daripada anda terlebih dahulu berkenaan apa yang akan mereka lakukan berkenaan dengan maklumat kes anda.

Persetujuan bersama mestilah diperoleh sebelum sebarang maklumat peribadi digunakan walaupun untuk tujuan kajian lanjutan.

Anda tidak kenal latar belakang sebenar penyedia servis online seperti Mentalist Joker, jadi adakah anda pasti pihak ini akan meminta izin sebelum menggunakan segala maklumat peribadi anda?

#3. Pakar psikiatri sedia terapi bagi gangguan psikiatri yang serius

pakar psikiatri

Terdapat kekurangan jika sebarang terapi seperti psikoterapi dilakukan secara dalam talian antara anda dan ahli psikiatri.

Antaranya, terapi online tidak sesuai bagi penyakit psikiatri yang serius kerana gangguan yang lebih serius memerlukan rawatan secara terus dan berdekatan atau intervensi secara fizikal.

Oleh itu, ia mungkin tidak begitu berkesan jika anda mendapatkan khidmat terapi online, apatah lagi daripada individu yang tidak dikenali dan tidak berkelayakan.

Selain itu, penyedia konsultasi online ini tidak dapat melihat dengan jelas sebarang ekspresi wajah, isyarat suara atau bahasa tubuh yang sebenarnya banyak menceritakan perasaan, pemikiran, tingkah laku dan juga emosi.

Pandemik COVID-19 bukan alasan untuk semuanya dilakukan secara online

Kita memahami berlakunya peningkatan kes berkaitan kesihatan mental kesan daripada pandemik COVID-19 yang melanda.

Anda mungkin berasa gelisah dan ada juga yang mungkin mengalami kemurungan kerana pelbagai faktor.

Namun, sepertimana anda perlu berjumpa doktor jika jatuh sakit, begitu jugalah anda perlu bertemu individu berkelayakan seperti ahli psikiatri bagi mendapatkan rawatan untuk gangguan mental yang dialami.

Tidak semua perkara boleh diselesaikan secara online, apatah lagi melalui servis daripada mereka yang diragui seperti Mentalist Joker.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Good Psychiatric Practice. Confidentiality and information sharing. Royal College of Psychiatrists

Etzelmueller A, Radkovsky A, Hannig W, Berking M, Ebert DD. Patient’s experience with blended video- and internet based cognitive behavioural therapy service in routine care. Internet Interv. 2018;12:165–175. doi:10.1016/j.invent.2018.01.003

Baumel A. Online emotional support delivered by trained volunteers: users’ satisfaction and their perception of the service compared to psychotherapy. J Ment Health. 2015;24(5):313-320. doi:10.3109/09638237.2015.1079308

Andersson G, Titov N. Advantages and limitations of Internet-based interventions for common mental disorders. World Psychiatry. 2014;13(1):4–11. doi:10.1002/wps.20083

American Psychological Association. Practicing distance therapy, legally and ethically. By Tori DeAngelis. Monitor on Psychology. March 2012;43(3):52. https://www.apa.org/monitor/2012/03/virtual

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 31/03/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x