backup og meta

Wanita Buang Angin Melalui Miss V, Adakah Ia Normal Atau Tanda Penyakit?

Wanita Buang Angin Melalui Miss V, Adakah Ia Normal Atau Tanda Penyakit?

Bagi wanita, kentut faraj bukanlah sesuatu yang pelik. Semua wanita pasti pernah mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Walaupun sering dikaitkan dengan seks, sebenarnya gadis yang masih dara juga boleh mengalami kentut vagina! Tetapi, apakah punca kentut faraj anak dara? Adakah ia sesuatu yang normal atau tanda penyakit?

Kentut vagina atau queef merupakan satu bunyi atau rasa yang wanita alami apabila angin keluar daripada vagina. Walau bagaimanapun, ia tidak sama dengan kentut biasa!

Benar, kedua-duanya boleh menghasilkan bunyi ‘poof’, namun, ia tidak mempunyai bau yang sama!

Secara amnya, queef atau kentut vagina sebenarnya terhasil daripada angin yang terperangkap di dalam ruang faraj. Ia boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tidak kiralah yang masih dara atau tidak.

Ada beberapa bentuk pergerakan seperti senaman dan sebagainya yang boleh membuatkan udara terperangkap di dalam ruang vagina.

Dalam artikel kali ini, kami akan merungkai lebih lanjut mengenai kentut vagina dan mengapa ia berlaku.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

5 punca kentut faraj anak dara

punca kentut faraj anak dara

Kentut faraj selalunya dikaitkan dengan hubungan seks. Manakan tidak, aktiviti bersenggama boleh menyebabkan angin terperangkap di sekitar kawasan vagina.

Malah, pergerakan ‘masuk dan keluar’ juga boleh menggalakkan lagi pembentukan kentut faraj.

Jadi, jangan terkejut jika masalah ini kerap berlaku sebelum, selepas dan semasa anda melakukan hubungan seks. Jangan risau, ia merupakan sesuatu yang normal!

Ada juga wanita yang melaporkan episod kentut vagina yang lebih kerap semasa hamil atau ketika menghampiri menopaus.

Tetapi, bagaimana pula dengan anak dara? Walaupun mereka tidak pernah melakukan seks, masalah kentut faraj masih juga berlaku. Sebenarnya, dara atau tidak, semua wanita boleh mengalami kentut faraj.

Selain hubungan seks, ada beberapa perkara lain yang boleh menjadi punca kentut faraj anak dara. Antaranya:

1. Masalah pada lantai pelvis

Semua wanita mempunyai lantai pelvis yang berbeza dan unik. Oleh sebab itu, ada wanita yang lebih cenderung mengalami masalah kentut faraj lebih daripada orang lain.

Walau bagaimanapun, jika anda kerap mengalami masalah ini, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Kadangkala, kentut vagina menandakan kondisi seperti inkontinens urin dan tinja. Untuk mengelakkan masalah ini, kaum Hawa digalakkan untuk melakukan senaman yang dapat menguatkan otot lantai pelvis. Salah satunya ialah senaman kegel!

Baca juga:

2. Penggunaan tampon dan cawan menstruasi punca kentut faraj anak dara

Jangan terkejut, penggunaan tampon dan juga cawan menstruasi boleh menjadi punca kentut faraj! Penggunaan produk ini boleh menyebabkan angin terperangkap di dalam vagina.

Namun, apabila wanita bersenam atau bergerak, atau ketika produk tersebut dicabut dari vagina, angin yang terperangkap akan keluar dalam bentuk kentut vagina.

3. Kentut vagina ketika bersenam

punca kentut faraj anak dara

Selalu alami kentut vagina ketika bersenam? Aduh, malunya!

Tidak dinafikan, banyak senaman – terutamanya yang melibatkan regangan – akan menyebabkan wanita lebih mudah untuk mengalami kentut vagina.

Jadi, bunyi ‘poof’ ketika bersenam bukanlah sesuatu yang merisaukan. Tetapi, ia mungkin akan menyebabkan anda rasa malu!

Namun, jika ada senaman tertentu yang menyebabkan anda lebih kerap mengalami kentut vagina, apa kata berhenti sebentar daripada melakukan senaman tersebut. Cuba lakukan senaman lain yang tidak melibatkan terlalu banyak regangan.

Punca kentut faraj anak dara 4: Baru lepas melakukan pemeriksaan vagina

Sebarang prosedur yang dilakukan ketika pemeriksaan vagina boleh menyebabkan angin masuk dan terperangkap di dalam faraj.

Selepas melakukan pemeriksaan, mungkin ada wanita yang akan mengalami kentut faraj lebih kerap daripada biasa.

5. Anda mempunyai fistula vagina

punca kentut faraj anak dara

Fistula vagina merupakan satu kondisi yang menyebabkan ada bukaan di antara vagina dan organ lain seperti pundi kencing, kolon atau rektum. Kondisi ini boleh menjadi punca kentut faraj anak dara.

Wanita yang mempunyai masalah fistula vagina mungkin akan mengalami inkontinens urin dan tinja.

Fistula vagina boleh berlaku selepas melahirkan anak, disebabkan kecederaan tertentu, pembedahan atau jangkitan. Wanita mungkin perlu melakukan pembedahan untuk memperbaiki kecederaan ini.

Walau bagaimanapun, jarang sekali kentut ini menandakan fistula vagina. Namun, jika anda mempunyai simptom-simptom lain, terutamanya jika kentut faraj anda berbau busuk, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How can I prevent queefing during sex? It’s so embarrassing! https://www.plannedparenthood.org/learn/ask-experts/how-can-i-prevent-queefing-during-sex-its-so-embarrassing. Accessed on October 14, 2022.
  2. OMG, I queefed during yoga class. https://www.allinahealth.org/healthysetgo/move/omg-i-queefed-during-yoga-class. Accessed on October 14, 2022.
  3. Vaginal fistula. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vaginal-fistulas/symptoms-causes/syc-20355762. Accessed on October 14, 2022.
  4. Vaginal Gas. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/24185-vaginal-gas. Accessed on October 14, 2022.
  5. Vaginal Gas: Why Women Queef and What to Do About It. https://flo.health/menstrual-cycle/sex/sexual-health/vaginal-gas. Accessed on October 14, 2022.

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Sakit Faraj Jangan Dibiarkan! Boleh Jadi Tanda Penyakit, Ini 5 Puncanya!

Faraj Gatal, Keputihan Berbau Hanyir? Itu Antara Gejala 10 Masalah Miss V Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan