home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sindrom Kulit Lecur Stafilokokus, Menyerupai Kulit Terbakar

Sindrom Kulit Lecur Stafilokokus, Menyerupai Kulit Terbakar

Apa itu sindrom kulit lecur Stafilokokus?

Sindrom kulit lecur Stafilokokus atau Staphylococcal scalded skin syndrome (SSSS) adalah jangkitan kulit yang serius oleh bakteria Staphylococcus aureus (S. aureus).Bakteria ini menghasilkan toksin eksfoliatif yang menyebabkan lapisan luar kulit melepuh dan menggelupas, seolah-olah mereka disiram dengan cecair panas.

Penyakit jarang ini yang juga dikenali sebagai penyakit Ritter menjejaskan sehingga 56 orang daripada 100,000. Ini paling biasa pada bayi dan kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.

Kanak-kanak di bawah usia dua tahun lebih berisiko untuk mendapat jangkitan S. aureus kerana sistem imun dan buah pinggang yang kurang matang untuk memproses serta membuang toksin.

Penyebaran SSSS

Jangkitan yang timbul daripada bakteria Staphylococcal menghasilkan dua jenis toksin iaitu toksin epidermolitik A dan B. Kajian terbaru melaporkan bahawa kira-kira 15-40% orang membawa S. aureus di dalam kulit mereka tanpa sebarang tanda dan simptom jangkitan.

Oleh itu, bayi yang mana sistem imun dan buah pinggang tidak berkembang berkemungkinan berisiko mendapat SSSS. Jarang sekali jangkitan SSSS berlaku pada orang dewasa, tetapi berkemungkinan kepada pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang, sistem imun tubuh dan beberapa masalah kronik lain.

Bakteria S. aureus dipindahkan dari seseorang kepada seseorang dengan cara berkongsi tuala atau dengan titisan batuk. Selain itu, orang yang membawa bakteria tetapi tidak mempunyai tanda dan simptom jangkitan juga boleh menyebarkan bakteria. Sumber S. aureus adalah organ tubuh termasuk tekak, telinga dan mata.

Tanda-tanda dan simptom SSSS

Pada amnya, permulaan simptom SSSS termasuk demam dan kemerahan pada seluruh permukaan kulit. Dalam masa 24 hingga 48 jam, lepuh dengan pengumpulan cecair terbentuk di seluruh badan. Kemudian, lepuh pecah dan kawasan yang dihasilkan muncul sebagai pembakaran. Kawasan permukaan kulit yang besar menggelupas atau tertanggal menunjukkan tanda-tanda pengelupasan atau pendeskuamaan (penanggalan luar epitelium, terutama dari kulit atau membran mukus dalam bentuk sisik atau kepingan kecil).

Kulit menggelupas dengan sentuhan lembut dan meninggalkan kawasan merah yang lembap sebagai kulit terbakar.

Simptom pada kulit

Di bahagian pangkal paha, ketiak, hidung dan telinga, cecair lepuh yang terkumpul kelihatan seperti kertas tisu. Ruam kulit merebak dengan cepat ke kaki dan sekitar bahu hingga pinggul (trunk) lain. Kawasan lampin bayi yang baru lahir adalah ruam kulit yang sangat biasa yang dikaitkan dengan SSSS. Selepas 24 jam jangkitan, permukaan kulit menggelupas dalam kepingan kecil, meninggalkan kawasan lembap dan kemerahan pada permukaan topikal. Simptom lain SSSS termasuk rasa sakit yang sengit di sekitar kawasan jangkitan, kelemahan, kelesuan dan dehidrasi.

Diagnosis SSSS

Diagnosis SSSS biasanya dilakukan melalui ujian klinikal dan melihat sejarah perubatan anda.

Oleh kerana simptom SSSS boleh menyerupai gangguan kulit yang lain seperti ekzema tertentu, doktor anda boleh melakukan biopsi kulit untuk diagnosis yang lebih pasti. Mereka juga boleh mengarahkan ujian darah dan pengambilan sampel tisu di bahagian dalam tekak dan hidung.

Rawatan SSSS

Dalam kebanyakan kes, rawatan biasanya akan memerlukan kemasukan ke hospital kerana mempunyai kelengkapan yang cukup untuk merawat keadaan ini.

Rawatan umumnya terdiri daripada:

  • Antibiotik oral atau intravena untuk membersihkan jangkitan
  • Ubat sakit
  • Krim untuk melindungi kulit yang terdedah

Ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs) tidak digunakan kerana ia boleh memberi kesan negatif ke atas buah pinggang dan sistem imun.

Anda disarankan untuk meminum banyak cecair kerana lecur dan lecet menyebabkan dehidrasi. Penyembuhan biasanya bermula 24 hingga 48 jam selepas rawatan dimulakan, manakala pemulihan penuh hanya berlaku pada lima hingga tujuh hari kemudian.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Staphylococcal Scalded Skin Syndrome https://rarediseases.org/rare-diseases/staphylococcal-scalded-skin-syndrome/ Accessed on Mac 08, 2019.

A Systemic Review on Staphylococcal Scalded Skin Syndrome (SSSS): A Rare and Critical Disease of Neonates https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5012080/ Accessed on Mac 08, 2019.

Scalded Skin Syndrome https://www.healthline.com/health/scalded-skin-syndrome Accessed on Mac 08, 2019.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada [date}
x