backup og meta

Faraj Yang Gatal Menjengkelkan? Kenal Pasti Puncanya, Sebelum Makin Parah!

Faraj Yang Gatal Menjengkelkan? Kenal Pasti Puncanya, Sebelum Makin Parah!

Kegatalan atau kerengsaan yang dirasakan pada mana-mana sahaja bahagian badan sudah tentu akan menyebabkan ketidakselesaan. Apatah lagi jika mengalami faraj gatal, kan?

Rasa gatal di kawasan yang sensitif seperti bibir dan vulva (labia, kelentit, dan pembukaan faraj), boleh jadi sangat menjengkelkan!

Selalunya, rasa gatal dan kerengsaan di alat kelamin atau kawasan sekitarnya tidak begitu menjadi perhatian utama.

Pun begitu, anda perlu rujuk doktor atau pakar sakit puan sekiranya kegatalan yang dihadapi menjadi teruk hingga mengganggu rutin harian!

Simptom dan rawatannya pula bergantung pada pemicu yang spesifik.

Lihat cara hilangkan gatal di faraj di sini dan ikuti perkongsian di bawah untuk merungkai masalah ini dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Faraj gatal, macam mana boleh terjadi?

Untuk makluman pembaca, ada beberapa pemicu faraj gatal, seperti:

faraj gatal
Menopaus boleh sebabkan kegatalan pada kemaluan.
  1. Menopaus: Penurunan pengeluaran estrogen yang berlaku pada tahun-tahun akhir reproduktif wanita boleh menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Hal ini boleh memicu faraj gatal dan kerengsaan. Penipisan dinding faraj juga menjadi masalah bagi sesetengah wanita yang menyusukan bayi.
  2. Penyakit kelamin (STD): Klamidia, herpes kemaluan, ketuat kemaluan, trikomoniasis, gonorea dan organisma lain boleh memicu masalah vulva atau faraj gatal, berserta gejala lain.
  3. Vaginosis bakteria: Faraj yang sihat/normal mempunyai campuran bakteria sihat dan ‘jahat’ yang tersendiri. Tetapi, jika keseimbangan ini terganggu, jangkitan boleh terjadi! Selain gatal, simptom lain berkaitan vaginosis bakteria juga boleh tercetus seperti; keradangan, sensasi terbakar, keputihan, dan berbau hamis.
  4. Lichen sclerosis: Kondisi ini jarang berlaku tetapi boleh mencetuskan tompok-tompok putih tipis untuk terbentuk pada kulit, terutama di sekitar vulva. Tompok-tompok tersebut secara kekal berupaya mencetuskan luka pada kawasan faraj. Wanita pascamenopaus turut mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya!
  5. Jangkitan kulat (vaginal candidiasis): Kira-kira 3 daripada setiap 4 wanita akan mengalami jangkitan kulat pada suatu ketika sepanjang hayat mereka. Jangkitan ini berlaku apabila kulat, candida, tumbuh secara berlebihan di dalam faraj dan vulva. Kehamilan, persetubuhan, antibiotik, dan sistem imunisasi tubuh yang lemah kesemuanya boleh membuatkan wanita lebih mudah mendapat jangkitan tersebut. Selain faraj gatal dan kerengsaan, jangkitan kulat akan menghasilkan keputihan yang putih serta tebal.
  6. Perengsa kimia: Sejumlah bahan kimia, termasuk krim, aktiviti meruang, kondom, buih kontraseptif, sabun pencuci pakaian, sabun mandi dan pelembut kain berupaya merengsakan faraj dan vulva.

Jadi, apakah pilihan rawatan yang ada? Sila teruskan pembacaan, okey?

Opsyen rawatan perubatan untuk faraj gatal

Sebaik sahaja doktor anda berjaya mengenal pasti penyebab masalah ini yang dihadapi, mereka akan mengesyorkan pilihan rawatan berdasarkan pemicunya.

Menopaus

Apa cara hilangkan gatal di faraj?

Kegatalan yang berkaitan dengan menopaus sering kali dirawat dengan krim estrogen, tablet, atau vaginal ring insert.

Cara hilangkan gatal di faraj kerana jangkitan kulat faraj

Jangkitan kulat anda dengan mudahnya boleh dirawat menggunakan ubat antikulat!

Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk termasuk krim, salap, atau pil, dengan preskripsi doktor mahupun dibeli di kaunter (OTC).

Walakin begitu, jika doktor tidak pernah mendiagnosis anda dengan jangkitan kulat, pastikan untuk rujuk doktor/pakar sakit puan sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang ubat-ubatan ya!

Vaginosis bakteria (BV)

Doktor sering kali merawat BV dengan antibiotik. Rawatan ini boleh diambil dalam bentuk oral dimakan (pil) atau topikal disapu (krim) untuk dimasukkan ke dalam faraj.

Walau apa pun jenis rawatan yang digunakan, pastikan untuk sentiasa mematuhi arahan doktor dan menghabiskan ubat seperti diarahkan.

Penyakit kelamin (STD)

Apa cara hilangkan gatal di faraj kerana STD?

STD selalunya boleh diubati menggunakan ubat gatal kemaluan seperti antibiotik, antivirus, atau antiparasit.

Anda juga perlu mengambil ubat secara berkala dan mengelakkan sebarang hubungan seksual sehingga jangkitan atau penyakit dihadapi disahkan sembuh.

Sebab-sebab lain

Jenis gatal-gatal dan kerengsaan vagina yang lain selalunya menghilang dengan sendiri.

Namun, anda harus mengehadkan jumlah aplikasi yang digunakan kerana khuatir boleh mengakibatkan kerengsaan dan kegatalan kronik jika dipakai secara berlebihan.

Remedi di rumah yang boleh diamalkan!

faraj gatal
Antara punca kegatalan pada kemaluan.

Selain rawatan perubatan, kalian juga boleh mencuba beberapa remedi dan cara hilangkan gatal di faraj untuk mencegah dan merawat kerengsaan faraj.

Antara cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan ialah:

  • Jangan menggaru, anda boleh merengsakan kawasan yang telah terjejas dengan lebih teruk
  • Tukar lampin bayi perempuan dengan kerap
  • Elakkan terlibat dengan hubungan seksual sehingga gejala anda pulih
  • Elakkan meruang, krim, mandian buih, dan pencuci wanita dengan kandungan pewangi sintetik
  • Gunakan air dan sabun tanpa bau untuk membersihkan kawasan di luar kemaluan luaran secara berkala
  • Sentiasa lap dari depan (faraj) ke belakang (dubur) setelah membuang air besar
  • Pakai seluar dalam dengan material kapas (tanpa kain sintetik), dan ganti seluar dalam anda setiap hari
  • Gunakan kondom semasa berhubungan seksual, untuk bantu mencegah risiko penyakit kelamin

Peringatan!

Namun, jika wanita masih risau punca kemaluan gatal, lebih baik berjumpa doktor.

Doktor akan dapat bantu mengesahkan sama ada gejala anda perlu dirisaukan atau sebaliknya.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vagina: What’s normal, what’s not: https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/vagina/art-20046562, Accessed Sept. 6, 2021.
  2. Vaginal Itching in Girls: https://www.childrenscolorado.org/conditions-and-advice/conditions-and-symptoms/symptoms/vaginal-symptoms/, Accessed Sept. 6, 2021.
  3. Vulval & vaginal irritation: https://www.jeanhailes.org.au/health-a-z/vulva-vagina-ovaries-uterus/vulva-vaginal-irritation, Accessed Sept. 6, 2021.
  4. Vaginal Candidiasis: https://www.cdc.gov/fungal/diseases/candidiasis/genital/, Accessed Sept. 6, 2021.
  5. Yeast Infections: https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/5019-yeast-infections, Accessed Sept. 6, 2021.

Versi Terbaru

27/05/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ada 6 Macam Bau Faraj, Jangan Tak Percaya, Miss V Normal Ada Yang Berbau Tapai!

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan