backup og meta

Larian Amal Heart Heroes 2024 Berjaya Kumpul RM40,000 Untuk Penyakit Jantung Kongenital

Larian Amal Heart Heroes 2024 Berjaya Kumpul RM40,000 Untuk Penyakit Jantung Kongenital

Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YJKM) dengan kerjasama Persatuan Jantung Pediatrik Malaysia (MPCS), secara julung kalinya menganjurkan larian amal – Heart Heroes Charity Run 2024.

Acara larian amal sulung yang diadakan pada 18 Ogos 2024 di Arena Universiti Malaya (UM) ini telah menarik sekitar 700 peserta dan berjaya mengumpul RM40,000 untuk membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital (CHD).

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Heart Heroes Charity Run 2024 mengumpul RM40,000 untuk penghidap penyakit jantung kongenital

larian amal
Peserta Heart Heroes Charity Run 2024.

1 daripada setiap 100 bayi mengalami penyakit jantung kongenital, kecacatan lahir yang paling lazim di seluruh dunia.

Di Malaysia sahaja, kira-kira 5,000 bayi dilahirkan dengan CHD setiap tahun. Keadaan kesihatan dengan kelainan struktur jantung ini menimbulkan cabaran hidup yang signifikan kepada bayi.

Walaupun punca sebenar tidak diketahui, namun prosedur pembedahan yang berkesan boleh meningkatkan kualiti hidup secara drastik, dengan hampir 3,000 individu memerlukan sekurang-kurangnya satu pembedahan jantung sepanjang hayat mereka.

“Kami telah merancang larian amal ini untuk sekian lama, kami amat gembira dapat merealisasikan larian kemasyarakatan ini dengan sokongan semua rakan kerjasama kami. Kami berharap dapat mengumpul lebih banyak dana untuk pesakit CHD pada masa akan datang dan membuat perbezaan nyata dalam hidup mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Jantung Kongenital Malaysia dan Pengerusi Bersama Heart Heroes Run, Eric Tan Chin Zhia.

Heart Heroes Charity Run 2024 membuka larian amal 5km dan 1.2km, yang sesuai untuk peserta dari semua peringkat umur dan tahap kecergasan.

Selain daripada larian amal, acara ini juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pemeriksaan gigi percuma dan aktiviti khas untuk kanak-kanak. Ini dapat membantu mewujudkan suasana yang meriah dan mesra keluarga.

Keberhasilan larian amal 2024 ini turut dibantu oleh pelbagai penaja seperti:

  • Le Meridien Putrajaya Hotel
  • Be Pharmacy
  • Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL)
  • DHL Global Forwarding, TDC Group
  • Thomson Hospital Kota Damansara
  • Mead Johnson Nutrition
  • Dimensi Tenaga
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Farm Fresh Malaysia
  • Hello Doktor
  • Paragon Vest
  • F&N Malaysia
  • Nestlé Malaysia
  • T5Dennisf

Sumbangan mereka sangat penting dalam menjayakan acara ini.

Kebaikan larian amal ini adalah dana yang dikumpul akan disalurkan kepada program Pembedahan Jantung Kongenital YJKM untuk semua yang menyediakan pembiayaan penting untuk pembedahan pembetulan untuk kanak-kanak, dari keluarga kurang berkemampuan.

Selain itu, wang tersebut akan meningkatkan perkhidmatan kardiologi pediatrik dan menawarkan bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah yang terjejas oleh CHD di seluruh Malaysia.

Acara ini juga berjaya meningkatkan kesedaran awam tentang penyakit jantung kongenital dan mengukuhkan peranan YJKM sebagai penyokong utama pesakit CHD dan keluarga mereka.

Yayasan Jantung Kongenital Malaysia berdedikasi untuk memperbaiki kehidupan golongan yang terjejas oleh penyakit jantung kongenital.

larian amal
Kelebihan mandi air panas.

Inisiatif yayasan adalah termasuk menaja pembedahan jantung untuk keluarga B40 dan menyediakan peralatan perubatan penting kepada pusat jantung tempatan.

Sehingga kini, YJKM telah melabur lebih daripada RM500,000 untuk menyokong pesakit CHD, mencerminkan komitmen mendalam mereka terhadap tujuan penting ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, sukarelawan dan penyokong yang telah menyumbang kepada kejayaan larian amal 2024 ini. Penglibatan dan keprihatinan anda dalam larian kemasyarakatan ini akan memberikan kesan yang berkekalan dalam banyak kehidupan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program YJKM atau untuk membuat derma, sila layari https://mycongenitalheart.org/ atau emel di [email protected].

Kami menyeru orang ramai untuk terus menyokong misi YJKM. Bersama-sama, kita boleh membuat perbezaan yang bermakna dalam perjuangan melawan penyakit jantung kongenital.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Congenital Heart Defects in Children. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/congenital-heart-defects-children/symptoms-causes/syc-20350074. Accessed on August 23, 2024.

5 Essential Facts About Congenital Heart Disease. https://childrensheartlink.org/congenital-heart-disease-facts/. Accessed on August 23, 2024.

Symptoms and Diagnosis of Congenital Heart Defects. https://www.heart.org/en/health-topics/congenital-heart-defects/symptoms–diagnosis-of-congenital-heart-defects. Accessed on August 23, 2024.

Congenital Heart Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21674-congenital-heart-disease. Accessed on August 23, 2024.

Congenital Heart Defects. https://kidshealth.org/en/parents/if-heart-defect.html. Accessed on August 23, 2024.

Versi Terbaru

26/08/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Tanda Serangan Jantung Yang Boleh Muncul SEBULAN SEBELUM Ia Berlaku!

Ini 13 Tanda Awal Kalau Jantung Ada Masalah, Semak Jika Anda Pernah Alaminya…


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 26/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan