backup og meta

Telinga Tiada Cuping Tanda Tak Normal? Ini 2 Jenis Cuping Telinga Lazim Manusia

Telinga Tiada Cuping Tanda Tak Normal? Ini 2 Jenis Cuping Telinga Lazim Manusia

Adakah anda tahu atau perasan jika jenis cuping telinga manusia itu mungkin tidak sama bagi masing-masing? Hal ini bukan perkara yang pelik kerana sudah lumrah kita memang lahir dengan variasi tersendiri!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

Ada berapa jenis cuping telinga yang normal?

Sama seperti mata, hidung, bibir dan lain-lain anggota pada tubuh badan, telinga juga mempunyai fitur unik di mana ia mungkin tampak berbeza bergantung kepada individu yang boleh anda lihat melalui jenis cupingnya.

Apa yang agak menarik, ramai orang sangka bahawa cuping tidak punya fungsi utama sedangkan ia amat penting untuk mengumpulkan, menghalakan serta menguatkan bunyi kepada sistem pendengaran manusia.

Selain daripada fungsinya, jenisnya juga mungkin menarik kerana ia tidak sama bagi setiap orang akibat genetik. Allele merupakan nama gen yang wujud di dalam kromosom bagi menentukan jenis cuping individu.

cuping telinga
Sumber: The Private Ear Clinic

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 jenis cuping yang normal serta lazim dimiliki oleh manusia iaitu:

  1. Cuping tidak melekap – Merupakan jenis paling umum, ia terbentuk gara-gara gen allele yang dominan.
  2. Cuping yang melekap – Merupakan jenis jarang terjadi, ia terpengaruh daripada gen allele tidak dominan.

Meskipun aspek genetik akan mempengaruhi jenis cuping anda, namun ia tidak bermakna individu akan memiliki telinga yang sama seperti ibu bapa atau adik-beradik kerana ia turut bergantung pada reaksi gen ini di dalam kromosom.

Keadaan yang boleh mempengaruhi bentuk cuping!

Pun begitu, wujud beberapa kondisi atau penyakit yang akan mempengaruhi bentuk cuping telinga individu di mana ia boleh memicu perubahan jauh lebih ketara berbanding sama ada cuping itu melekap atau tidak.

cuping telinga

Selain faktor genetik, penyakit-penyakit di bawah ini juga boleh memberi kesan kepada cuping telinga individu:

#1. Sindrom Down

Sindrom Down merupakan kondisi yang berlaku angkara kewujudan kromosom berlebihan. Umumnya, manusia cuma memiliki 46 kromosom berbanding 47 kromosom untuk individu dengan sindrom ini.

Kromosom ekstra tadi pula bakal mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan. Antara ciri khas yang lazim dimiliki oleh mereka adalah mempunyai telinga besar, leher kecil dan muka leper.

#2. Sindrom Turner

Hanya boleh terjadi kepada kaum wanita, Sindrom Turner adalah antara kondisi amat jarang berlaku gara-gara kurang satu atau sebahagian daripada jumlah kromosom X kedua yang sepatutnya mesti ada.

Dipercayai bahawa ketidaknormalan kromosom ini adalah gara-gara kecacatan atau kegagalan daripada sel reproduktif ibu bapa lantas membawa ciri-ciri seperti telinga, tulang atau buah pinggang abnormal.

#3. Sindrom Beckwith-Wiedemann

Perubahan pada bentuk telinga juga mungkin boleh berlaku angkara Sindrom Beckwith-Wiedemann (BWS) yang akan memicu modifikasi pada tubuh badan di mana sebahagian anggota badan akan membesar.

Dikatakan sebagai penyakit keturunan, malangnya hingga kini ia masih tiada sebarang ubatan atau rawatan efektif.

Bagaimana pula jika wujud biji di dalamnya?

Segelintir individu mungkin pernah rasa seperti ada biji dalam cuping telinga yang biasa dianggap sebagai jerawat atau sebarang masalah pada kulit yang lain. Ya, anda mungkin tidak salah tentang perkara itu!

cuping telinga

Menurut Dr Nur Syuhada dari laman doctoroncall.com, berikut mungkin beberapa punca masalah ini berlaku:

  • Jerawat
  • Kelenjar bengkak
  • Gumpalan tisu
  • Benjolan lemak
  • Keloid
  • Sista
  • Nanah

Di antara sebab-sebab di atas ini, anda mungkin mengalami salah satu atau beberapa masalah secara serentak. Punca yang telah dinyatakan ini juga agak umum dan anda masih lagi perlu pemeriksaan klinikal.

Apa yang lebih membimbangkan, wujud juga risiko bahawa biji itu merupakan indikator awal kepada masalah jauh lebih besar termasuk kanser, walaupun potensi tersebut mungkin tidaklah begitu besar.

Konklusinya, cuping wujud dalam 2 jenis yang utama yakni yang melekap serta tidak melekap. Kalau anda ada sebarang penyakit pula, bentuk telinga turut boleh terpengaruh akibat keabnormalan pada gen dalam tubuh badan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Genetics of Earlobes, https://www.news-medical.net/health/Genetics-of-Earlobes.asp, Accessed Feb 14 2023.
  2. Ear Sort, https://www.exploratorium.edu/snacks/ear-sort, Accessed Feb 14 2023.
  3. How can parents with attached earlobes have a child with unattached?, https://www.thetech.org/ask-a-geneticist/ask372, Accessed Feb 14 2023.
  4. Benign Ear Cyst, https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/ear-and-temporal-bone-tumor, Accessed Feb 14 2023.
  5. Ear Problems, https://familydoctor.org/symptom/ear-problems/, Accessed Feb 14 2023.

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Antara 'Earphone' Dengan 'Headphone', Yang Mana Lebih Baik Untuk Telinga?

Risaunya Kalau Ada Nanah Keluar Dalam Telinga, Ini Tanda Gegendang Pecah?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan