backup og meta

5 Suplemen Terbaik Untuk Wanita 40-an, Baru Boleh Kekal Sihat Di Usia Matang!

5 Suplemen Terbaik Untuk Wanita 40-an, Baru Boleh Kekal Sihat Di Usia Matang!

Bagaimana untuk mengetahui apakah antara suplemen terbaik untuk wanita 40an? Bagi kaum Hawa yang sudah lanjut usia dan hampir masuk separuh abad usia, pasti akan mula cari dan beli suplemen untuk wanita 40an agar tubuh badan kekal sihat lagi kuat.

Ini bertujuan agar mereka dapat lebih bersedia dan bersiap untuk memasuki usia yang akan jadi punca tubuh badan wanita lebih lemah berbanding ketika usia sebelumnya. Jom terus baca artikel ini untuk mengetahui jawapannya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Suplemen terbaik untuk wanita 40an: Persediaan untuk ke era 40an!

Tubuh badan individu itu ibarat sebuah jentera atau mesin dengan sistem serta fungsi yang akan mula merosot dan merudum prestasinya seiring dengan perjalanan waktu.

suplemen terbaik untuk wanita 40an

Bagi wanita yang sedang di dalam era 30-an, wajar siap siaga dengan lebih awal lagi sebelum masuk era 40-an agar tubuh badan kalian dapat mengadaptasi perubahan dengan baik.

Ini kerana di usia 40-an, tubuh badan wanita itu akan sangat hampir atau telah masuk di dalam kategori perimenopause – suatu tempoh sebelum terjadi kondisi menopause.

Maka mungkin akan berlaku banyak perubahan pada aspek fizikal dan mental wanita. Perkara yang anda mudah dan cepat lakukan sebelum ini, akan mula sukar dan lambat.

Dalam usaha untuk mengelak dan mencegah ia daripada jadi lebih teruk, kena ambil suplemen untuk wanita 40an!

Pemakanan masih lagi aspek paling penting!

Jangan pula salah faham ya, kami tidak kata bahawa suplemen adalah satu-satunya usaha yang anda perlu praktikkan kerana pemakanan masih lagi aspek yang paling penting.

Tiada suplemen terbaik untuk wanita 40an yang mampu ganti apa yang dibawa oleh makanan dan minuman. Oleh itu, wanita masih perlu untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang.

suplemen terbaik untuk wanita 40an

Ini kerana di usia perimenopause, hormon-hormon seperti estrogen dan progesteron akan mula merosot dan menjejaskan tubuh badan. Nutrien adalah kunci di dalam hal ini.

Apa yang anda perlu buat adalah jangan abaikan nutrien-nutrien penting seperti protein, karbohidrat dan lain-lain agar tenaga dalam tubuh badan anda dapat kekal di usia lanjut.

Di samping makanan dan minuman, wanita juga tidak boleh abaikan senaman untuk kekal sihat ya!

Apa suplemen terbaik untuk wanita 40an?

Apabila tiba di farmasi, suplemen untuk dalaman dan luaran wanita ini wajar dijadikan keutamaan buat anda:

#1. Asid lemak omega-3

Untuk pengetahuan anda semua, asid lemak yang juga wujud di dalam makanan laut seperti variasi jenis ikan, sangat penting untuk sel dan hormon di dalam tubuh badan wanita.

Omega-3 ini juga kaya dengan sifat antiradang sekali gus mampu mengurangkan risiko anda terkena kondisi kronik seperti arthritis, diabetes serta penyakit jantung dan otak.

Baca juga:

Suplemen untuk wanita 40an #2. Magnesium

Magnesium sangat penting untuk keseimbangan hormon seperti estrogen, progesteron dan tiroid. Ia juga sangat bagus diambil untuk mengurangkan atau mengelakkan stres.

Dalam pada itu, mineral ini juga sangat kritikal untuk tindak balas lebih daripada 300 jenis enzim di dalam tubuh badan. Magnesium bagus untuk anda ambil sebelum masuk tidur.

Suplemen terbaik untuk wanita 40an #3. Kalsium

Kalsium sudah tentu amat bagus dan penting untuk tulang. Ia mungkin lebih popular dalam kalangan kanak-kanak kerana mereka perlukan mineral ini untuk proses tumbesaran.

Pun begitu, ia bukan bermakna wanita yang sudah lanjut usia tidak perlu. Dengan ambil kalsium, risiko masalah tulang seperti osteoporosis mungkin akan jadi lebih rendah.

#4. Vitamin C

suplemen terbaik untuk wanita 40an

Vitamin ini penting untuk sistem imun, penghasilan kolagen, penyembuhan luka, penyerapan zat besi, selain juga bagus untuk peningkatan hormon yang penting untuk wanita.

Disebabkan sifatnya yang antioksidan, maka ia mempunyai kebolehan untuk menghalang molekul jahat atau radikal bebas daripada merosakkan tisu-tisu di dalam tubuh badan.

#5. Vitamin D

Vitamin sesuai untuk wanita 40-an ini juga popular dengan nama vitamin daripada sinar cahaya matahari, sangat penting untuk mengelakkan penyakit seperti diabetes dan kondisi kardiovaskular yang lain.

Bukan itu sahaja, variasi vitamin dari jenis D2 atau D3 ini juga mampu menggalakkan penghasilan hormon melatonin sekali gus mampu melancarkan kitaran waktu tidur anda.

Konklusinya, mungkin ada banyak lagi suplemen terbaik untuk wanita 40an yang lain. Dapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut daripada doktor atau pakar nutrisi yang berdekatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Advice to women about supplements — use selectively, https://www.health.harvard.edu/healthbeat/advice-to-women-about-supplement-use-selectively, Accessed Mar 2 2022.
  2. Vitamins and minerals for women, https://www.womenshealth.gov/healthy-eating/how-eat-health/vitamins-and-minerals-women, Accessed Mar 2 2022.
  3. Dietary Supplements for Older Adults, https://www.nia.nih.gov/health/dietary-supplements-older-adults, Accessed Mar 2 2022.
  4. Supplements for Women, https://www.simplysupplements.co.uk/womens-health, Accessed Mar 2 2022.
  5. Supplements For Mature Women, https://www.naturesbest.co.uk/supplements-for-mature-women/, Accessed Mar 2 2022.

Versi Terbaru

05/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

7 Perkara Kena Tahu Sebelum Ambil Suplemen Agar Buah Pinggang Terjaga!

Vitamin dan Suplemen Zat Besi Yang Sesuai Untuk Wanita Yang Alami Masalah Pendarahan Haid Dan Lain-Lain


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan