Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Ambil Darah, IV Drip & Cucuk Ubat Masa Puasa, Batal Puasa Ke Tak?
Persoalan cucuk ubat batal puasa atau tidak sering menjadi kekeliruan ramai kerana ia melibatkan aspek kesihatan dan hukum puasa. Secara asasnya, suntikan yang tidak memberikan tenaga atau tidak masuk melalui rongga terbuka tidak membatalkan puasa menurut pendapat fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Namun, terdapat beberapa keadaan rawatan perubatan yang perlu perhatian khusus. Untuk memahaminya, mari kita lihat situasi kesihatan sewaktu berpuasa dan hukum-hukum yang berkait.
Untuk memudahkan anda, penjelasan berikut disusun mengikut persoalan yang sering ditanya agar anda dapat berpuasa dengan yakin dan selamat.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klikdi sini.
Adakah makan ubat batal puasa?
Ya. Mengambil ubat melalui mulut, sama ada berbentuk pil, sirap, atau ubat yang ditelan, membatalkan puasa kerana ia masuk ke dalam rongga badan dan memberi nutrisi.
Namun, terdapat bentuk rawatan lain yang tidak membatalkan puasa, contohnya:
Inhaler untuk asma (khilaf, tetapi dibenarkan oleh ramai mufti kerana gas tidak mengandungi jisim)
Suntikan bukan nutrisi (dibincangkan lebih lanjut di bawah)
Adakah batal puasa jika ambil darah?
Suntikan pengambilan darah untuk tujuan ujian darah.
Hukum ambil darah tidak sama situasinya dengan hukum cucuk ubat batal puasa atau tidak.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mengambil darah untuk ujian darah tidak membatalkan puasa kerana ia tidak memasukkan apa-apa bahan ke dalam badan; sebaliknya ia mengeluarkan darah.
Tetapi diingatkan:
Jika pengambilan darah menyebabkan lemah melampau hingga memudaratkan, pesakit boleh berbuka.
Ambil darah dalam jumlah kecil adalah selamat dan lazim dilakukan ketika puasa.
Adakah menderma darah membatalkan puasa?
Hukum menderma darah ketika puasa sama seperti mengeluarkan darah dalam jumlah besar: tidak membatalkan puasa, tetapi boleh melemahkan tubuh secara ketara.
Ini kerana suntikan-suntikan seperti di atas tidak masuk ke rongga terbuka dan tidak memberikan nutrisi.
Suntikan yang membatalkan puasa:
Suntikan berkhasiat atau berkalori
Suntikan ke dalam pembuluh darah yang bertindak sebagai makanan/tenaga
Suntikan yang sampai terus ke rongga dalaman secara sengaja
Kesimpulan hukum perubatan:
Jika suntikan tersebut memberi tenaga seperti makanan walaupun dalam bentuk cecair, atau masuk ke rongga melalui saluran yang bersambung ke perut, ia membatalkan puasa. Jika tidak, hukumnya sah.
Antara tanda-tanda dehidrasi sewaktu bulan puasa.
Kesimpulan
Soalan cucuk ubat batal puasa atau tidak bergantung pada jenis rawatan dan tujuan suntikan itu diberikan.
Secara umumnya, suntikan yang tidak memberikan nutrisi tidak membatalkan puasa.
Dalam masa sama, amalan perubatan seperti ambil darah, derma darah, atau rawatan IV tertentu mempunyai hukum berbeza yang perlu difahami.
Perkara yang paling penting, kesihatan sentiasa diutamakan dalam Islam. Jika rawatan diperlukan, anda dibenarkan berbuka.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penggunaan Ubat-Ubatan di Bulan Puasa. https://jknselangor.moh.gov.my/hkkb/phocadownload/Buletin/Buletin012017.pdf. Diakses Disember 9, 2025.
Irsyad Hukum Khas Ramadhan #60: Hukum Berbekam & Menderma Darah Ketika Berpuasa. https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-ramadhan/1058-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-60-hukum-berbekam-menderma-darah-ketika-berpuasa?templateStyle=16. Diakses Disember 9, 2025.
Derma darah boleh diteruskan pada bulan Ramadan. https://upm.edu.my/berita/derma_darah_boleh_diteruskan_pada_bulan_ramadan-66328. Diakses Disember 9, 2025.
Al-Kafi #300 : Penggunaan Drip Bagi Pesakit Denggi Ketika Berpuasa. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1170-al-kafi-300-penggunaan-drip-bagi-pesakit-denggi-ketika-berpuasa. Diakses Disember 9, 2025.
Irsyad Hukum Edisi Khas Ramadan Siri Ke 274: Hukum Rawatan Iv Drip Bagi Pesakit Di Siang Ramadan. https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-khas-ramadhan-cat/6172-irsyad-hukum-edisi-khas-ramadan-siri-ke-274-hukum-rawatan-iv-drip-bagi-pesakit-di-siang-ramadan. Diakses Disember 9, 2025.
Versi Terbaru
27/01/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim