backup og meta

A. Menarini, Farmasi Caring & ACT4Health Jalin Kerjasama Wujudkan Ujian Saringan Awal MCI

A. Menarini, Farmasi Caring & ACT4Health Jalin Kerjasama Wujudkan Ujian Saringan Awal MCI

Saat meniti hari tua, ada kemungkinan fungsi kognitif kita akan semakin menurun. Ini termasuklah kemerosotan kognitif ringan, yang juga dikenali sebagai Mild Cognitive Impairment (MCI). Apabila perkembangan kognitif semakin menurun, ia boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang individu secara menyeluruh.

Penghidap MCI kebiasaannya akan mengalami kesukaran untuk membentuk kata-kata, kurang tumpuan dan mempunyai daya ingatan yang lemah.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai MCI dan cara untuk merawatnya? Jom baca artikel ini sehingga tamat!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Memahami maksud dan fungsi kognitif

Apa itu kognitif?

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi mengenai Mild Cognitive Impairment, adalah lebih baik untuk anda mengetahui maksud apa itu kognitif terlebih dahulu.

Kognitif adalah fungsi yang digunakan oleh otak anda untuk berfikir, memberi perhatian, memproses maklumat dan mengingati perkara yang sentiasa membantu proses pemikiran dan pengekalan memori anda.

Beberapa fungsi kognitif ini termasuk perhatian berterusan, pemprosesan pendengaran dan memori jangka pendek. Fungsi-fungsi ini boleh digunakan secara serentak oleh otak anda untuk meningkatkan prestasi keseluruhannya.

Kajian menunjukkan bahawa fungsi kognitif boleh menurun sedikit seiring dengan peningkatan usia dan kondisi ini dikenali sebagai Mild Cognitive Impairment (MCI).

Kebiasaannya, individu yang berumur 60 tahun ke atas mungkin memerlukan bantuan untuk menumpukan perhatian dan kemungkinan akan menghadapi kesukaran dalam mengekalkan daya ingatan mereka.

Walaupun terdapat penurunan kognitif, individu dengan MCI masih mampu menjalankan aktiviti harian mereka seperti bekerja dan menguruskan diri sendiri.

MCI adalah tanda awal yang penting untuk diambil perhatian kerana ia boleh menjadi petunjuk kepada perkembangan masalah kognitif yang lebih serius seperti demensia.

Jika anda mempunyai tanda-tanda MCI, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Kepentingan saringan awal terhadap MCI

fungsi kognitif
Visual Cognitive Assessment Test (VCAT) di lokasi-lokasi terpilih Farmasi Caring.

Tidak dinafikan, masih wujud lagi stigma masyarakat yang menganggap bahawa MCI ini adalah salah satu tanda penuaan normal. Hakikatnya, ramai warga emas yang meniti usia tanpa penyakit ini.

A. Menarini bersama Farmasi Caring Malaysia dan ACT4Health Sdn Bhd telah memulakan kempen ⁠Catch Mild Cognitive Impairment Early: Act Now, Remember More untuk mendorong saringan awal bagi menangani masalah kemerosotan fungsi kognitif ringan, Mild Cognitive Impairment.

Usaha ini telah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk membuat saringan awal bagi memperlahankan perkembangan kognitif MCI.

Kini, setiap individu boleh membuat ujian saringan awal MCI atau juga dikenali sebagai Visual Cognitive Assessment Test (VCAT) di lokasi-lokasi terpilih Farmasi Caring di Malaysia.

Ujian ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang Mild Cognitive Impairment dan membantu mereka untuk menilai risiko MCI.

Jika diperlukan, ujian ini memungkinkan diagnosis dan intervensi awal dilakukan.

VCAT melibatkan beberapa siri tugasan visual dan kognitif untuk mengukur aspek-aspek fungsi kognitif, seperti daya ingatan dan tahap tumpuan setiap individu.

Tugasan tersebut termasuklah pengecaman corak, penaakulan spatial, mengingat memori kembali dan membuat keputusan.

Setelah ujian selesai, keputusan ujian individu akan dianalisis untuk memberi gambaran mengenai status kesihatan kognitif mereka dan menentukan sama ada penglibatan profesional kesihatan diperlukan.

“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil peluang ini untuk menjalani ujian VCAT secara percuma di cawangan Caring Pharmacy terpilih selama 15 minit sahaja,” kata Eksekutif Latihan Kanan/Ahli Farmasi, Bu Min Yee.

“Walaupun kita boleh membuat perubahan dengan menjalani gaya hidup sihat, adalah penting juga untuk kita melakukan pemeriksaan yang sewajarnya dengan ahli profesional penjagaan kesihatan yang betul untuk mengesan sebarang gejala awal dan menerima perubatan yang sesuai,” kata Pengarah Komersial A. Menarini Singapore Pte Ltd (cawangan Malaysia), Josie Ong.

Semak ketersediaan ujian dan lokasi Farmasi CARING di sini untuk mendapatkan ujian saringan kognitif ringan (MCI) anda.

penyakit alzheimer
Perbezaan penuaan normal dan penyakit Alzheimer.

Wujudkah cara lain untuk mengurangkan risiko MCI?

Mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat membantu mengurangkan risiko dan memperlambat perkembangan kognitif ringan.

Menurut Perunding Perubatan Geriatrik, Pengasas dan Pengarah Urusan ACT4Health Sdn Bhd iaitu Profesor Dr Tan Maw Pin, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk menjaga kesihatan kognitif seperti berikut:

  • Amalkan diet seimbang: Ambil makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein tanpa lemak
  • Makanan omega-3: Masukkan ikan berlemak seperti salmon, tuna dan sardin, serta kacang walnut ke dalam diet harian
  • Banyakkan aktiviti fizikal dan senaman: Aktiviti seperti berjalan, berlari, berenang atau berbasikal dapat meningkatkan aliran darah ke otak
  • Permainan latihan kognitif: Permainan seperti teka silang kata, padanan kad memori dan belajar kemahiran baru dapat merangsang perkembangan otak
  • Teknik relaksasi: Praktikkan teknik relaksasi seperti meditasi, yoga atau teknik pernafasan secara mendalam

Kesimpulan

Pengesanan Mild Cognitive Impairment (MCI) pada peringkat awal adalah penting kerana ia dapat mencegah masalah penurunan fungsi kognitif daripada menjadi tahap yang lebih serius.
Dengan diagnosis awal, individu boleh mengambil langkah untuk memperlahankan atau mengelak masalah fungsi kognitif ringan ini daripada berkembang menjadi masalah demensia.
Jadi, jangan bertangguh dan malu untuk membuat saringan awal ujian MCI anda sekarang!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kemorosotan Kognitif Ringan. http://myhealth.moh.gov.my/kemorosotan-kognitif-ringan/. Accessed on 7th July, 2024.

Mild Cognitive Impairment. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17990-mild-cognitive-impairment. Accessed on 7th July, 2024.

What Is Mild Cognitive Impairment?. https://www.alzheimers.gov/alzheimers-dementias/mild-cognitive-impairment. Accessed on 7th July, 2024.

Mild Cognitive Impairment (MCI). https://www.alz.org/alzheimers-dementia/what-is-dementia/related_conditions/mild-cognitive-impairment. Accessed on 7th July, 2024.

Mild Cognitive Impairment: It’s Not ‘Normal’ Aging. https://www.yalemedicine.org/news/mild-cognitive-impairment. Accessed on 7th July, 2024.

Versi Terbaru

17/07/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

Tahap Demensia Yang Perlu Anda Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 17/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan