Semua orang tahu mereka perlu mendapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya setahun sekali, tetapi berapa ramai yang melakukannya? Lagipun jika gigi tidak sakit, tiada keperluan berjumpa doktor gigi, bukan?
Semua orang tahu mereka perlu mendapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya setahun sekali, tetapi berapa ramai yang melakukannya? Lagipun jika gigi tidak sakit, tiada keperluan berjumpa doktor gigi, bukan?

Malangnya, terlalu ramai yang merasakan begitu sehingga menyebabkan masalah kecil menjadi isu yang lebih besar.
Akhirnya, apabila kebanyakan orang dewasa terpaksa berjumpa doktor gigi, mereka sebenarnya sudah dalam kesakitan yang teramat atau berhadapan masalah untuk berfungsi.
Jika ingin tahu mengapa anda perlu mendapatkan pemeriksaan gigi berkala, baca sehingga ke penghujung artikel.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Ramai yang enggan berjumpa dengan doktor gigi dan menganggap ia bukanlah sesuatu perkara yang penting.
Sebenarnya, pemeriksaan gigi dapat membantu menjaga kesihatan gigi dan membolehkan doktor untuk melihat jika ada sebarang masalah pergigian yang terjadi.
Tindakan pemulihan yang terperinci juga akan dilakukan oleh doktor gigi. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada mengalami kesakitan yang lebih teruk dan mengeluarkan kos rawatan yang lebih besar.
Selain kerosakan gigi, penyakit gusi juga lazim berlaku dalam kalangan orang dewasa, termasuklah orang yang lebih tua yang boleh menyebabkan gigi mereka menjadi longgar dan kehilangan banyak gigi.
Menurut Dekan Fakulti Pergigian IMU University, Profesor Seow Liang Lin, ramai kanak-kanak yang mewarisi perasaan fobia untuk berjumpa dengan doktor gigi daripada ibu bapa mereka sendiri.
Ini menjadikan kitaran itu berlanjutan dan boleh memudaratkan kesihatan mulut di kalangan semua peringkat usia, tambahnya lagi.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata, karies awal kanak-kanak (ECC) adalah sesuatu yang biasa di kalangan bayi dan anak-anak kecil.
Begitu juga isu gigi rosak dalam kalangan kanak-kanak lebih berusia dan remaja, yang lebih cenderung makan makanan diproses, kudapan dan minuman bergula.
Semua itu menyumbang kepada kerosakan gigi, terutama apabila mereka kerap mengudap sehingga meningkatkan pengeluaran asid di dalam mulut.
Di Malaysia, karies awal kanak-kanak menjadi cabaran utama di kalangan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

Dalam tinjauan kesihatan mulut kebangsaan terakhir yang dijalankan pada tahun 2015 terhadap kanak-kanak pra-sekolah, kekerapan berlakunya karies adalah 71.3%.
Satu lagi kajian menunjukkan 63.4% daripada kanak-kanak pra-sekolah mempunyai sekurang-kurangnya satu gigi yang rosak.
Kanak-kanak mula tumbuh gigi ketika berusia dalam enam bulan. Ibu bapa sepatutnya sudah mula membiasakan anak mereka untuk melakukan pemeriksaan gigi ketika mereka berusia satu tahun.
Ini dapat membantu doktor gigi untuk menegaskan kepada ibu bapa mengenai penjagaan gigi yang betul yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan gigi dan gusi anak mereka.
Ia turut membantu pengesanan awal dan boleh menyelamatkan anak daripada kesakitan yang teruk, ketidakselesaan dan sebarang masalah seperti maloklusi gigi, jelas Profesor Seow.
Untuk makluman anda, maloklusi gigi adalah keadaan di mana berlakunya keabnormalan pada jajaran gigi iaitu gusi dan gigi tidak sejajar.
Bagi orang dewasa, tidak terlambat untuk memulakan perjalanan ke arah kesihatan mulut yang lebih sihat, kata Profesor Seow.
Jika selama ini anda menjauhkan diri dari pemeriksaan gigi, cubalah bawa sekali seorang kawan yang dapat memberikan sokongan atau mungkin merancang untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri usai melakukan pemeriksaan gigi.
Profesor Seow turut mengingatkan orang dewasa untuk lebih proaktif dengan menjadikan pemeriksaan gigi sebagai satu tabiat gaya hidup.
Ini kerana keadaan yang kronik dan faktor-faktor lain akan memberikan kesan kepada kesihatan mulut dan kebarangkalian memerlukan perjumpaan yang lebih kerap.
Ini termasuklah:

Menurut Profesor Seow, adalah penting untuk anda mencari doktor gigi yang anda boleh percayai dan membuat anda berasa selesa.
Seiring masa, ketakutan dan kebimbangan pesakit akan dapat ditangani melalui pendidikan dan komunikasi yang kerap. Mereka akan lebih mudah menerima bimbingan selepas itu.
Profesor Seow juga menggalakkan ibu bapa untuk menjadi suri teladan kepada anak-anak dan berusaha untuk menangani sebarang trauma peribadi yang menghalang anda dan anak anda daripada mendapatkan pemeriksaan gigi.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
16/10/2024
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor