backup og meta

Senggugut: Adakah Kafein Memburukkan Lagi Keadaan?

Senggugut: Adakah Kafein Memburukkan Lagi Keadaan?

Bagi penggemar kafein, melangkau pengambilan harian kafein sudah pasti meresahkah. Apatah lagi apabila memikirkan keadaan dalam tempoh haid dan keinginan terhadap kafein. Tidak dinafikan kafein memberi manfaat tenaga sepanjang hari dengan pengambilannya setiap pagi. Namun, bagi wanita yang sedang haid ia boleh menyebabkan kesan negatif dan membuatkan hari anda lebih teruk, khususnya jika anda menghidap senggugut.

Kafein dan senggugut

Kafein telah disyaki menyumbang kepada kesakitan dan kekejangan haid kerana ia boleh bertindak sebagai pemvasocerut (vasoconstrictor) iaitu mengehadkan aliran darah yang boleh mengakibatkan kesakitan. Tetapi kesannya adalah sementara dan tidak lazim dalam pengguna kafein biasa.

Di samping itu, kafein terutamanya bertindak sebagai vasodilator, yang bermaksud ia meningkatkan aliran darah. Walaupun mengelakkan kafein adalah cadangan umum untuk mengurangkan kekejangan haid, terdapat beberapa penyelidikan yang menyokong saranan berkenaan.

Satu kajian yang diterbitkan dalam “Journal of Women’s Health” pada Julai-Ogos 2007 mengaitkan kafein dengan gangguan haid dan perubahan mood, tetapi bukan untuk kekejangan haid. Yang menarik, ubat-ubatan sindrom kekejangan haid dan pelepasan haid pelbagai simptom mengandungi kafein untuk meningkatkan tindakan bahan utama.

Kafein dan simptom kekejangan lain

Kopi, teh, coklat, minuman ringan dan minuman tenaga tertentu mengandungi kafein, dan bahan ini telah lama dianggap sebagai memburukkan lagi simptom haid tertentu. Menurut tinjauan dalam isu “Today’s Dietitian” pada Mac 2016, kafein telah dianggap memburukkan lagi gejala premenstrual kebimbangan, insomnia atau kerengsaan. Walau bagaimanapun, kajian yang diterbitkan dalam edisi Julai 2016 “American Journal of Nutrition Clinical” mengkaji kafein dan pengambilan kopi di lebih daripada 3600 wanita, dan mendapati tiada hubungan antara komponen diet dan simptom kesakitan payudara, kerengsaan dan keletihan, walaupun wanita minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari.

Langkah berjaga-jaga

Walaupun bagi sesetengah wanita kafein tidak menyumbang kepada kekejangan haid, naum bagi sesetengah orang sensitif terhadap kesan kafein mungkin perlu mengelakkan minuman berkafein. Di samping itu, kafein berlebihan boleh menyebabkan simptom seperti gangguan tidur, sakit kepala, kebimbangan dan berdebar-debar (degupan jantung yang kuat atau cepat).

Sekiranya anda memerlukan nasihat tentang cara mencegah atau menguruskan kekejangan haid, berbincang dengan doktor anda. Kekejangan haid kadang-kadang merupakan simptom masalah perubatan yang lebih serius, jadi doktor juga akan melihat sama ada kesakitan yang anda alami itu teruk atau menyebabkan gangguan terhadap aktiviti harian anda.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How Does Caffeine Affect Your Period? https://menstrual-cycle-calculator.com/how-does-caffeine-affect-your-period/ Accessed on July 20, 2018.

Caffeine and Menstrual Cramps https://www.livestrong.com/article/468150-caffeine-and-menstrual-cramps/ Accessed on July 20, 2018.

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Punca Sakit Pinggang Belakang Pada Wanita, Period Pun Boleh Jadi Sebab!

Selalu Sakit Punggung? Ini 7 Punca Utama Sakit Punggung Dalam Kalangan Wanita!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan