Semua wanita yang hidup di dunia ini akan mengalami menopaus dan tidak ada seorang pun yang terkecuali. Namun, seks semasa menopaus tidak sesekali akan tergugat ya!
Namun ini tidak bermakna lelaki boleh lari daripadanya kerana anda juga berkemungkinan mengalami andropaus.
Ketika mencapai usia warga emas, segala-galanya akan berubah. Tubuh badan kita tidak lagi mampu untuk berfungsi dengan kuat dan hebat seperti di zaman muda remaja.
Begitu juga dengan kehidupan pasangan suami isteri di kamar tidur. Menopaus seringkali dijadikan alasan ekoran aksi di ranjang hambar meskipun telah mencuba pelbagai cara.
Persoalannya, apakah yang boleh kita lakukan untuk menangani dan mengatasi masalah ini? Jawapannya, adalah pada posisi seks semasa menopaus kalian!
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.
Apa itu menopaus & andropaus?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah kita belajar serba sedikit mengenai kondisi ini terlebih dahulu.
Buat anda yang mungkin belum tahu, menopaus adalah ketika di mana seorang wanita itu tidak lagi datang bulan.
Punca kondisi ini berlaku disebabkan ovari wanita yang tidak lagi menghasilkan hormon estrogen dan progesteron.
Kebiasaannya, ia berlaku ketika wanita berusia 45 tahun ke atas dan menyebabkan pelbagai perubahan pada tubuh badan mereka termasuklah:
- Kekeringan faraj
- Kekenduran payudara
- Kemerosotan tulang dan otot
- Kekurangan tenaga
- Kesukaran tidur
- Keinginan seks terjejas
- Keguguran rambut dan bulu badan
- Berat badan menjadi tidak terkawal
- Mood sering berubah dan terganggu
- Badan sering terasa panas dan hangat (hot flashes)
Ya, mungkin benar lelaki tidak akan mengalaminya sama seperti wanita namun mereka juga berisiko mengalami versi menopaus untuk lelaki iaitu andropaus.
Ia berlaku disebabkan oleh penurunan hormon testosteron dalam tubuh badan secara mendadak ketika mereka mencapai usia lewat 40-an atau awal 50-an.
Hampir sama seperti wanita, lelaki juga akan mengalami perubahan pada tubuh badan dengan tambahan:
Kesannya, lelaki dan wanita yang sudah masuk ke fasa ini tidak lagi mampu untuk aktif dalam kehidupan seperti usia muda remaja dulu. Ini termasuklah dalam aspek kehidupan seks.
Seks semasa menopaus, beri kesan tak?
Tentu sekali, keadaan ini akan beri kesan kepada kehidupan seks anda dan pasangan.
Ini kerana kemampuan dan keinginan seksual kalian akan terjejas ditambah pula dengan faktor tubuh badan yang sudah tidak larat untuk beraksi dengan hebat.
Bahkan, kajian turut menunjukkan bahawa menopaus akan membuat hubungan seksual tidak lagi nikmat malahan sakit buat wanita ekoran faraj yang sudah kering.
Begitu juga dengan aspek psikologi di mana wanita dan lelaki sudah tidak yakin atau gembira dengan tubuh badan masing-masing menjadikan mereka sudah tidak mahu atau suka dengan seks.
Namun itu tidak harus dijadikan alasan untuk beraksi hambar di ranjang!
Posisi seks semasa menopaus yang terbaik!
Dalam usaha memastikan kehidupan seks kekal hangat sesudah menopaus, jawapannya ada pada posisi seks yang anda dan pasangan lakukan.
“Posisi seks ketika menopaus harulah betul dan selesa agar keintiman masih dapat dirasai serta dinikmati oleh kedua-dua pasangan warga emas”, jelas Pakar Terapi Seks Sheri Winston yang juga merupakan penulis buku Women’s Anatomy of Sexual Arousal: Secret Maps to Buried Pleasure.
Ini posisi seks ketika menopaus yang kalian boleh cuba:
#1. Doggy style
Kemasukan zakar dari arah bawah dan belakang berupaya mengurangkan tekanan pada faraj lantas menjadikan proses penetrasi lebih mudah dan selesa.
#2. Woman on top
Posisi ini membolehkan wanita mengawal sendiri ritma penetrasi lantas membenarkan mereka untuk memulakan dan menghentikan mengikut keselesaan.
#3. Menggunakan bantal
Berbaring terlalu lama akan mengakibatkan tulang dan otot anda terasa lenguh. Jadi gunakanlah bantal di bawah badan untuk menampung berat anda dan pasangan ketika sedang beraksi.
#4. Menggunakan pelincir
Faraj kering adalah masalah biasa dalam kalangan wanita menopaus. Jadi gunakanlah pelincir berasaskan minyak atau air (mengikut keselesaan) agar tiada lagi masalah sakit ketika penetrasi.
#5. Seks semasa menopaus dengan berbaring mengiring
Akhir sekali, lakukanlah posisi yang tidak memerlukan tenaga banyak oleh anda dan pasangan. Posisi seks yang paling sesuai adalah spooning. Bercandalah dalam keadaan berbaring mengiring untuk seks yang lebih mudah dan hebat.
Konklusinya, jangan jadikan menopaus sebagai alasan aksi di ranjang hambar. Lakukanlah 5 posisi ini untuk kehidupan seks semasa menopaus yang lebih sihat dan sejahtera!
[embed-health-tool-ovulation]