backup og meta

Bunga Keladi Beracun? Elak 7 Jenis Ini, Bahaya Untuk Anak Dan Si Comel Anda!

Bunga Keladi Beracun? Elak 7 Jenis Ini, Bahaya Untuk Anak Dan Si Comel Anda!

Tahukah anda, terdapat 7 jenis pokok bunga keladi beracun yang berbahaya tetapi kerap dijadikan pilihan sebagai pokok hiasan di rumah? 

Ingin tahu apakah jenis-jenis tersebut? Artikel Hello Doktor ini ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Bunga keladi beracun

Bermula daripada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lepas, semakin ramai yang berjinak-jinak dengan dunia tanaman pokok hiasan.

Tidak dinafikan, tumbuhan hiasan yang ditanam di sekitar kawasan rumah adalah terapi terbaik untuk mental dan emosi.

Umumnya, terdapat pelbagai jenis pokok hiasan dan bunga yang menjadi pilihan ramai, antaranya monstera adansonii dan tidak ketinggalan juga pokok keladi seperti philodendron green marxii.

Bahkan sehingga ada pokok keladi yang dijual pada harga ‘kayangan’ disebabkan keunikan bentuk dan warnanya, seperti pokok yang diberi nama keladi Mickey Mouse.

Pun begitu, bagi peminat pokok keladi, anda harus menyedari walaupun ia cantik dipandang, namun sebenarnya ia beracun dan amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak serta haiwan peliharaan.

Tumbuhan caladium beracun

Public Health Malaysia (PHM) juga pernah membuat perkongsian menerusi Facebook mengenai racun yang terdapat pada keladi atau caladium yang dikenali sebagai kalsium oksalat. 

Racun kalsium oksalat ini berada pada keseluruhan bahagian tumbuhan keladi ini dan paling kuat pada daunnya.

bunga keladi beracun
Sumber Public Health Malaysia

Dalam hantaran tersebut, PHM turut menjelaskan bahawa bunga keladi beracun akan menjadi toksik apabila tertelan. Mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif juga boleh terjejas dengan hanya bersentuhan fizikal dengan pokok ini. 

Jangan terkejut, bukan tumbuhan ini sahaja yang berbahaya dan beracun ya. Ayuh kita bongkar pokok keladi lain yang harus anda elakkan.

Jenis bunga keladi beracun

Dieffenbachia dan Philodendron

Dieffenbachia dan philodendron adalah pilihan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam tumbuhan hiasan kerana mudah ditanam.

Walaupun kedua-dua tumbuhan ini adalah berbeza dari segi jenis, namun dieffenbachia dan philodendron menyebabkan ketoksikan dengan cara yang sama. Ini kerana ia mengandungi oksalat yang boleh menyebabkan bengkak, air liur banyak terkeluar dan kesukaran bertutur jika tertelan.

Masalah bengkak, kemerahan dan kerengsaan juga boleh berlaku jika kulit atau mata terdedah kepada tumbuhan-tumbuhan ini.

English Ivy

Faedah potensi English ivy atau Hedera helix termasuklah dapat membersihkan udara, mengatasi masalah pernafasan dan mempunyai sifat antiradang dan antioksidan.

Walau bagaimanapun, english ivy dianggap sebagai tumbuhan bunga keladi beracun. Ia dianggap toksik kepada manusia dan haiwan.

Tumbuhan ini boleh menyebabkan bengkak, kegatalan, kerengsaan perut dan mungkin loya, muntah dan cirit-birit pada manusia jika tertelan.

Bagi haiwan pula, ia boleh menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit dan hiper-air liur pada kucing dan anjing jika tertelan.

bunga keladi beracun

Alocasia Xanthosoma Variegata, antara jenis bunga keladi beracun 

Anda mungkin mengenali tumbuhan ini dengan nama glamornya, pokok Mickey Mouse. Sama seperti caladium, setiap bahagian pokok ini juga mengandungi hablur kalsium oksalat yang kecil.

Jika mana-mana bahagian tumbuhan dikunyah ia boleh menyebabkan kerengsaan pada bibir, mulut, lidah dan tekak.

Walaupun jarang berlaku, loya, muntah, cirit-birit, dan kesukaran menelan turut merupakan antara kesan sampingan selepas menelan tumbuhan dengan kristal oksalat.

Gejala yang dialami biasanya berkembang dengan cepat dan boleh bertahan sehingga setengah hari.

Peace lily

Peace lily atau nama botaninya Spathiphyllum cochlearispathum, dicirikan oleh daun lebar yang panjang dan bunga putih yang cantik.

Pokok bunga ini amat mudah dijaga, dapat bertahan dalam cahaya yang kurang serta hebat dalam menyingkirkan toksin dalaman seperti formaldehid, benzena dan juga trichloroethylene, daripada udara.

Namun malangnya, tumbuhan ini beracun kepada manusia dan juga haiwan peliharaan. 

Ia boleh menyebabkan bengkak pada bibir, mulut dan lidah, rasa mual, muntah dan cirit-birit serta kesukaran menelan pada manusia.

Manakala pada haiwan peliharaan pula boleh mengakibatkan kesan terbakar dan kerengsaan teruk pada mulut, bibir dan lidah bersama kesukaran menelan.

Baca juga:

Snake Plant, salah satu bunga keladi beracun

Pokok hiasan rumah ini biasanya dikenali sebagai pokok Lidah Mentua atau nama saintifiknya Sansevieria trifasciata. Ia boleh dikenali dengan daun berbentuk pedang malar hijau yang tumbuh tegak dan seakan daun tiruan.

Tumbuhan ini menjadi pilihan kerana mudah dijaga dan hanya memerlukan sedikit air untuk terus hidup.

Pun begitu, tumbuhan ini bersifat toksik jika termakan. Daunnya mengandungi racun yang boleh menyebabkan bengkak dan kebas pada lidah jika dimakan dalam dos yang besar.

Justeru, adalah pilihan sangat bijak untuk menjauhkan tumbuhan ini daripada kanak-kanak dan haiwan yang cenderung gemar menggigit.

bunga keladi beracun

Devil’s ivy 

Tumbuhan devil’s ivy atau pokok pothos ini amat mudah dibiak dan dijaga. Tetapi ia dianggap sebagai tumbuhan toksik, berbahaya dan beracun untuk manusia dan haiwan.

Daun dan batang tumbuhan ini boleh menyebabkan kerengsaan terbakar yang teruk pada mulut, tekak dan perut jika tertelan.

Bagi haiwan juga boleh mengalami keadaan yang sama bersama air liur berlebihan, muntah dan kesukaran menelan.

Tiada salahnya untuk menanam pokok hiasan di dalam rumah mahupun di luar rumah. Tetapi harus pastikan ia selamat dan tidak beracun terutamanya jika di dalam rumah terdapat anak kecil atau memiliki haiwan peliharaan. Berhati-hatilah. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Public Health Malaysia Facebook. https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/3111400822483102, Accessed on May 21, 2022
  2. Dieffenbachia and Philodendron. https://www.poison.org/articles/dieffenbachia-and-philodendron-202#, Accessed on May 21, 2022
  3. Peace lily (Spathiphyllum). https://www.childrens.health.qld.gov.au/poisonous-plant-peace-lily-spathiphyllum/, Accessed on May 21, 2022
  4. Are Plants in the Alocasia  Genus Poisonous? https://www.poison.org/articles/are-plants-in-the-alocasia-genus-poisonous-221, Accessed on May 21, 2022 
  5. Toxic Plants (by scientific name). https://ucanr.edu/sites/poisonous_safe_plants/Toxic_Plants_by_Scientific_Name_685/, Accessed on May 21, 2022 
  6. Hedera helix. https://plants.ces.ncsu.edu/plants/hedera-helix/, Accessed on May 21, 2022
  7. Cantik Dalam Rumah, Rupanya Jangan Letak Pokok Ini Sebab Beracun Dan Bahaya. https://www.pesonapengantin.my/cantik-dalam-rumah-rupanya-jangan-letak-pokok-ini-sebab-beracun-dan-bahaya/, Accessed on May 21, 2022
  8. Awas 5 Pokok Hiasan Ini Mampu memudaratkan Anak Anda. https://www.impiana.my/awas-5-pokok-hiasan-ini-mampu-memudaratkan-anak-anda/, Accessed on May 21, 2022

Versi Terbaru

06/12/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Jari Tangan Dan Kaki Selalu Berkedut Selepas Mandi Kolam? Ini Fakta Sains Ia Terjadi!

Hipoksia Otak: Simptom, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan & Cara Cegah


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan