backup og meta

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (852): Wujudkan Masyarakat Sihat!

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (852): Wujudkan Masyarakat Sihat!

Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Ia telah berkuat kuasa pada 1 Oktober yang lalu.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kesalahan itu dikesan setelah 283 operasi khas selama lima hari berakhir Sabtu yang lalu. Ia telah melibatkan 4,481 penguatkuasa Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelasnya lagi, tindakan penguatkuasaan seperti mengenakan kompaun tidak dijalankan, tetapi sebaliknya hanya memberi amaran berbentuk literasi, pencerahan dan penjelasan.

Pun begitu, tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap 12 perokok atas kesalahan merokok di tempat larangan sepanjang operasi itu diadakan. Ini kerana, tindakan tegas tetap diambil mengikut peraturan yang sedia ada sebelum ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa itu Akta 852?

Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Akta 852, bukan?

Untuk makluman anda, akta ini merujuk kepada peruntukan bagi perkara yang melibatkan dengan kawalan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok demi kesihatan awam.

Ia juga ditubuhkan bagi melahirkan generasi baharu yang bebas daripada pengaruh apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, dan perkara yang berkaitan dengannya.

Akta 852 ini telah mula dikuatkuasakan 1 Oktober 2024.

Dalam Akta 852 ini, bahan merokok bermaksud apa-apa bahan atau secara gabungan bahan yang mengandungi propylene glycol, triethylene glycol atau glycerol.

Perkara penting dalam Akta 852

Berikut adalah beberapa perkara penting dan denda Akta 852 yang anda perlu tahu:

#1. Larangan pengiklanan produk tembakau

Fasal 7 dalam akta ini menyatakan tiada seorang pun boleh menerbitkan atau memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan apa-apa bentuk iklan suatu produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang mengandungi :

  • Produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau
  • Jenama atau cap dagang yang berhubungan dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau
  • Tawaran atau pelawaan untuk membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok
  • Mempromosikan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu sebagai suatu produk berhenti merokok

Pun begitu, bagaimana pula dengan denda Akta 852 ini?

Jika disabitkan kesalahan, orang tersebut (bukan suatu pertubuhan perbadanan) akan dikenakan:

  • Kesalahan pertama: didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya
  • Kesalahan kedua atau yang berikutnya: didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Namun, sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan:

  • Kesalahan pertama: didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
  • Kesalahan kedua atau yang berikutnya: didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
Merokok boleh membahayakan kesihatan.
Individu yang mempromosikan rokok akan dikenakan denda.

#2. Larangan penjualan produk tembakau

Menurut Fasal 10 akta ini, tiada seorang pun boleh menjual atau mempamer bagi penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau. Melainkan jika jualan atau pameran bagi penjualan itu mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan.

Sekiranya orang itu (bukan suatu pertubuhan perbadanan), denda Akta 852 adalah:

  • Kesalahan pertama: didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
  • Kesalahan kedua atau yang berikutnya: didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pun begitu, sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, denda Akta 852 pula adalah:

  • Kesalahan pertama: didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
  • Kesalahan kedua atau yang berikutnya: didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

#3. Larangan merokok orang yang lahir 1 Januari 2007 dan seterusnya

Larangan merokok orang yang lahir 1 Januari 2007 dan seterusnya
Individu yang dilahirkan 1 Januari 2007 dan seterusnya, dilarang merokok.

Fasal 18 dalam Akta 852 menyatakan tiada seorang pun yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya:

Mana-mana orang yang melanggar kesalahan ini boleh dikenakan hukuman Akta 852 atau denda iaitu tidak melebihi lima ratus ringgit (RM500). Atau, diperintahkan untuk melaksanakan suatu perintah khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-Kanak 2001.

Kesan Akta 852 terhadap masyarakat

Secara keseluruhan, Akta 852 memberi impak yang positif kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Ia juga menyokong usaha untuk mengurangkan tabiat merokok di negara ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. https://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2023/DR/DR%2025%20-%20BM.pdf. Diakses 16 Oktober 2024.
  2. Smoking. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17488-smoking. Diakses 16 Oktober 2024.
  3. The Effects of Smoking in Society. https://www.thewellnesscoalition.org/the-effects-of-smoking-in-society/. Diakses 16 Oktober 2024.
  4. Tobacco and the environment. https://truthinitiative.org/research-resources/harmful-effects-tobacco/tobacco-and-environment. Diakses 16 Oktober 2024.
  5. Health Effects of Vaping. https://www.cdc.gov/tobacco/e-cigarettes/health-effects.html. Diakses 16 Oktober 2024.

Versi Terbaru

17/10/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Hansaplast Menerajui Akses Penjagaan Luka Untuk Semua Menerusi Persidangan Pertolongan Cemas 2024

Sempena Hari Merdeka, Dettol Melangkah Lebih Jauh Dengan Inisiatif 'Selangkah Lebih, Selangkah Kasih'


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan